"Saja Nak Main-main Je" - Penat Peniaga Pergi COD, Pelanggan Nak 'Mela
Alangkah kecewanya seorang peniaga apabila 'dimain-mainkan' individu tidak bertanggungjawab. Rugi masa, tenaga dan menjejaskan perniagaan saja!https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/04/135427tmccahzmnahoaofo.pngKredit foto: Gambar hiasan/kuasabelimuslim
Noor Bazilla menerusi kumpulan Komuniti Kuantan meluahkan rasa kesal apabila ditipu pelanggannya yang hanya mendiamkan diri setelah dia tiba di tempat dijanjikan ketika proses cash on delivery (COD) dibuat.
Menerusi tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp, wanita ini menerima pesanan daripada seorang lelaki.
Pada mulanya, lelaki ini membuat pesanan makanan yang dikehendakinya seperti biasa. Bukan itu sahaja, dia juga cuba ‘mengorat’ wanita ini, namun tidak dilayan wanita terbabit.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/04/135504xap0hbaxijcpjbhs.png
Apa yang menjadi persoalan apabila lelaki ini menjelaskan dia menetap di Damansara, namun lokasi dihantar adalah Semambu. Perkara tersebut menimbulkan syak wasangka peniaga itu pada mulanya.
Lebih mengecewakan apabila peniaga ini sudah sampai di tempat yang dijanjikan, namun pelanggan itu mendiamkan diri dan memberikan alasan dia hanya mahu berjenaka dan sempat mengucapkan terima kasih atas masa yang diluangkan.
40 minit tunggu pelanggan 'misteri'!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/04/135503s8mss6zls0z8cl90.png
Selain meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi dia memberikan nasihat kepada peniaga lain supaya lebih berwaspada supaya kejadian seumpama ini tidak berulang.
Sumber: OhBulan pantang betul aku dgn lelaki bodoh cmni... melawak tak kena tempat !
Iols memang serik nak entertain customer yg request cod2 ni. Lagi2 kalau kena keluar modal banyak. Selalu sangat kena krik2 dek customer macam la kita ni 24jam keje menunggu dia datang je Jahatnya perangai macam ni :huffy Apasal cover no mamat bodoh ni. Patutnye viralkan aje.
Kalau ini bukan propah seller, akak doakan jantan tu kena instant cash kaw2. keji gile main2 order makan tp niat melawak. moge kne balasan teruk la dr ni. bodoh nye jantan. gangbang prank {:1_152:} harap si pembeli itu kena instant cash ..
kita permudahkan urusan org . Allah akan permudah urusan kita.
Org yg suka buat prank gini.. bodoh. Buat polis repot
Biar dia bermain dengan polis pulak Sepatutnya jantan celaka mcm ni yg jadi mangsa jejantas runtuh tu Lain plak kampung aku ni, terkejut betul bila first time nak beli makanan, seller sombong bongkak bongok belaka. Macam nak sembah ratu time nak beli. Waktu kat KL seller peramah je, tanya sepatah berjela dorang jawab. Ni tak, tanya sepatah tak jawab2, ulang tanya kena maki. Bukan sorang, tapi lima enam orang. Nak kata aku kurang ajar, takde kot. Bagi salam,.perkenalkan diri, tanya makanan dan siap bagitau awal2 aku nak berapa dan bagi lokasi untuk senang dorang kira COD. Serius tak faham :o But report polis. Boleh trace siapa. Seller kalau takat makanan takyah layan cod la. Bayar online dulu. Bukannya barang mahal nak kena tengok dulu macam phone, laptop ke apa. mat ni memang scammer cod
dalam apps pun memang dah terang2 org label scammer
seller pun rajin sangat melayan tak bertapis dah Tak payah susah2 report polis. Tunjuk je nombor tepon beruk tu, biar netizen jalankan tugas mereka. X sampai 24jam merangkak dia mintak ampun kat fb ;P tak boleh reportpolis ke.. ni menipu org lain..
satu hari nanti dia akan rasa kesusahan yang sama dia dah buat dekat seller tu. Dia org dizalimi makbul kak. Ko doa je ko jadi jutawan amin. Viral kan je n bt report polis kalau betul benda ni terjadi..:loveliness:
Kdg2 org mcm ni kita kena kasi pengajaran,biar terduduk haa..
Pages:
[1]
2