CARI-HBZ Publish time 3-3-2021 01:23 AM

Kereta mewah 'manja', garaj pun ada pendingin udara 24 jam

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/03/012200jqerlerog0ylyjuy.png




Kuala Lumpur: Pendingin udara 24 jam untuk 'keselesaan' Ferrari 355 Berlinetta berusia lebih 25 tahun?


Ini bukan 'cerita kedai kopi' sebaliknya itulah yang dilakukan oleh ahli perniagaan, Datuk Azhar Ahmad, 55, bagi memastikan kereta berkenaan sentiasa dalam keadaan baik.


Kerana sayang dan minat, Azhar sanggup membina garaj khas yang dilengkapi dengan dua pendingin udara yang dipasang 24 jam bagi menempatkan Ferrari itu.


Azhar berkata, kereta yang pernah dimiliki seorang bekas VIP itu dibelinya di sebuah kedai kenderaan terpakai di Subang Jaya, Selangor pada 2004 pada harga RM300,000.


"Kereta itu kemudiannya dihantar ke bengkel untuk dibaik pulih dan ia 'tersadai' kira-kira setahun sepanjang proses itu.


"Saya membelanjakan kira-kira RM100,000 untuk baik pulih termasuk untuk membeli kelengkapan dalaman asli bagi kereta ini seperti sarung kerusi.


"Selepas baik pulih itu, saya menempatkannya dalam garaj khas bagi menjaga kualiti komponennya seperti sarung kerusi yang diperbuat daripada kulit (asli) bagi mengelak ia berkulat," katanya ditemui di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur.


Menurut Azhar, kereta itu cukup istimewa baginya kerana ia dilengkapi gear manual terakhir yang dihasilkan oleh Ferrari.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202103/03/012147up4jz690r0b0fb9r.png




"Malah, deruman enjinnya juga mirip kereta F1 dan tiada model baharu Ferrari seumpama itu (mirip F1).


"Selain itu, kereta ini juga mempunyai suis tersendiri yang apabila dimatikan ketika tidak digunakan, ia akan mematikan semua kuasa serta sistem kenderaan berkenaan.


"Ia sekali gus memelihara kuasa serta sistem kereta itu menyebabkan baterinya tahan lama dengan kali terakhir ia ditukar ialah pada 10 tahun lalu," katanya.


Menurut Azhar, beliau kemudian memohon untuk mendapatkan status klasik atau vintaj bagi kereta itu yang sudah berusia lebih 25 tahun.


"Ada kenalan yang memaklumkan bahawa pihak JPJ ada mengeluarkan status bagi kereta klasik atau vintaj yang berusia 25 tahun ke atas.


"Apa yang penting bagi saya untuk memohon status itu adalah bagi mendapatkan pengiktirafan daripada pihak berkuasa (JPJ) bahawa kereta itu dikategorikan sebagai klasik atau vintaj.


"Selain itu, kereta yang mendapat status itu juga mendapat pengurangan cukai jalan sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun, sekali gus menjadikan cukai kereta berkenaan yang lebih RM3,000 kepada kurang RM1,000," katanya.


Selain Ferrari 355 Berlinetta, Azhar juga memiliki Porsche 911 Turbo, Mercedes S55, Mercedes 140 dan Mazda 808.






Sumber : Harian Metro

eddyann Publish time 8-8-2021 11:05 AM

kereta eropah memang tak tahan cuaca malaysia. kalau tak dikawal suhu yg panas dan lembab, fabrik kemasan kulit semua nanti mengelupas
Pages: [1]
View full version: Kereta mewah 'manja', garaj pun ada pendingin udara 24 jam


ADVERTISEMENT