Mulotkoyak Publish time 27-2-2021 04:14 PM

6 Pelakon Wanita Senior Yang Masih Berbisa

Edited by Mulotkoyak at 27-2-2021 04:30 PM

Di lambakkan dengan artis-artis baru, muda-muda dan cantik-cantik. Artis lama usah dilupakan. Kerana tiada pelakon lama maka tiada pelakon baru. Begitu juga pelakon baru akan jadi pelakon lama suatu hari nanti.

Pelakon lama yang masih lagi berada di liganya sendiri untuk membawa watak antagonis lebih menyerlah dalam sesuatu watak.

Maka tidak hairanlah watak pelakon lama diperlukan untuk menghidupkan cerita kerana sifat semulajadi berlakon dan tidak perlu untuk control ayu.

Berlainan benar jika ingin dibandingkan watak utama yang kebiasaannya dipelopori artis baru dan yang cantik-cantik tetapi bakat masih jauh berbeza dengan pelakon lama.

Berikut di senaraikan 6 pelakon senior yang masih lagi berbisa dan menyerlah bakatnya di Malaysia.

1. Liza Abdullah
-Berumur 56 tahun dan sangat menyerlah dengan watak Mak Leha dalam 7 Hari Menyintaiku.

2. Didie Alias
-Anak kelahiran Negeri Sembilan yang berumur 49 tahun sangat menyerlah dalam lakonan beliau di dalam Takdir Yang Tertulis memegang watak Che Salmah. Beliau juga pernah menyertai Dewi Remaja sekitar tahun 1990.

3. Jasmin Hamid
- pernah memegang watak Puan Haryati dalam drama 7 Hari Menyintaiku 2, kredibiliti beliau sebagai pelakon antagonis tidak dapat dinafikan lagi.

4. Fatimah Abu Bakar
- Siapa tidak kenal Cikgu Fatimah yang sangat down to earth bila berlakon terutama didalam drama Nur 2.

5. Fauziah Ahmad Daud
- Pelakon veteran yang masih berbisa walaupun banyak isu dan digeruni dengan mulut lasernya tapi beliau sangat bagus didalam lakonan dan sangat memberi impak yang besar.

6. Rosnah Mat Aris
- Sewaktu kegemilangan beliau memang sentiasa menjadi buruan pengarah untuk membawa watak antagonis. Sangat berbisa bila berlakon dan memberi kesan yang amat kepada penonton.

7. Fauziah Nawi
- menjadi buruan pengarah untuk watak air mata lakonan beliau sangat bagus dan nampak natural. Beliau juga sering menerima anugerah sebagai pelakon pembantu terbaik.

Apa kata anda? Siapa lagi pelakon veteran yang masih berbisa? Adakah mereka ini dibayar setimpak dengan pengalaman mereka ini?

sharlenetexas Publish time 27-2-2021 05:43 PM

Aida Khalida

sharlenetexas Publish time 27-2-2021 05:44 PM

Rosnah Johari jarang2 kat tv.
Antara yang age gracefully.

seribulan Publish time 27-2-2021 06:25 PM

Kuza & Kuna...

seribulan Publish time 27-2-2021 06:26 PM

Maria Farida & Erma Fatima ...

nazzse Publish time 27-2-2021 06:56 PM

No 5 over act.

ajinomotonosuga Publish time 27-2-2021 07:06 PM

Napa mak mah takdak!!!

salmon-suki Publish time 27-2-2021 08:17 PM

Ai xigt nm pelakon tu..tp best tgk dia berlakon..y bawak watak ala2 amina wadud n drama tu psl ajaran sesat..ada harun ajis,elijad ngn jalalhasan..ape daaa nama makcik tu..ai suka tgk dia berlakon..:loveliness:

seribulan Publish time 27-2-2021 08:28 PM

Aliza Shahdan, Marissa Yasmin, Zaryn Min, Laila Nasir, Ku Faridah, Azizah Mahzan, Faridah Mansor, Nina Juren, Sharifah Shahora, Syarifah Sahirah...

CiliPadiSedap Publish time 27-2-2021 09:23 PM

emma maembong

namemysoul Publish time 27-2-2021 10:18 PM

Jasmin hamid....suke tgk datin wanabe...hehehe

Jitu Publish time 27-2-2021 11:47 PM

Mak Jah
Wan Maimunah
Norlia Ghani
Kartina Aziz
Khatijah Tan


ImpianSeroja Publish time 11-5-2021 08:08 PM

Ogy n jasmin hamid mmg best berlakon.bagi je la watak apa pun mesti best.
Lagi satu Ida nerina ...suka tgk dia berlakon.skrg da x berapa aktif da
Pages: [1]
View full version: 6 Pelakon Wanita Senior Yang Masih Berbisa


ADVERTISEMENT