piao Publish time 27-2-2021 12:04 AM

Nasi Kangkang : Resipi Turun Temurun

Nasi Kangkang : Resipi Turun Temurun

MVAmzVmZdok


Memang tidak dapat dinafikan bahawa kaum wanita memang mempunyai sifat cemburu yang tinggi. Tak kisahlah sama ada girlfriend, tunang atau isteri, bila dah timbul perasaan kasih dan sayang tu memang confirm akan ada perasaan cemburu. Tapi kadangkala perasaan cemburu tu pun melampau lampau dan tak kena pada tempatnya.

1. Bila masuk sms / bbm/ whatsapp / call - mereka sibuk sibuk nak tau dan tanya macam macam
2. Ambil phone kononnya nak tengok gambar yang diambil bersama, padahal nak check calls dan sms
3. Kalau nak keluar jumpa kawan, dikatakan kita nak jumpa perempuan lain
4. Terjumpa rambut panjang dalam kereta dan bising, padahal tu rambut diorang sendiri
5. Tak boleh senyum kat perempuan lain. Senyum kat juru tol pun salah, dikatakan menggatal
6. Kalau cakap baju perempuan lain lawa pun, kena cubit dan dikatakan menggatal.

Banyak lagi lah. Kalau semua ditulis disini memang sampai hari katak jalan berdiri pun tak habis.



Tak kisahlah sama ada punca cemburu itu disebabkan oleh kasih dan sayang ke, suami / boyfriend dia hensem ke, laki dia banyak harta ke, wanita tetap akan ada perasaan cemburu dan possessive terhadap orang yang mereka sayangi. Tapi kalau diorang cakap lelaki lain hensem, takpe pulak lah kan? Double standard sungguh.

Tapi tidak dapat dinafikan memang ramai lelaki yang tak boleh nak dipercayai. Depan isteri, pijak semut tak mati tapi belakang isteri dia lah champion of the screw. Pantang isteri datang bulan, dia 'makan luar'. Kadangkala pakai sampai dua telefon, katanya satu untuk kerja dan satu lagi personal, memang semua benda personal ada dalam tu. Kata nak keluar main golf dengan kawan kawan, padahal perempuan lain yang tolong mainkan 'kayu golf' dia, pukul 'bola terus masuk lubang 18'.

Walau apapun sebabnya, ada juga segelintir wanita yang mengambil langkah drastik untuk mengawal suami mereka dengan cara yang tidak elok dan salah disisi agama. Contohnya ialah dengan memberi suami makan nasi kangkang. Yelah, bila dah sayang semua benda diketepikan dan semua benda dibuat kerana terlalu ikutkan emosi.

PENGENALAN

Nasi kangkang atau nama 'saintifiknya' Nasi Tangas ini diklasifikasikan sebagai ilmu Guna Guna atau Ilmu Pengasih. Nasi Tangas ini selalunya disediakan oleh si isteri untuk disajikan kepada suami dengan niat untuk menundukkan / membodohkan mereka / membuat pasangan bertambah kasih dan sayang kepada mereka.

https://1.bp.blogspot.com/-0jc_QpImys4/ULhMC7ZsinI/AAAAAAAAAh4/xJI3THTP4Rk/s320/madu-ii-004.jpg

Contoh bagaimana nasi kangkang dibuat

Setelah sekian lama, resipi untuk membuat nasi kangkang ini masih lagi sama: resipi turun temurun. Ianya masih lagi diamalkan bukan sahaja di Malaysia bahkan di Hong Kong juga. Beberapa tahun yang lepas, seorang pembantu rumah Indonesia bernama Indra Ningsih telah dikantoikan oleh majikannya kerana menyajikan keluarga itu nasi kangkang. Anda boleh membaca repot mengenai kisah itu di sini.

Selain itu, anda boleh membaca mengenai kisah salah seorang pesakit saya yang terkena penangan sihir guna guna ini dengan menekan butang klik di sini. Ianya merupakan satu contoh sihir guna guna yang baik dan relevan didalam isu kali ini.

CARA PEMBUATAN

Ya, ilmu nasi kangkang ini tergolong didalam kategori ilmu sihir. Ianya menggunakan bahan bahan buangan kotor dari tubuh badan seperti najis, darah haid, daki daki di badan dan sebagainya. Mantera yang digunakan pula ialah untuk menyeru makhluk halus / syaitan bagi menyempurnakan upacara sihir tersebut. Bukan susah nak belajar ilmu nasi kangkang ini. Sesiapa yang berminat, anda cuma perlu menyediakan wang dan cari mana mana pengamal sihir untuk mengajarnya kepada anda. No money no talk la kan.

Masakan 'istimewa' ini mudah sahaja disediakan: Sang wanita hanya perlu memakai kain sarung sambil mengangkang diatas periuk nasi yang masih lagi hangat sambil membaca mantera yang telah diajarkan kepadanya. Lagi berdesup perginya kalau sang wanita itu sedang haid, lebih kotor lebih efektif. Wap wap air nasi yang hangat itu akan mengalir di celah kemaluan wanita itu lalu jatuh kedalam nasi. Sesudah selesai membaca mantera tersebut, nasi itu akan digaul sebelum disajikan kepada suami / pasangan tercinta.

EFFECT KEPADA MANGSA

Cuma satu perkara yang tidak diketahui bagi mereka yang mengamalkan perkara ini: nasi tangas ini bukan membuatkan pasangan anda bertambah kasih dan sayang pada anda, tapi ia menjadikan mereka lebih bodoh dan cuma mengikut kata telunjuk sahaja.

Nak handbag, dibelikan. Nak makan atau holiday sana sini, dibawakan. Pagi petang siang malam si mangsa akan teringat pada pasangannya. Duduk serba tak kena, baring pun tak kena, menonggeng terbalik semua akan teringat pada pasangannya. Kalau boleh asyik nak berkepit aje kerjanya. Al maklumlah, dah dibodohkan dek sihir.

Mahukah anda hidup dengan manusia yang telah dibodohkan seakan akan zombie? Lainlah kalau perempuan tu mahukan duit sahaja dan bukan kasih sayang..lelaki tu mati pun dia bukan peduli.

KESAN SAMPINGAN

Ilmu sihir ini juga ada kesan sampingannya terhadap mangsa. Dalam tempoh jangkamasa yang panjang, si mangsa akan mula sakit sakit badan dan menunjukkan tanda tanda diganggu makhluk halus. Ini adalah kerana makhluk yang diseru untuk mengawal mangsa itu harus 'memakan' mental dan fizikal perumah (mangsa) tersebut.

Salah satu kesan sampingannya juga ialah ianya mungkin akan memakan diri mereka yang melakukannya. Contoh: Ilmu tersebut mungkin akan membuatkan mangsa benci kepada wanita lain selain pasangannya, tetapi kemungkinan ianya turut akan membuatkan si mangsa turut benci kepada wanita lain termasuk pasangannya juga. Jadi, agak berisiko juga di situ.


Tujuan aku menulis dan menerangkan perkara perkara ini secara terperinci bukanlah untuk menggalakkan pembaca yang sudi berkunjung ke blog picisan aku untuk melibatkan diri dengan ilmu sihir ini. Aku cuma ingin sekadar memberi info serta maklumat untuk pengetahuan dan manfaat bersama.

Korang semua dah besar, dah tahu sendiri mana satu haram dan mana satu tidak. Reti membezakan mana baik dan mana buruk. Mana yang baik kita ambil dan jadikan pengajaran, mana yang buruk kita mohon dijauhkan.

Kalau anda mempunyai kisah tersendiri berhadapan dengan ilmu nasi kangkang ini, sila luangkan masa untuk berkongsi pengalaman di ruang komen. Cerita pasal nasi kangkang ye, bukan makan kangkang aje dan tak makan nasi dia. Heheh.

Manakala bagi mereka yang menghadapi masalah begini sama da sahabat atau sedare mare, boleh hubungi saya di adamvai@icloud.com untuk set appointment. In shaa Allah.

Salam!

Sumber:http://adamvai.blogspot.com

haifawehbe Publish time 27-2-2021 12:31 AM

sheols ni selalu cedok sources dari forum ni juga utk content youtube dia. sheols patut share royalty dgn forumers sini.

Catpaw Publish time 27-2-2021 01:22 AM

Sheols porumerkah

Jungleman Publish time 28-2-2021 09:29 PM

Saya pernah nampak plot cerita berkaitan Nasi Kangkang dalam filem Thai Art of the Devil 1. Tapi guna peluh.

piao Publish time 28-2-2021 10:54 PM

Catpaw replied at 27-2-2021 01:22 AM
Sheols porumerkah

mungkin la tu...

duri_durians Publish time 2-3-2021 10:34 AM

aku nak tnya..
kes2 minyak pengasih, nasi kangkang, penunduk ni semua pasal laki bini bf gf kan?
di zaman pelangi ni, agak2 berkesan tak sesama jenis? :2lol:

Paiya Publish time 5-3-2021 01:51 PM


ikat nafsu laki untuk awak sorang saja, aku boleh tunjukkan
kata seorang dukun pada aku suatu ketika dulu
(ketika itu ex hubby mencurang ke sana ke sini)
hanya satu syaratnya: ambik spender laki awak beri pada aku..

tapi aku tak sanggup..
dan kami berpisah...
dan kawan yang kenalkan bomoh itu pada aku
padankan muka aku

opps sorry..kisah ini takde kaitan dengan nasi kangkang..:lol:

Catpaw Publish time 7-3-2021 09:17 PM

Paiya replied at 5-3-2021 01:51 PM
ikat nafsu laki untuk awak sorang saja, aku boleh tunjukkan
kata seorang dukun pada aku suatu ket ...

Biarle berpisah daripada guna ilmu bukan2... nnati benda tu balik kat diri sendiri huhu

xoic726 Publish time 8-3-2021 10:39 AM

ada jiran iolls cakap, takde mentera pun tak apa..asal masak nasik panas-panas letak celah kangkang lama-lama...nanti kekotoran peluh ke apa akan jatuh pun tu pun automatik akan jadi bodo...katanya lah...nauzubillahiminzalik....

ahi_mason313 Publish time 9-3-2021 11:15 AM

info yang sangat menarik

supernaturalee Publish time 13-3-2021 05:08 PM

xoic726 replied at 8-3-2021 10:39 AM
ada jiran iolls cakap, takde mentera pun tak apa..asal masak nasik panas-panas letak celah kangkang...

Jd kotor sbb reseptor di otak tlh serap cecair yg keluar dr bdn
Yg x sepatutnya diserap

Rsnya lh kn
Hehe

pumpkin21 Publish time 18-3-2021 02:09 AM

Tak bau syurga t..

masmn Publish time 19-3-2021 07:59 PM

Mmg effective ke guna benda-benda gini?

Lovelieeeee Publish time 20-3-2021 05:37 PM

Hmmmmmmmmmmm.....

Qwertyuiop2019 Publish time 21-3-2021 12:44 PM

xoic726 replied at 8-3-2021 10:39 AM
ada jiran iolls cakap, takde mentera pun tak apa..asal masak nasik panas-panas letak celah kangkang...

Eeeiiihhhhh seyes ka ?

Qwertyuiop2019 Publish time 21-3-2021 12:45 PM

Thread agk menarik dan menggerunkannnnnnn;P

3chanceno Publish time 22-3-2021 05:11 PM

Thread lebih menarik kalau ada mentera sekali

3chanceno Publish time 22-3-2021 05:13 PM

duri_durians replied at 2-3-2021 10:34 AM
aku nak tnya..
kes2 minyak pengasih, nasi kangkang, penunduk ni semua pasal laki bini bf gf kan?
d ...

Ini soalan relevant untuk zaman kini hehehe

3chanceno Publish time 22-3-2021 05:32 PM

Nie nak share la crita my ex-colleague..dia orang cina dan duduk di sebelah meja i..bos pulak kepala angin every other day atau everyday dan marah2 tak tentu pasal..salah bos sendiri ke atau orang lain,bos nak marah you suka hati dia je!so budak cina nie tak tahan pergi lah tokong cina berhampiran mintak tolong dgn tuhan dia senyapkan bos giler nie.

Aku pun tak tahu la budak cina buat apa pada bos tapi nampak diam je bos giler tu berapa hari jugak dengan budak cina tu..dalam seminggu bos da stop marah dia tapi budak nie pun bebal jugak la..

Lepas seminggu tu mula lagik bos marah2 dia..jadik budak cina nie cakap aku mintak tolong di tokong senyapkan bos cuma sebentar je..nie nak pergi lagik!

Terkejutlah dengar pengakuan budak cina nie..tapi memang dia nampak stress giler kerna hari2 kena marah..ada memang salah dia la kerna bodoh ya amat!

Lama2 budak cina tu da tak tahan pasal colleague lain pun terus komplen pasal kerja dia dan kena marah je,dia pun blah..

Zazama Publish time 22-3-2021 11:18 PM

untuk dibuat, tidak la sama sekali tp bila encik suami iols sakit2 misteri smpai ke hari ni tak settle2, iols pernah difitnah suami sakit sbb iols bg nasik kangkang.
Pages: [1] 2
View full version: Nasi Kangkang : Resipi Turun Temurun


ADVERTISEMENT