piao Publish time 26-2-2021 02:05 PM

Hentikan Budaya Beza-bezakan Cucu. Pilih Kasih Hanya Akan Mencalarkan Emosi Kana

Hentikan Budaya Beza-bezakan Cucu. Pilih Kasih Hanya Akan Mencalarkan Emosi Kanak-kanak

https://i.guim.co.uk/img/media/60ef89fa5cc775cea493523a8c4b354c8f58faf2/153_0_3288_1974/master/3288.jpg?width=1200&height=1200&quality=85&auto=format&fit=crop&s=a68540f4bf558e4f7e4887d14a934547
Gambar hiasan

Anak Tercalar Emosi Kerana Favoritism

Macam mana nak hindarkan rasa sedih melihat anak-anak tidak dilayan baik oleh mertua berbanding dengan cucu-cucu mereka yang lain? Apa yang boleh buat untuk anak tak rasa hati sedangkan ibu bapa pun terasa hati dengan keadaan tersebut.

Ada di antara kita memang punyai favorite di antara anak-anak atau cucu-cucu kita. Mungkin kerana personalitinya atau sikapnya atau apa-apa sahaja.

Namun, adalah amat penting kita berkelakuan adil dengan yang lain. Jangan kita menampakkan favoritism itu melampau.

Bila kita terlampau melayan mesra yang favorite itu dan yang tidak diperlakukan bagaikan tidak dipedulikan, ia akan mencalarkan hati yang bukan favorite itu.

Kita mungkin rasa ok sekarang. Namun, ketahuilah, ianya tidak akan ok nanti.

Tentu Amat Sedih Jika Anak-Anak Atau Cucu-Cucu Kita Melihat Favoritism Diamalkan Di Dalam Keluarga Kita.

Oleh itu sayang Ibu, jika ini berlaku didalam keluarga mu, anak yg tidak ‘difeveretkan’ itu, selalu ingatkan pada mereka bahawa anda sayang mereka dan sayang yang amat sangat.

Jika mereka mengadu sedih, ajak mereka merasakan sayang Allah dan ajar mereka berdoa dan memaafkan orang yang mencalarkan emosi mereka.

Keredaan (redhaan) mendekatkan diri kita kepada Allah dan kita tidak hilang diri kerana kemarahan.

Sesiapa yang telah melalui favoritism yang menyedihkan diri, I would like to give you a virtual hugs. Just know that “You Are Enough and You Are Loved” Allah loves you!

Selamat Beramal.


Sumber:https://www.satkoba.bbn.my

tuttt Publish time 26-2-2021 02:48 PM

Sedih kan bila anak kita dibeza-bezakan

manehnya Publish time 26-2-2021 04:31 PM

salahkan atuk n nenek lahh!! p bgtau org tua tu

SPACENUT Publish time 26-2-2021 05:00 PM

Ajar anak-anak about self-worth and loving themselves. Kalau orang tak suka, that's fine. Banyak lagi orang yang sayang diorang.

copy_paste Publish time 1-3-2021 10:59 AM

kita nk tegur pun takut org tua terasa,
jd kita ambil la pengajaran,nt kita pun akan ada cucu sendiri,jgn la beza2kan...

bila buat anak ramai pastu layan x adil jd mcm tu la...

AlanWeb Publish time 2-3-2021 05:17 AM

Need to find children to love themselves

meya Publish time 2-3-2021 10:47 PM

Anak saya kena dari sejak lahir.Dibandingkan dengan cucu yang awal 3 bulan lahir.

Sedih sangat jiwa saya masa tu dahlah tengah pantang.

siputpepel Publish time 4-3-2021 11:38 AM

tak faham kenapa nak beza-bezakan cucu. sebab cucu tu lahir dari anak menantu yang bukan kesayangan kah?

anyway, orang tua mungkin takkan ingat apa yang dia cakap dan buat pada anak cucu, tapi budak2 ni membesar dan ingat sampai ke tua. tak hairan kalau ada berita orang tua2 diabaikan atau ditinggalkan.

piao Publish time 4-3-2021 01:24 PM

siputpepel replied at 4-3-2021 11:38 AM
tak faham kenapa nak beza-bezakan cucu. sebab cucu tu lahir dari anak menantu yang bukan kesayangan...

tu yang bila raya duit raya lain2 RATE ;P cucu A dpt 50 cucu B dpt 50 juga... tp sen la...

siputpepel Publish time 4-3-2021 05:24 PM

piao replied at 4-3-2021 01:24 PM
tu yang bila raya duit raya lain2 RATEcucu A dpt 50 cucu B dpt 50 juga... tp sen la...

tu pun jangan. bila cucu bukan kesayangan bagi duit raya, dicebiknya mulut. bila cucu kesayangan dia bagi, terus ucap "macam ni lah cucu nenek"


msdummy.2018 Publish time 4-3-2021 05:26 PM

Jenis beza cucu ni sure beza anak punya...jd korang tny diri korang dulu..kalo ada beza ank..mmglah bakalan beza cucu....what goes around comes around :lol:

Dieja75 Publish time 14-3-2021 11:12 AM

Betul..sangat tidak sihat untuk banding- bandingkan..

Sam070 Publish time 19-3-2021 12:00 AM

True that..

masmn Publish time 20-3-2021 12:42 AM

Pernah melalui mcm ni.. cucu/ anak dibanding2 kan.. eeeh tak suka lah.. malas nak ingat balik semua tu..

Label77 Publish time 20-3-2021 10:52 AM

daku pon lalui benda yang sama.dulu
masa mula2 kawin memang makan hati jugak..lepas dah 19 tahun kawen..dakudah kebal.anak2 pon xnak ngan nenek depa tu..senang idup aku xpayab susah2 nak beli jiwa in laws.balik kpg pon setahun sekali
je.

qistina91 Publish time 20-3-2021 05:28 PM

tuttt replied at 26-2-2021 02:48 PM
Sedih kan bila anak kita dibeza-bezakan

Betul sedih tp xpayah fikir sangat sis bg je sepenuh kasih sayang sis dekat anak2 sama rata jangan beza2kan

qistina91 Publish time 20-3-2021 05:29 PM

SPACENUT replied at 26-2-2021 05:00 PM
Ajar anak-anak about self-worth and loving themselves. Kalau orang tak suka, that's fine. Banyak lag ...

Ni betul. Ajar mereka yg ramai majusia toxic dalam dunia ni n they shoudlnt even bother about those people

qistina91 Publish time 20-3-2021 05:30 PM

meya replied at 2-3-2021 10:47 PM
Anak saya kena dari sejak lahir.Dibandingkan dengan cucu yang awal 3 bulan lahir.

Sedih sangat...

Tu yg x best bila ada cousins sama tahu.n semua benda nak dibanding2kan terutama result exam. So toxic

t_hahahaha Publish time 21-3-2021 10:00 AM

anak i memang di compare sebab anak i special need.mmg i bo layan jek in law i..i langsung tak suruh salam hatta i sendiri pun tak bersalam dengan dia

hati hitam i berdoa mohon bakalan anak2 adik2 ipar i pun lahir sebagai anak istimewa

m.a.n.a.kautau Publish time 28-3-2021 05:36 PM

t_hahahaha replied at 21-3-2021 10:00 AM
anak i memang di compare sebab anak i special need.mmg i bo layan jek in law i..i langsung tak suruh ...

You are no different from them...
Pages: [1] 2
View full version: Hentikan Budaya Beza-bezakan Cucu. Pilih Kasih Hanya Akan Mencalarkan Emosi Kana


ADVERTISEMENT