piao Publish time 25-2-2021 12:58 PM

7 Tips Goreng Bihun Yang Gebu, Panjang-Panjang & Tak Hancur

1. Setiap Jenama Lain Kekenyalanhttps://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/03/bee.jpgMungkin selama ni kita biasa pakai satu jenama saja. Tapi kalau jenama tu tak ada di kedai, kita pun beli yang lain. Kadang-kadang cara yang biasa kita buat tak jadi pula dengan bihun lain.Sebenarnya kalau perasan, setiap jenama bihun ni tak sama teksturnya. Ada yang kena tebal, nipis, rapuh, dan agak keras. Jadi, kalau nak selamat periksalah pada paket kalau ada arahan untuk memasak.2. Cara Rendam Bihun Yang Betulhttps://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/03/rendam.jpgNak masak bihun ni seeloknya kita rendamkannya sekejap. Ada yang suka rendam dengan air biasa. Selalunya kalau guna air paip, kena rendam awal-awal contohnya 2-3 jam sebelum nak masak. Ada yang nak masak pagi, malam tu dah rendam.Tapi ada yang suka rendam dengan air panas sebab nak bagi cepat. Kadang-kadang emergency tetamu datang, boleh juga buat macam ni. Dua-dua cara ni tak salah. Tapi ramai yang buat silap bila dah rendam dengan air panas tu dibiarkan begitu saja lepas ditos. Maka, bihun akan mudah jadi lembik bila digoreng.Kalau nak dapat tekstur yang elok, bila bihun dah agak lembut tu cepat-cepat lalukan bawah air paip supaya proses melembutkan tu berhenti.3. Test Kekenyalanhttps://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/03/keny.jpgKalau nak tahu bihun yang direndam tadi dah cukup lembut ke belum, boleh buat cara ini. Caranya, keluarkan sikit bihun tu dengan garfu, kemudian cuba putuskan guna jari. Kalau senang diputuskan, maksudnya dah lembutlah tu.4. Tambah Air Masa MenumisKalau dah tak ada masa nak rendam lagi, anda boleh juga lembutkan bihun tu masa memasak. Caranya tambahkan sedikit air supaya bihun tadi jadi lembut.5. Perasakan Siap-Siaphttps://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/03/rasa.jpgSebenarnya lagi senang kita masukkan bahan perasa macam kicap, garam, gula semua sebelum bihun dimasukkan. Barulah rasanya sebati. Selalu kes tergigit garam sebutir-sebutir masa makan sebab masukkan garam last sekali. Yalah, nak mengacau bihun tu kan bukannya senang. Boleh timbul semua otot dan urat!Tapi kalau takut termasin bubuh awal-awal, boleh bancuh air garam dan curahkan ke dalam kuali bihun goreng tu tadi. Barulah senang nak ratakan dan tak berketul lagi.6. Kacau Guna Sudip & GarfuKalau nak dapat bihun yang panjang-panjang dan lembut, dicadangkan sebelah tangan pakai sudip, sebelah lagi pakai garfu. Baru senang nak kacau dan sebatikan perasa dengan bihun tu. Bihun pun taklah terputus-putus.7. Pecah Telurhttps://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/03/pecah.jpgAda orang suka pecah telur dalam bihun, tapi kadang-kadang telur ni boleh menyebabkan perencah dalam kuali berkumpul dan sukar diratakan. Jadi kalau nak lebih selamat, goreng telur dadar asing-asing. Nanti baru potong kecil dan taburkan dalam bihun yang siap digoreng.Sumber: Sirap Limau

KIM.K Publish time 25-2-2021 05:37 PM

Belajar dgn org patani, diorg buh organ ayam, kicap dan sos tomato/cili banyak2
Memang la sedap rencah banyak

cik.peah Publish time 25-2-2021 09:59 PM

uii memang sado tangan kalau goreng bihun ni.
memang nak senang kacau kena guna dua2 tangan.
biasa kitorang, kanan sudip, belah kiri senduk nasi ke apa2 lah.

sedap pulak sebut2 bihun ni.
esok nak goreng bihun lah

Lengkong Publish time 26-2-2021 07:24 PM

kerak bihun sangatlah sedap

nowhite Publish time 1-3-2021 06:24 PM

Aku masih pelik orang makan bihun grg dengan kuah laksa

wolfheart Publish time 1-3-2021 10:07 PM

Suka mee siam. Kalau nak mudah masa dah masuk bihun tu, sebelah tangan guna sudip/senduk, sebelah tangan lagi guna je garfu lerai2kan. Senang nak rata. :D

Coklatpanas Publish time 13-3-2021 03:27 PM

Terima kasih share info2 yang berguna

Dieja75 Publish time 14-3-2021 11:07 AM

Tq share info..{:mllove:}{:mllove:}

Pdibasic Publish time 15-3-2021 09:55 PM

Masih share

Cocomelon Publish time 16-3-2021 03:25 AM

Good info, baru tahu part merendam tu {:thumbo

Cieejiee Publish time 16-3-2021 06:55 AM

Good info.. tq for sharing

noorazurams Publish time 16-3-2021 08:34 AM

Tq bg tips

ayukpingu Publish time 16-3-2021 09:39 AM

terima kasih bagi tips

Entahlah.Babe Publish time 16-3-2021 10:14 AM

whoaaa interesting!

yssej16 Publish time 17-3-2021 03:34 PM

thanks bagi tips

Iddels Publish time 17-3-2021 04:49 PM

Ooo menariks ni.. boley try nanti. TQ for sharing {:1_132:}

Bylaaz Publish time 17-3-2021 05:28 PM

thanks bagi tips

Dieja75 Publish time 17-3-2021 09:12 PM

Wah menarik semua tips2 ni. Tq

siputpepel Publish time 24-3-2021 11:48 AM

Haritu goreng bihun biasa, jual dalam paket kecik tu. Habis hancur bihun ku sebab ku godek sana ku godek sini.

Pastu beli bihun cap jati yang paket besar terus. 3kg rasanya. Bagus bihun tu, tak putus, tak hancur. Makan pun sedap

jazaa100 Publish time 8-4-2021 10:04 PM

nowhite replied at 1-3-2021 06:24 PM
Aku masih pelik orang makan bihun grg dengan kuah laksa

lg pelik mkn laksa dgn pulut udang
Pages: [1] 2
View full version: 7 Tips Goreng Bihun Yang Gebu, Panjang-Panjang & Tak Hancur


ADVERTISEMENT