piao Publish time 25-2-2021 12:43 PM

Modal Tak Sampai RM10, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta

Modal Tak Sampai RM10, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta

Sebut sahaja perkataan lipas, sudah cukup membuatkan kita rasa geli geleman. Baik wanita mahupun lelaki, tiada manusia yang sukakan serangga perosak berkaki empat ini.

Meskipun lebih sinonim dilihat di kawasan kediaman khususnya kawasan kotor, lembap dan gelap, namun lipas juga suka berkeliaran dan bersarang di dalam kereta.

Tak syok bukan?

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/02/How-to-get-rid-of-cockroaches-from-your-car-1200x675-1-1024x576.jpg
Buat mereka yang takutkan lipas, jika bertemu serangga ini di luar atau di rumah mungkin boleh la kita capai penyembur serangga atau sekurang-kurangnya lari menjauhinya kan? Tapi kalau dalam kereta nak buat macam mana pula?

Jadi langkah terbaik yang boleh dilakukan adalah menghapuskannya. Nak tahu bagaimana? Jom ikuti perkongsian yang dilakukan seorang pengguna Facebook ini, Khushairi Burhanuddin di grup Facebook ‘Tukang apa hari ini’

Hanya perlu habiskan RM7.90

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/02/3f81.png

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/02/3f81.png

Menurut Khushairi, dia mempunyai anak kecil jadi makanan ringan kerap tertumpah di dalam keretanya. Keadaan pastinya menarik perhatian lipas dan kaum keluarganya yang sentiasa mahukan makanan.

Hanya sembur bawah seat

Bagi mengatasi masalah ini, dia kemudian telah membeli penyembur serangga jenis Vape dari jenama Fumakilla dan akan menyemburnya beberapa das di bawah tempat duduk kereta sebelum tidur.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/02/4a47378998e83c9d60d46827da5420e4.jpeg
“Saya beli fumakilla vape ni dekat speedmart. RM7.90 lebih kurang. Sembur dua tiga das bawah seat kereta. Buat waktu malam sebelum tidur.

Dan ini hasilnya

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/02/147351655_10221566929775767_2432934159155040704_o-1024x768.jpg

“Pagi-pagi collect hasil. Puas hati kutip sekor-sekor. Banyak juga saya jumpa yang tengah bertelur nak meluaskan ummah lipas,” katanya.

Jadi buat anda yang mempunyai masalah sama mungkin boleh menggunakan tips yang dikongsikan sahabat kita ini.


Sumber:https://www.buzzkini.com

buragazz Publish time 25-2-2021 01:11 PM

Kereta sapa la yang lipas menimbun ni.. geli pulak den tgk...

Jitu Publish time 25-2-2021 02:07 PM

pemalas owner kereta ni
rajin2lah selalu cuci kutip buang sampah2 yg ada pastu vacuum
takdalah lipas ni dlm kereta
ni dah penuh sisa2 makanan mmg lipas suka
mst kepam bau kereta dia ni

KIM.K Publish time 25-2-2021 03:23 PM

buragazz replied at 25-2-2021 01:11 PM
Kereta sapa la yang lipas menimbun ni.. geli pulak den tgk...

Kalau nampak sekor dua lipas tu sebenarnya ummah dah banyak ni

mdhelmi Publish time 25-2-2021 05:09 PM

xyah one push tu
sembur je ridsect yg biasa tu
pastu biar semalaman

imatt Publish time 25-2-2021 07:01 PM

Tapi leceh nak kene kutip2 pulak bangkai lipas lpstu. Kalo buat umpan pakai margerin n minyak dalam bekas plastik tu lagi senang rasanya.
Pages: [1]
View full version: Modal Tak Sampai RM10, Lelaki Ini Kongsi Cara Mudah Hapuskan Lipas Dalam Kereta


ADVERTISEMENT