piao Publish time 24-2-2021 07:59 PM

Tidak Berbuat Apa Seharian Namun Badan Masih Lesu? Mungkin Ini Penyebabnya

Tidak Berbuat Apa Seharian Namun Badan Masih Lesu? Mungkin Ini Penyebabnya


Tidak dinafikan mempunyai jadual kerja yang padat sehingga memerlukan anda berkejaran dalam mengesar masa sememangnya meletihkan. Bukan sahaja anda malah kami juga kerap mengalaminya.

Namun bagaimana pula dengan situasi dimana anda masih terasa letih, lesu, penat dan sebagainya walhal anda pada hari itu langsung tidak melakukan apa-apa aktiviti.

Mesti ramai tertanya-tanya bukan?

Perkara ini sebenarnya boleh terjadi kepada sesiapa sahaja tanpa mengira faktor usia. Ia kebiasannya berlaku disebabkan pilihan gaya hidup yang salah, dan juga masalah kesihatan lain seperti:

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/09/masalah-kesihatan-punca-kelesuan.jpg
Dalam hal ini, lebih baik untuk merujuk dengan pakar kesihatan anda untuk mengetahui cara yang lebih baik untuk merangsang paras tenaga

Dari segi gaya hidup pula, terdapat beberapa perkara yang turut menyumbang kepada keadaan ini antaranya waktu tidur yang kurang, pengambilan ubatan, diet yang tidak betul serta pengambilan kafein yang berlebihan

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/09/gaya-hidup-punca-kelesuan.jpg
Justeru untuk mengawalnya anda hanya perlu mengubah tabiat harian anda dan anda akan merasakan perubahannya.

Namun harus diingatkan menurut Public Health Malaysia, ianya juga boleh terjadi disebabkan kesakitan mental atau dalam bahasa lainnya Depression.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/09/119966424_2747572818865906_386879861050609374_o.jpg

Menerusi Era, secara ringkasnya kemurungan terjadi tanpa disedari oleh penghidapnya . Ia akan menyebabkan mereka sentiasa bersedih , keletihan dan ketiadaan tenaga, selain mudah marah dan hilang minat dalam melakukan aktiviti harian

Akibatnya, badan akan sentiasa terasa tidak bemaya, letih dan lesu sedangkan mereka tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal pada hari tersebut

Sekiranya keadaan ini berterusan selama 2 minggu atau lebih, anda perlu segera melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan .

Sumber:PHM MYHEALTHMYLIFE


Tinot7 Publish time 24-2-2021 08:15 PM

Iols lesu sbb tak dpt pi massage reflexology bagai

Supersirap Publish time 24-2-2021 08:16 PM

Nice info TT, trimas

Redmyvi Publish time 25-2-2021 09:14 AM

Kadang satu hari tu aku melekat depan pc jer siapkan report.. mmg rasa lesu jaa.. dgn aircond lagi..

seribulan Publish time 25-2-2021 12:11 PM

Biasa minum 100 plus zero terus bertenaga :)

Scheherazade Publish time 25-2-2021 12:46 PM

Mmg ada rasa lesu2 ni tp agaknya ubat yg den ambik kot

confessorlady Publish time 25-2-2021 08:37 PM

Badan banyak lemak kalau tak gerak lembik je la, jadinya bagusla bersenam..aku tengok budak sekarang dah macam mak budak

nowhite Publish time 28-2-2021 12:53 AM

Bila badan lesu cuba bangun kemas rumah..berkebun ke..senaman ke..nanti hilang la lesu tu

monreyes Publish time 28-2-2021 06:14 PM

dulu pun pernah camni....
rupanya hemoglobin low sebab every mth heavy menses...
bila menses ambil sangobion...
mula2 doc yg prescribe...
pastu aku mkn sendiri je...
Pages: [1]
View full version: Tidak Berbuat Apa Seharian Namun Badan Masih Lesu? Mungkin Ini Penyebabnya


ADVERTISEMENT