piao Publish time 24-2-2021 07:48 PM

Craving Nak Makanan Korea? Ini Resepi Homemade Tteokbokki

Craving Nak Makanan Korea? Ini Resepi Homemade Tteokbokki

Sebut saja tteokbokki, pasti ramai yang mengenali makanan ini terutamanya tidak asing bagi peminat K-pop.

Mana taknya, ia merupakan hidangan paling popular di negara sana.

Namun, tentunya harga menu tersebut agak mahal jika di Malaysia dan hanya boleh dinikmati di restoran makanan Korea apatah lagi bahannya yang sukar didapati di sini.

Tapi bagi korang yang mahu mencuba menu ini, sis Zurina Zulkefli ada kongsikan resepi dengan menggunakan bahan-bahan yang ada di Malaysia. Jom cuba!

BAHAN UNTUK MEMBUAT KEK BERAS:

1 cawan tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
Secubit garam
Sedikit minyak bijan
Air suam

CARA MEMBUAT KEK BERAS:

Campurkan semua bahan dan masukkan air suam sedikit demi sedikit. Uli hingga jadi doh yang tidak melekat di tangan.



https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/tepung-1.png

Uli doh memanjang dan potong kecil.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/tepung-1-1.png

Sapukan minyak bijan pada pinggan. Letak potongan kek beras dan kukus selama 5 minit.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/tepung-2-3.png
Setelah siap dikukus, rendam kek beras ke dalam air sejuk bagi mengekalkan kekenyalannya.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/tepung-3.png
Ketepikan kek beras dan sedia untuk menyediakan sos tteokbokki.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/tepung-4-1.png
BAHAN UNTUK KUAH TTEOKBOKKI

3 ulas bawang putih (siap dicincang)
Sudu makan minyak masak
1 sudu makan pes cili giling
Sedikit air
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
Gula
1 sudu teh stok ayam (jika nak pedas, boleh masukkan sos gochujang korea)
Beberapa batang sosej (dihiris ikut saiz yang dimahukan)
Telur rebus

CARA MEMASAK:

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga wangi.
Masukkan pes cili giling, sedikit air, sos cili, sos tomato, sos tiram, gula dan stok ayam. Masukkan sos gochujang korea jika mahu rasa tteokbokki yang pedas.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/masak-1.png
Kacau rata hingga sos likat dan mempunyai rasa pedas dan manis.
Kemudian, masukkan kek beras dan hirisan sosej ke dalam kuah (masak selama beberapa minit)

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/masak-1-2.png

Hidangkan tteokbokki yang telah siap bersama telur rebus dan taburkan sedikit biji bijan ke atas permukaan tteokbokki.

https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2020/10/masak-2-1.png
Akhirnya, dah siap pun tteokbokki kita, korang yang mengidam nak makan makanan Korea tu bolehlah cuba resepi ini dari sis Zurina. Kalau nak kami kongsikan lagi resepi-resepi menarik jangan lupa komen saja ya!

Selamat mencuba korang!

Sumber: RASA.MY FB

Tinot7 Publish time 24-2-2021 08:01 PM

Wow.. rajinnya nak wat cenggitu..

Supersirap Publish time 24-2-2021 08:23 PM

Nampak sangat menarik

Xaveria Publish time 16-3-2021 11:24 AM

Wow buat sendiri tteokbokki. Thank you share resepi

yssej16 Publish time 17-3-2021 03:34 PM

sedapnyaaaa

Misschili Publish time 17-3-2021 11:52 PM

my favouritee....

Misschili Publish time 17-3-2021 11:53 PM

looking forward to try this at home :)

Misschili Publish time 17-3-2021 11:54 PM

hopefully menjadi wlpn xsesedap beli dekat kedai

whimsygirl Publish time 19-3-2021 05:14 PM

My favourite, kalau nak rasa mcm kt kedai, bole tambah dlm kuah tteobokki sedikit seaweed & few drops minyak bijan. Adjust ikut selera sendiri

siputpepel Publish time 24-3-2021 11:46 AM

Baru makan tebeokki ni minggu lepas. Sedap angat !! Ada jumpa kat youtube dia buat sendiri tebeokki. Nampak macam senang. Nanti boleh lah try. Kuah dia pi beli kat supermarket je

missorange Publish time 21-4-2021 02:04 PM

waaahhh terliur plak bile tgk gambar tteokbokki ni

appleijau Publish time 22-4-2021 12:50 PM

Sedap ni. Dah lama tak makan tteobokki. Thank you share resepi.

fido_dido Publish time 22-4-2021 09:08 PM

tanya sikit, tteokboki ni memang kena kukus ke? kalau rebus x jadi eh?

Guli Publish time 28-4-2021 06:16 PM

Tak pernah makan tapi terliur Gak tgk k-drama pelakon makan

Guli Publish time 28-4-2021 06:17 PM

Harap Rasa tak mengecewakan macam jjajjamiyeong sbb Rasa masin ,Rasa macam kuah tuacu pun ada .

Guli Publish time 28-4-2021 06:18 PM

Teringin Gak nak beli instant tapi tak tau la
Pages: [1]
View full version: Craving Nak Makanan Korea? Ini Resepi Homemade Tteokbokki


ADVERTISEMENT