piao Publish time 24-2-2021 04:50 PM

Aplikasi Waktu Solat & Gaya Hidup Muslim Milik Neelofa, TheNoor Kini Boleh D

Aplikasi Waktu Solat & Gaya Hidup Muslim Milik Neelofa, TheNoor Kini Boleh Dimuat Turun

Jika anda ingat disekitar November tahun lalu, usahawan dan pengacara Neelofa ada mengumumkan yang dia sedang dalam proses menghasilkan aplikasi, The Noor.

Ia merupakan sebuah aplikasi gaya hidup muslim yang dilengkapi ciri-ciri seperti waktu solat, arah kiblat, alunan Al-Quran serta notifikasi laungan azan.


https://www.buzzkini.com/wp-content/uploads/2021/01/TheNoor-1024x531.jpg

Kini, menerusi satu perkongsian di Instagramnya, Neelofa memaklumkan aplasik tersebut telah tersedia untuk dimuat turun.

“Aplikasi TheNoor akhirnya sudah boleh dimuat turun sekarang. Terima kasih tidak terhingga saya kepada pasukan dan rakan kongsi kerana menjadikannya satu realiti.

“Semoga anda semua akan menyukainya sama seperti yang kami lakukan” tulis Neelofa sebagai ruangan kapsyen.

https://www.instagram.com/tv/CKlSrHDl4Os/?utm_source=ig_embed

Namun difahamkan aplikasi ini hanya sedia untuk dimuat turun oleh pengguna iOS sahaja dan pihaknya masih dalam proses menyediakan aplikasi berkenaan untuk pengguna Android pula.

https://www.instagram.com/p/CH7xlROBCet/?utm_source=ig_embed

Sumber:https://www.buzzkini.com

Fazsemput Publish time 17-3-2021 06:42 PM

Pakai jakim punye je.. lagi yakin
Pages: [1]
View full version: Aplikasi Waktu Solat & Gaya Hidup Muslim Milik Neelofa, TheNoor Kini Boleh D


ADVERTISEMENT