piao Publish time 24-2-2021 08:39 AM

Ini Adalah Cara Buat Popia Otak-Otak Paling Mudah

Ini Adalah Cara Buat Popia Otak-Otak Paling Mudah

Kadang-kadang kita mesti teringin nak makan otak-otak macam dekat warung tu kan. Sekali hadap, memanghabis sebakul atas meja tu. Otak-otak ni memang sedap, tapi tak banyak kedai yang jual.

Sekarang ni macam-macam inovasi orang buat kudapan frozen, salah satunya adalah popia otak-otak. Puan Eka Zahra telah berkongsi resepi yang menarik dan mudah untuk membuat otak-otak.

BAHAN-BAHAN
1 tin Tuna in Water (buang airnya kemudian ditumbuk hancur)
1 sudu makan santan pekat
1 biji telur ayam dipukul sedikit
2 sudu makan tepung ubi kayu
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Serbuk perasa secukupnya (saya guna Maggi Cukup Rasa)
Kulit popia

BAHAN KISAR
1/2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 biji buah keras (*kalau ada)
1/2 inci halia
1 batang serai bahagian putih saja
1 sudu teh rempah kari ikan
2 sudu makan cili kisar (ikut tahap kepedasan)

CARA-CARA
1. Kisar Bahan
Mula-mula kisar semua bahan yang disenaraikan.

2. Tumis
Kemudian tumis bahan yang dah dikisar tersebut hingga garing.

Bila dah masak, tutup api dan biarkan sejuk.

3. Gaul Semua Bahan
Seterusnya campurkan tuna, bahan yang dah ditumis, santan, tepung ubi, telur, garam, gula, dan serbuk perasa.


https://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/09/gaull.jpg

Gaul sebati.

4. Isi Inti Dalam Kulit Popia
Ambil sekeping kulit popia kemudian sudukan inti dan lipat (rujuk gambar).

Oles bahagian hujung dgn bancuhan tepung gandum dan air sebagai pelekat.

https://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/09/isi.jpg

5. Goreng
Akhir sekali, goreng popia hingga garing keemasan.

Angkat dan toskan atas tisu dapur.

https://salaam.buzzkini.com/wp-content/uploads/2019/09/pop.jpg

Sumber: Sirap Limau

yssej16 Publish time 17-3-2021 03:40 PM

sedapnyaaa :drool3:
Pages: [1]
View full version: Ini Adalah Cara Buat Popia Otak-Otak Paling Mudah


ADVERTISEMENT