piao Publish time 22-2-2021 07:43 PM

Hukum bela lintah, Makan Landak dan Tenggiling

Edited by piao at 23-2-2021 11:40 AM

Hukum bela lintah, Makan Landak dan Tenggiling
http://antobox.files.wordpress.com/2013/07/landak.jpg
http://img.astroawani.com/2019-02/41551173510_LINTAH.jpg
https://assets.hmetro.com.my/images/articles/tenggal1_1581809411.jpg

nHOuVFxZIaU


Hukum Makan Daging Landak

Soalan; assalam..ustaz,apakah hukum makan daging landak..? ianya juga buas dan bertaring..trm ksh.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ‘ala Rasulillah.

Yang dilarang oleh hadis ialah binatang buas bertaring yang menggunakan gigi taringnya untuk menerkam dan membunuh mangsanya.

Saya tidak pasti apakah landak mempunyai gigi taring yang berfungsi sebegitu. Adapun pandangan para ulamak tentang landak adalah seperti berikut;

1. Mazhab Hanafi dan Hanbali; haram memakannya kerana ia tergolong dalam binatang-binatang merayap/merangkak yang dipandang keji (khabaith), iaitu satu kelompok dengan tikus.

Dalam al-Quran Allah berfirman (dengan maksud); “Dan dia (yakni Nabi Muhammad SAW) mengharamkan ke atas kamu yang keji-keji” (surah al-A’raf, ayat 157).

2. Mazhab Maliki dan Syafiie; harus memakannya kerana walaupun ia dari jenis merangkak, namun tidak dipandang keji oleh manusia, kerana itu ia tidak termasuk dalam ayat tadi.

Dalam kitab Hayah al-Hayawan al-Kubra –kitab turas yang membincangkan tentang haiwan-haiwan-, pengarangnya (ad-Dumairi, wafat 808 hijrah) menjelaskan; Imam Syafiie berkata; “Landak halal dimakan kerana orang-orang Arab memandangnya sebagai makanan yang elok/baik” (2/361).

Di antara kaedah dalam mazhab Syafiie -dalam menentukan jenis haiwan yang halal dan yang haram-; “Setiap haiwan yang dipandang elok/baik oleh orang Arab maka ia adalah halal, kecuali terdapat dalil Syarak yang mengharamkannya”.

Ada diriwayatkan Nabi SAW bersabda; “Landak adalah dari binatang-binatang yang keji” (Musnad Imam Ahmad; 5954. Sunan Abu Daud; 3799. Dari Abu Hurairah RA). Namun ulamak-ulamak hadis menegasnya; sanad hadis ini adalah dhaif kerana terdapat beberapa rawi yang majhul, tidak boleh dijadikan hujjah dalam hukum-hakam.

Kerana itu para ulamak masih berikhtilaf tentangnya (landak). Ulamak yang berpandangan dia binatang yang baik/elok, mereka menghalalkannya. Yang berpandangan dia binatang yang keji, mereka mengharamkannya.
Sumber:https://www.islamituindah.my



Tinot7 Publish time 22-2-2021 07:53 PM

Tajuk TT psl bela lintah dan mkn tenggiling.. penerangannya?

KIM.K Publish time 22-2-2021 08:33 PM

pernah makan orang bagi. bukan liat ke dgg landak ni

mbhcsf Publish time 22-2-2021 10:36 PM

TT mohon letak pautan artikel asal, please. please be fair t the actual writer , anda mungkin tak menyedari bahawa benda ini penting dan melambang integriti. tambahan pula di board agama, so marilah sama sama kita didik diri menjadi org yg beralku adil pada mereka yang telah bersusah payah menulis.

agama itu datang dengan nilai.

piao Publish time 23-2-2021 11:40 AM

mbhcsf replied at 22-2-2021 10:36 PM
TT mohon letak pautan artikel asal, please. please be fair t the actual writer , anda mungkin tak me ...

done...terlepas pandang. kadang sumber pelbagai n edit tulis balik :laugh3:
Pages: [1]
View full version: Hukum bela lintah, Makan Landak dan Tenggiling


ADVERTISEMENT