Kaykaychan Publish time 20-2-2021 09:27 PM

4 Sebab Bertengkar Bersama Pasangan Buat Anda Turn On

Pelik tapi benar. Anda sering rasa terangsang atau turn on selepas bertegang urat? Ini puncanya..
Jangan salahkan hormon sahaja kerana tiga alasan lain ini juga antara sebab anda sentiasa berdepan dengan situasi di atas. Bayangkan dalam keadaan marah terbit rasa ghairah secara tiba-tiba. Bila sedang babak tuduh menuduh berlaku, pitching masing-masing sudah sampai langit ke tujuh, perasaan pula bercampur baur namun saat itu jugalah anda berperang dengan perasaan turn on dan sekilas teringat pula adegan ‘panas’ dalam filem antarabangsa di mana penamat pergaduhan pastinya disudahi dengan kegembiraan.
Pernah teman saya bercerita, trik yang selalu dilakukannya setiap kali berselisih pendapat bersama pasangan bila sudah nampak gaya mahu bertengkar, segeralah guna trik bijak ini untuk tidak memanjangkan tempoh pertelingkahan. Cuba ajak pasangan berasmara. Bijak, kan? Bukan sahaja dapat menamatkan persengketan, malah dapat juga merapatkan lagi hubungan cinta anda berdua. Kalau tak ada hubungan lagi, try kak Kay recommendations: JD Dating App untuk dating first, love nanti; SweetRing untuk hubungan serius; Tantan untuk orang yg bajet daripada atas dua, tapi anda juga jumpa “orang yang bajet” not the prince but local princes;)
OK, back to our topik…Mahu tahu mengapa anda sering merasa turn on semasa atau sebaik selepas tamat berdebat, ini jawapannya…
1.Ya, benar! Pacukan pada hormon.Hormon seperti testosteron, adrenalin, dan kortisol (hormon stres) semuanya melonjak ketika kita bertengkar dengan seseorang, termasuklah pasangan hidup kita. Kelegaan dari orgasme dan keseronokan meningkatkan serotonin, dopamin, adrenalin, dan oxytocin (hormon cinta). Dengan kala lain, hormon yang dilepaskan semasa bertengkar dapat membuat anda marah dan hormon yang dilepaskan setelah bertengkar pula menenangkan dan membuat anda merasa puas, memberi kekuatan, dan meningkatkan rasa selamat.
2.Cara Hebat Atasi TraumaBertelingkah mengundang momen traumatik yang bercampur aduk pergaduhan serta kemarahan. Dalam masa yang sama menimbulkan rasa takut jika ditinggalkan sehingga seks kadangkala dapat meredakan ketakutan itu dengan meningkatkan keakraban dan mencari semula rasa selamat dalam perhubungan. Jadi, tidak pelik jika anda rasa mahu menerkam pasangan setelah berjam-jam bertengkar. Tetapi jangan pula memulakan pergaduhan hanya kerana melakukan hubungan seks yang panas, ya?
3.Evolusi EmosiSeks selepas bertengkar tidak hanya memberikan kelegaan, tetapi juga membahagiakan. Kegembiraan yang dikecapi selepas adegan ‘bersama’ memberi kenikmatan yang tinggi sehingga dapat melupakan punca pergaduhan anda berdua. Tubuh badan anda bagai meraikannya dengan hasil yang memberangsangkan.
4.Rasa Resah dan Ghairah MenebalKeresahan dan kegelisahan adalah sensasi yang menyebabkan kadar degupan jantung meningkat. Begitu juga dengan aliran darah, dan pernafasan. Satu emosi itu cenderung berpindah ke emosi yang lain pada masa yang sama. Penat lelah bertengkar memberi tindak balas untuk termotivasi langsung membuat anda bertindak secara fizikal dengan cara tertentu. Di dalam kes ini, seks adalah jawapannya. Ia sukar ditelah kerana ia terarah kepada soal saintifik dan juga paras mental kita pada waktu itu.
Pages: [1]
View full version: 4 Sebab Bertengkar Bersama Pasangan Buat Anda Turn On


ADVERTISEMENT