melnanzz Publish time 20-2-2021 07:54 AM

AKU YANG KAU GELAR ISTERI [SAMARINDA TV3: Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Bri

AKU YANG KAU GELAR ISTERI
Slot Samarinda TV3
bermula 17 Februari 2021
Isnin-Khamis, 10.00 malam



Saksikan drama bersiri 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, dan Atiq Azman. Drama seram 15 episod arahan Shuhaimi Lua. Ditayangkan mulai 17 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.

JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nodin, Baby Azreen, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zahir Deck, Ferth Jasni, Razali Abdul Ghani, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran

WATAK PELAKON
Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Raihani
Atiq Azman sebagai Pian
Lana Nodin sebagai Embun
Zaki Azeman sebagai Naim
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia sebagai Ain
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Jasper Supayah sebagai Rose
Baby Azreen sebagai Maryam
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Maisarah
Zahir Deck sebagai Amin
Ferth Jasni sebagai Fakhri
Razali Abdul Ghani sebagai Abang Darus
Zaleha Abdul Kadir sebagai Mak Wan
Syarafi Sudarmaji sebagai Zairi
Ariff Amran sebagai Hadi

LAGU TEMA (OST)
Purnama - Naim Daniel

sc4TzXqtuy0

SINOPSIS AKU YANG KAU GELAR ISTERI
Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).

Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?

Episod 1
Sekumpulan remaja sedang mengadakan sebuah campfire di dalam sebuah hutan. Campfire itu dihadiri oleh 10 orang sahabat berusia 18 tahun bagi yang dianjurkan oleh mereka sendiri. Ezlan, 18 sedang menceritakan sebuah kisah seram membuatkan ramai remaja takut terutamanya remaja perempuan. Sedang leka mendengar kisah seram yang disampaikan oleh Ezlan, Ezlan menyergah dengan kuat membuatkan Raihani, 18 terkejut lalu memaut lengan Ezlan. Semua orang bergelak ketawa kerana keletah Ezlan yang melucukan walaupun dia sedang bercerita tentang hantu. Raihani menepuk-nepuk bahu Ezlan dengan manja. Jelas keserasian Raihani dan Ezlan. Kekacakkan dan keletah Ezlan ditenung lama oleh Laila, 18. Jelas, ada rasa cinta melalui anak mata Laila.








nanies Publish time 20-2-2021 09:35 AM

aku sbb si kinah ni ada, terus loya nk tengok

zasssssss Publish time 20-2-2021 03:35 PM

aku tak terasa nak tgk cite ni sebab kinah tu..

pearl.silver Publish time 20-2-2021 10:35 PM

Boikot nadia brian

princess_kunang Publish time 20-2-2021 10:49 PM

Skrip x best..mcm tah pape ..opening first episode tu adiputra jd budak skolah dok crita pasal hantu..x de penghayatan..mendatar je..

kimsa-ra Publish time 20-2-2021 11:06 PM

Xtgk episode 1 sbb sibuk buat kerja. Nnt la tgk.

Perawankota Publish time 20-2-2021 11:06 PM

princess_kunang replied at 20-2-2021 10:49 PM
Skrip x best..mcm tah pape ..opening first episode tu adiputra jd budak skolah dok crita pasal hantu ...

Tu lah.. Xmenakutkan langsung

Aikiko Publish time 20-2-2021 11:27 PM

Iols pun boikot atas sbb yang dah ketahuan tapi.....mak iols layan
Tgok b.dasarkan iklan watak si kinah mcm dah penah bawak sblum ni kan
Kurang lebihla....ada maen mak esah
Tapi kan dah tahun 2021 pun masih nak berkisarkan kisah2 sihir menyihir, pkai susuk bagai

supernaturalee Publish time 21-2-2021 12:55 AM

Hidung lana makin tajam
Very nk mcm kokesen mcm lakinya

mawarika Publish time 21-2-2021 02:29 AM

supernaturalee replied at 21-2-2021 12:55 AM
Hidung lana makin tajam
Very nk mcm kokesen mcm lakinya

Ttp nampak jawa..

b_n_c Publish time 21-2-2021 02:58 AM

fail sbb watak utama iaitu adi putra dan nadia brian x menjiwai, expressi wajah x smpai, xtau apa perasaan diorang sbnrnya since adi putra ni mcm byk watak x brcakap...so xtau sbnrnua dia ni lembam ke, tgh sedih ke, confuse ke? risau ke, truja ke..haish

NekNgah Publish time 21-2-2021 10:38 AM

Baru hari ni nak tengok episod pertama di Youtube.

Lepas tu baru boleh komen, tapi memang tak berkenan dengan Adi Putra.Dari dulu sampai sekarang itu ajelah gayanya.

awanysss Publish time 22-2-2021 10:34 AM

pelakon2 cerita ni semua ntah apa2..
harapkan mak adi putra je la elok sikit..
btw, si lana tu mmg cucuk habis ye muka, tp tetap buruk.. kesian..

uda Publish time 23-2-2021 02:47 PM

awanysss replied at 22-2-2021 10:34 AM
pelakon2 cerita ni semua ntah apa2..
harapkan mak adi putra je la elok sikit..
btw, si lana tu mmg ...

Tak sesuai partner dengan nadia> Tak logiklah konon kawan sekelas. Adi tu berbatu tua drp nadia dan sh sakinah. Carilah hero muda sikit.

one_aiman Publish time 24-2-2021 10:23 PM

hee berapa nadia brian ni bayar tv3 boleh dapat 2nd lead ni?geli la dgn sengih joker nya

Asdira Publish time 26-2-2021 03:52 PM

Tak minat sbb ada kinah..
mmg tak blh letak pelakon lain ke?:dizzy:

monreyes Publish time 3-3-2021 05:08 PM

not bad lah citer ni...
dari tgk citer projek juta2.. Datuk lah.. Tan Sri lah..

babycc Publish time 3-3-2021 06:46 PM

Kalau org lain x tgk cite ni sbb kinah, aku x tgk sbb ada nadia brian..

luvemedaa Publish time 4-3-2021 10:37 AM

Si nadia brian tak sesuai bwk watak naif. Sbb muka bitchy kan.
Tapi iols tgk saja bg hilang bosan sblm tido.

NurAlia14 Publish time 4-3-2021 10:40 PM

Geli plak aku dgr si pian duk sebut abg hahahha geli geleman cite ni dh tgh2 best plak
Pages: [1] 2
View full version: AKU YANG KAU GELAR ISTERI [SAMARINDA TV3: Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Bri


ADVERTISEMENT