ZP123 Publish time 20-2-2021 05:28 AM

Misteri Alam-Kijang

Binatang! Semua orang tahukan...

Pada siri pertama ini, aku nak ceritakan kali ini tentang binatang. Setiap binatang mempunyai perangai tersendiri. Samada Kita tahu atau tidak itu ikut pengelaman masing-masing.

Aku hendak berkongsi tentang satu pengelaman yang mungkin aku tidak dapat jumpa sampai bila-bila.

Jangan ditanya pada aku, apa yang aku nampak atau lihat sebabnya aku pun tidak tahu.

Aku hanya hendak berkongsi saja. Aku juga tidak memaksa pembaca percaya.

Tepuk dada tanya selesa.

***

Kejadian ini sudah lama berlaku.

Aku akan ceritakan semula pada hari kejadian.

Waktu petang, aku bersama dua orang kawan menapak pulang ke base setelah melihat pukat segera yang dipasang pada sungai( lubuk) yang berdekatan.

Hasil agak lumayan, dua ekor ikan sebarau, berapa ekor ikan tengas batang dan berapa ekor ikan Semah. Ikan Semah panggilan orang Sarawak kalau di semenanjung di panggil kelah.

Pukat segera itu dipasang oleh aku dan kawan-kawan. Selepas itu, menjadi milik kerajaan maksudnya siapa yang rajin melihat pukat, hasilnya hak dia.

Jarak sungai dengan Base dalam 1 jam berjalan kaki.

Semasa berjalan aku dan kawan-kawan tidak banyak bercakap. Masing-masing melayan kepala sendiri atau mungkin penat. Faham-faham kerja melihat pukat banyak perkara yang perlu dilakukan. Menyelam kutip ikan, betulkan pukat semula dan kerja lain yang berkaitan.
Masing-masing membibit plastik(plastik kompo) yang berisi ikan.

Dalam kepala aku dah terbayang gorengan garing ikan segar. Biasa lah dah jemu menghadap makanan segera milik kerajaan Malaysia. Yang faham itu faham lah apa yang aku maksudkan tentang milik kerajaan tu..hehehe.

Aku berjalan didepan sekali, dibelakang aku, kawan yang tubuh kurus tinggi dan akhir kawan aku yang berkulit putih.

Dalam menapak melalui rimbunan pokok dan batang pokok rendang yang tumbuh liar lagi subur.
Muka aku tertoleh ke kanan. Mati langkah aku. Telinga aku dapat menangkap sesuatu bunyi. Tapi aku tidak pasti bunyi apa.

Dua orang kawan dibelakang aku turut berhenti.

"Kenapa!" Tanya mereka.

Aku meletak jari telunjuk ke mulut bermaksud diam. Mereka faham dan turut diam.

Mereka memandang ke arah sama.

Kawan aku yang bertubuh tinggi rapat ke aku.

"Kenapa Botak!" Tanya dia.

Aku mengatakan ada bunyi berdekatan pokok rendang itu.

Kawan aku memasang telinga. Serius wajahnya.
Kemudian memandang aku semula.
Aku tahu mimik wajah dia, tidak kedengaran apa-apa.

Aku tidak puas hati, aku letak beg plastik ke tanah. Aku menapak menuju ke arah bunyi kedengaran. Aku tidak pasti sebenarnya arah bunyi itu, aku cuba membuat andaian.

Pelahan kaki aku melangkah. Aku jatuhkan tapak aku sepelahan yang boleh dipermukaan tanah. Dalam 10 langkah aku matikan diri. Tiada pergerakkan aku lakukan. Tepat anak mata aku melihat kedepan, ke arah bunyi yang aku agak. Aku pasang telinga betul-betul.

Bunyi itu senyap.

"Ah! Pulak," kata dalam hati aku.

Aku biarkan tubuh berdiri kaku, hanya anak mata dan telinga main peranan.

Kawan-kawan aku kekal ditempatkan mereka. Mereka juga tidak membuat banyak pergerakkan. Tidak membuat bising. Mereka biarkan aku.

"Cak! Cak! Cik! Cik!"

Bunyi itu kedengaran semula.

Pelahan aku berubah kedudukkan, aku duduk mencangkung pula.
Aku menoleh kebelakang melihat kawan-kawan aku. Pantas tangan aku terangkat memanggil mereka. Aku menyuruh mereka rapat ke tempat aku.
Isyarat diam kekal aku berikan pada mereka.

Mereka bergerak pelahan rapat sebelah aku.

"Dengar tak!" Seakan berbisik aku bersuara.

"Bunyi apa tu Botak," tanya kawan aku yang berkulit putih. Kawan aku telah mendengar bunyi itu.

Aku diam, aku tidak dapat menjawab soalan itu. Kerana aku tidak tahu bunyi itu.

Aku arahkan mereka duduk di sini. Aku merangkak rapat pada rimbunan pokok di depan.
Kemudian kawan-kawan aku pula merangkak menuju ke sisi aku.

Kelihatan sebaris kedudukan kami. Semuanya dalam kedudukkan merangkak.

Kami masih tidak dapat melihat apa-apa. Tapi bunyi itu makin kuat hinggap dicuping telinga kami. Daun-daun didepan kami menjadi penghalang. Membataskan penglihatan.

Pelahan tangan aku, menyelak daun di depan.

Tergaman aku bila kelihatan dua ekor kijang dewasa sedang berdiri berdekatan.
Kijang itu berada dibawah pokok yang agak rendang lagi redup.

Aku tahu kijang itu sepasang.

Aku lihat, kijang jantan yang tanduknya agak panjang itu berdiri diatas sehelai daun kering yang besar. Daun seakan daun pokok ketapang tapi bersaiz besar. Daun yang jatuh dari pokok rendang itu, pendapat aku.

Kaki depan kijang jantan itu akan memijak daun kering itu berselang seli. Maksud aku sekejap kaki kanan dan sekejap kaki kiri.

Setiap pijakkan itu akan mengeluarkan bunyi.

"Cak! Cak! Cik! Cik!"

"Cak! Cak! Cik! Cik!"

Bunyi seperti kita memotong sayur atau bawang dalam keadaan laju. Tapi dalam bunyi yang besar. Bunyi itu kedengaran tajam. Ada kala bunyi itu bernada perlahan.

Ahh! Aku tidak tahu bagaimana hendak terangkan cara tepat.

Bila kaki kanan kijang itu memijak ke permukaan daun. Kaki kiri kijang itu tergantung dalam berapa saat kemudian kaki kiri pula memijak dan kaki kanan tergantung.

Kaki belakang kijang itu tidak main peranan pun, hanya kaki depan saja.
Perbuatan itu berlaku berulang kali hingga tercipta bunyi atau irama. Irama yang tidak difahami oleh manusia.

Bila bunyi seakan rancak, kijang betina akan mengangkat Kepalanya ke atas dan ke bawah. Badan kijang betina turut bergoyang kiri dan ke kanan. Bagaikan menari kijang betina itu.

Aduh! Dah macam kelab cubbing pula.

Perkara itu berlaku dalam berapa minit kemudian kijang-kijang itu beredar dari club tarian mereka.

Aku tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Aku hanya melihat saja.
Perasaan terpegun dan terkejut hanya tersimpan didalam hati.
Aku tahu ini misteri alam ciptaan Tuhan.

            Tamat.

*Kepada ingin membaca terbaru Zp sila layari page Dj Zambri (Fb)

Zambri Perasan.

Liyana5146 Publish time 20-2-2021 05:30 AM

Menarik...

Catpaw Publish time 21-2-2021 01:13 AM

Habis macam tu je ke..

nolya Publish time 21-2-2021 02:15 AM

Saya mungkin salah tapi kalau melihat gelagatbinatang spt itu mll Natgeo, itu adalahtariansepasang binatangygmengorat dn kemudianmengawan.Ini serius bukankata2 mengejek.

Liyana5146 Publish time 21-2-2021 05:05 AM

nolya replied at 21-2-2021 02:15 AM
Saya mungkin salah tapi kalau melihat gelagatbinatang spt itu mll Natgeo, itu adalahtariansepa ...

Betul tu. Mungkin tarian binatang sebelum mengawan kan...

izwan_izi Publish time 24-2-2021 03:16 AM

bila dibayangkan, nmpak mcm kijang tu buat "tarian mengawan"(mating dance)...

Satu kelaziman bagi haiwan2 ni untuk membuat "mating dance" bagi memikat pasangan masing2. sebelum si betina setuju untuk menerima jantan tersebut.

Binatang pon tahu berusaha utk memikat pasangan...bukan mcm sesetengah manusia jenis tak hormat pasangan paling malang siap pakej gila seks...

duri_durians Publish time 24-2-2021 11:03 AM

izwan_izi replied at 24-2-2021 03:16 AM
bila dibayangkan, nmpak mcm kijang tu buat "tarian mengawan"(mating dance)...

Satu kelaziman bagi ...

bagus nasihat dalam ayat2 terakhir tu :lol:

sranua Publish time 24-2-2021 02:28 PM

Bertuah dapat tengok kijang live dalam hutan.

izwan_izi Publish time 27-2-2021 10:15 AM

Proses mengorat pada haiwan ni ada 2..

Jantan gentleman : si jantan membuat "mating dance" seperti kijang tersebut...

Jantan bad boy : menjadi alpha male dlm kumpulan / pack..
Pages: [1]
View full version: Misteri Alam-Kijang


ADVERTISEMENT