piao Publish time 18-2-2021 09:45 PM

Kehebatan Pancingan Likoh Di Luar Negara

Kehebatan Pancingan Likoh Di Luar Negara

Saya percaya ramai bersetuju bahawa aktiviti memancing ikan likoh mungkin tidaklah semeriah pancingan ikan rohu. Di kebanyakan lapangan seperti kolam pancing air tawar berbayar, ikan likoh sering terpancing sama apabila memakan umpan yang dikhususkan untuk ikan rohu.

Namun di luar negara terutamanya di Eropah pancingan spesies kap ini begitu hebat dan meluas sehingga mampu membentuk satu komuniti atas nama carp fishing. Begitu juga di negara jiran kita Indonesia , walaupun likoh atau lebih dikenali dengan nama ikan mas bukanlah spesies tempatan sebagaimana negara kita juga, ia merupakan spesies pancingan utama kolam-kolam pancing komersial.

https://cdn.umpan.com.my/2021/02/likoh6-2.jpg

Merujuk kepada fakta ikan likoh menjadi ikan pancingan sasaran utama kolam pancing komersial di Indonesia, ia membuktikan pancingan ikan likoh bukanlah sebagai ikan sukan. Sebaliknya ia adalah satu jenis pancingan yang mementingkan aspek taktikal dan teknikal. Atau dalam erti lainnya, keseronokan sebenar memancing ikan likoh ialah kesulitan untuk mengumpan, bukannya selepas mata kail tercangkuk pada mulutnya.


Di negara kita, pancingan ikan likoh tidaklah dijalankan secara menyeluruh di setiap negeri. Malah, kebanyakan pemancing di pantai timur mungkin tidak pernah menceburi pancingan ini. Sebaliknya di negeri yang pernah aktif dengan perlombongan bijih timah seperti Perak dan Selangor, bekas-bekas lombong yang dijadikan pusat ternakan ikan tawar, yang kemudiannya ditinggalkan, menjadi syurga kepada kepada para pemancing.


https://cdn.umpan.com.my/2021/02/likoh3-2.jpg

Dari lombong-lombong ternakan ikan inilah, sama ada secara sengaja atau tidak, ikan-ikan likoh ini menjarah pula ke sistem perairan utama. Sungai-sungai utama di Perak contohnya, ikan likoh sudah boleh ditemui di beberapa lokasi strategik yang sesuai dengan habitatnya.

Suatu ketika dahulu, ikan likoh pernah menjadi ikan sasaran di kebanyakan kolam pancing. Ini berikutan tabiat makannya yang seperti tidak pernah mengenal erti kenyang. Walaupun perut sudah boyot seperti mahu pecah, tetapi masih lagi mahu memakan umpan. Selain itu ia juga cepat menyesuaikan diri dengan perubahan habitat.

Kebanyakan ikan likoh yang baru dilepaskan ke kolam pancing, hanya mengambil masa singkat untuk buka mulut. Tidak seperti patin yang mungkin memakan masa beberapa hari atau beberapa minggu setelah dipindahkan dari kolam ternakan.

https://cdn.umpan.com.my/2021/02/likoh2-2.jpg

Namun, disebalik sifat menghiburkan para pemancing kerana mudah memakan umpan, ikan likoh juga memiliki sisi hitam yang membinasakan. Ikan likoh dikesan menjadi punca keruntuhan tebing-tebing kolam berikutan sifatnya yang gemar mengorek dan memindahkan tanah tebing dengan mulutnya . Justeru itulah ikan likoh tidak lagi mendapat tempat di kolam-kolam pancing.

Sumber : https://www.umpan.com.my

Pages: [1]
View full version: Kehebatan Pancingan Likoh Di Luar Negara


ADVERTISEMENT