piao Publish time 17-2-2021 08:28 PM

Petua Mudah Lembutkan Daging

Masalah yang sering dihadapi apabila memasak daging, kalau tidak kena caranya daging menjadi liat dan tidak sedap dikunyah.Maka timbulah beberapa petua cara memasak daging yang betul.Kita biasa mendengar dan menggunakan beberapa petua untuk melembutkan daging agar ia lebih sedap dan berselera kita menikmatinya.Antara yang biasa kita amalkan ialah merebus daging dengan menutup periuk, atau memastikan cara yang betul ketika memotong daging, dan juga memasukkan sudu ke dalam periuk.


https://1.bp.blogspot.com/-up6Pbj6ngmc/XrC_O309oqI/AAAAAAAARU8/W161nHvVgWQQaBv6CaMtY-ElwDZmMaVzwCEwYBhgL/s400/petua-daging-lembut%2B%25282%2529.jpg


Sebenarnya ada lagi beberapa petua mudah warisan tok nenek kita yang jarang orang buat agar daging yang dimasak menjadi lembut.
Berikut petua mudah memasak daging supaya menjadi lembut dan enak rasanya.Selamat mencuba.


1.Rebus Bersama Kurma

Rebus daging dengan memasukkan beberapa biji kurma. Apabila kita masukkan buah kurma, sup daging akan automatik menjadi rasa manis-manis buah dan daging pun lembut. Berapa lama masa, bergantung pada air dan api.


2.Rebus Bersama Nanas
Nanas orang kata ‘tajam’ Maka, fungsi nanas ini sangat berkesan untuk melembutkan daging dan membuatkan rasa daging lagi enak. Kalau periuk kecil, cukup masukkan 1 atau 2 hirisan nanas.


3.Rendam Bersama Soda Bikarbonat.
Sebelum daging dimasak, terlebih dahulu lumur daging dengan soda bikarbonat. Ia hanya mengambil masa tidak terlalu lama untuk menunggu daging lembut. Apabila daging agak lembut, basuh dulu daging sebelum masak.


https://1.bp.blogspot.com/-W5coj4wt9lI/XrC_OxuUrnI/AAAAAAAARU8/NY9vP6O7ShcDoV4R5fNIUX6mrjXeOOA5QCEwYBhgL/s400/petua-daging-lembut%2B%25284%2529.jpg


https://1.bp.blogspot.com/-i_3G5DjNLeI/XrC_O76FbfI/AAAAAAAARU4/uHnEmLE8g3UP9SjH1ulPBYqAcCfeTWyIwCEwYBhgL/s400/petua-daging-lembut%2B%25283%2529.jpg


4.Potong Daging Lawan Urat.
Semasa memotong daging, kita tengok dulu ‘urat’ daging, potong lawan arah supaya urat-urat daging terputus dan senang daging nak empuk.


5.Rebus Daging Guna Periuk Bertutup.
Salah satu petua orang dulu, daging yang kita sedang rebus, perlu ditutup rapat dengan penutup periuk. Letakkan pemberat sepertilesung batu atau apa saja yang berat supaya wap air tidak keluar.


Syarat penting, jangan letak garam ketika daging sedang direbus atau dimasak. Garam masuk akhir sekali.

Selamat mencuba! Sumber:


stinger.baik Publish time 17-2-2021 09:23 PM

rebus bersama daun betik

haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Lengkong Publish time 18-2-2021 08:10 AM

nak cuba petua diatas



hatikudus Publish time 10-3-2021 04:42 PM

Sekarang dah byk pressure cooker, kejap aje dah empuk ;P
Iols biasa guna baking soda/bikabonat soda, perap 1/2 -1 jam, cuci bersih & masak mcm biasa.

Dieja75 Publish time 14-3-2021 11:07 AM

Thanks for sharing ...{:mllove:}{:mllove:}

Pdibasic Publish time 15-3-2021 09:47 PM

Boleh cuba ni

ewayfarer Publish time 16-3-2021 12:08 AM

dok cari jugak petua ni dulu2..skrg dah da pressure cooker..settle masalah{:thumbo

Cocomelon Publish time 16-3-2021 03:21 AM

Good info {:thumbo

noorazurams Publish time 16-3-2021 08:23 AM

Tq bagi petua...good infoo

Entahlah.Babe Publish time 16-3-2021 12:22 PM

Thank you for the recipe

INTAN.JEJAI Publish time 16-3-2021 07:19 PM

Selalu potong daging lawan urat je. Tu pon dh membantu

apple_22 Publish time 17-3-2021 02:06 AM

Thanks for sharing..iols slalu campak sudu je dlm periuk..kalau mls, pressure cooker je..senang & cepat

Chimicuri Publish time 17-3-2021 11:54 PM

Tq bagi petua ni..

Bylaaz Publish time 19-3-2021 10:09 PM

Thanks for sharing

sapasapa Publish time 14-5-2021 03:25 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Petua Mudah Lembutkan Daging


ADVERTISEMENT