mumao Publish time 17-2-2021 12:15 AM

macam mana nak jadi cikgu?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Saya ada beberapa soalan nak tanya..sebelum saya bertanya..saya nak share masalah yang saya hadapi..okay..saya bercita-cita nak jadi seorang guru/cikgu.tapi..saya mengaku kesalahan saya sendiri..saya tidak melakukan yang terbaik semasa spm...saya langsung tidak mendapat A dalam spm..banyak B yang saya dapat..selapas spm saya ingin memohon ipg tetapi syarat kelayakan tidak mencapai..oleh itu saya memohon upu dan mendapat tawaran dalam Diploma Kejuruteraan..dan alhamdulillah saya sudah tamat pengajian saya dalam Diploma...dan saya sudah bekerja dan kerja saya lain dari apa yang saya belajar sewaktu diploma dahulu... gred 19 alhamdulillah sudah sah dalam perkhidmatan..oleh disebabkan saya masih muda dan ingin menyambung pelajaran lebih tinggi.. saya nak tanya..

1. Bolehkah saya mengambil Ijazah lain dari Diploma?
2. Ada tak PJJ untuk pendidikan?
3. Jika saya mendapat tawaran sambung belajar dalam Ijazah Sepenuh masa..apa yang saya perlu lakukan dengan kerja yang saya ada?(cuti tanpa gaji/cuti bergaji/cuti separuh gaji)

Mohon maaf dan Terima kasih{:childlikeo

Tunan Publish time 17-2-2021 12:51 AM

Adik boleh mohon ijazah sarjana muda pendidikan (yg berkaitan dgn diploma)
Contoh : ijazah sarjana muda pendidikan (matematik)
Boleh PJJ
Universiti paling popular UPSI. Uni lain : ambil univ yg tawarkan kos pendidikan yg sesuai dgn bidang yg adik minat.
Adik perlu mohon, jika shortlisted , kena interview.. lepas berjaya interview adik akan ditawarkan.
Goodluck adik..

Tunan Publish time 17-2-2021 12:53 AM

Jawapan soalan no 1 tu - boleh.

ellejo Publish time 17-2-2021 03:35 AM

aku grad engineering dan kebanyakan class mate aku jadi cikgu. tapi dorang amik teaching diploma lepastu. dpli kot nama dia???? ni cite 2014. skang dpli tu xtau wujud lg ke x.

tagas Publish time 17-2-2021 04:55 PM

Yg graduate pendidikan pun ramai yg

masih nganggur :shakehead3:

midori_katana Publish time 17-8-2021 11:13 PM

sebab tt masih belum ambik degree, jadi boleh jer apply degree pendidikan di upsi (u lain pun ada juga), cuma pastikan ambil bidang yg boleh 'laku' seperti matematik, english, sains. lambakan yang tak dapat posting ni kebanyakkannya belajar pendidikan bidang yg tak berapa diperlukan (sbb dah ramai cikgu atau cikgu bidang lain pun boleh mengajar subjek itu).


kalau budak spm cemerlang yang dapat ipg tu depa tak payah bimbang dah sbb insyaAllah habis ja belajar akan diutamakan untuk posting.


kalau tt ambik degree yg bukan pendidikan pun nanti boleh juga mohon jadi guru interim (diploma pendidikan di ipg).


apapun cuba ja, ramai gila kot minta cikgu, mereka semua layak dan tak salah kalau katakan yg dapat tu sbb mmg dah rezeki dia...

best of luck ya...
Pages: [1]
View full version: macam mana nak jadi cikgu?


ADVERTISEMENT