piao Publish time 15-2-2021 02:43 PM

Bagaimana Biji Epal Boleh Membunuh

Bagaimana Biji Epal Boleh Membunuh

Umum tahu bahawa buah epal adalah sangat berkhasiat dan mempunyai pelbagai kebaikan termasuklah antioksida, vitamin dan juga serat.

Ia sangat sesuai dijadikan snek dan juga jus untuk menambahkan lagi nutrien seharian.

Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa biji epal mengandungi sebatian tumbuhan yang dikenali sebagai amygdalin, yang boleh memberi kesan toksik kepada tubuh badan manusia.

https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2020/12/1609327409_592_Ini-Bagaimana-Biji-Epal-Boleh-Membunuh.jpg

Amygdalin bertindak sebagai bahagian pertahanan kimia kepada biji dan tidak berbahaya apabila biji-biji itu berada dalam keadaan utuh.

Namun apabila biji ini dikunyah atau hancur, amygdalin yang terkandung akan merosot dan bertukar menjadi hidrogen sianida (HCN).

Dalam dos yang tinggi, ini boleh menjadi sangat beracun dan mampu membunuh.

Amygdalin wujud dalam jumlah yang agak tinggi dalam biji bagi buah-buahan dalam keluarga Rosaceae, termasuklah epal, badam, aprikot, pic dan ceri.

Keracunan sianida

https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2020/12/1609327410_371_Ini-Bagaimana-Biji-Epal-Boleh-Membunuh.jpg

Sianida terkenal sebagai salah satu racun paling membunuh dengan sejarah pembunuhan besar-besaran dan juga perang kimia.

Malah, terdapat “pil bunuh diri” yang juga dikenali sebagai pil sianida yang digunakan pada Perang Dunia Kedua. Pil ini mengandungi sianida yang mana apabila ditelan, akan menyebabkan kematian yang pantas.

https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2020/12/1609327412_276_Ini-Bagaimana-Biji-Epal-Boleh-Membunuh.jpg

Ketika WW2, Jeneral Nazi Jerman Erwin Rommel dipaksa untuk membunuh diri dengan memakan pil sianida selepas terlibat dalam cubaan membunuh Adolf Hitler pada 20 Julai 1944.

Sianida berfungsi dengan mengganggu bekalan oksigen sel dan dos yang tinggi boleh membunuh manusia dalam masa beberapa minit sahaja.

erwin rommel makan pil sianida bunuh diri selepas cuba untuk bunuh adolf hitler

Gejala-gejala ringan melibatkan keracunan sianida termasuklah cemas, sakit kepala, pening dan kekeliruan.

Keracunan akut boleh menyebabkan sawan, sesak nafas, gemetar, kekejangan, peningkatan degupan jantung, kegagalan pernafasan, tekanan darah rendah, yang mana semua ini boleh membuatkan seseorang tidak sedarkan diri.

Dalam beberapa kes teruk, ia boleh menyebabkan koma dan maut.

Jika terselamat, individu tersebut pasti akan mengalami kerosakan pada jantung dan otak.

Berapa jumlah sianida untuk membunuh?

https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2020/12/1609327414_2_Ini-Bagaimana-Biji-Epal-Boleh-Membunuh.jpg

Jumlah sianida untuk membuatkan seseorang itu keracunan adalah bergantung kepada berat badan individu dan kanak-kanak mempunyai risiko yang lebih tinggi.

Untuk lebih tepat, 0.5 hingga 3.5 miligram sianida per kilogram badan manusia boleh menyebabkan keracunan. Sebagai contoh jika berat anda 100 kilogram, maka sianida yang diperlukan untuk menyebabkan keracunan adalah antara 50 dan 350 miligram.

Namun ia bergantung kepada toleransi badan seseorang dan juga jenis epal itu sendiri.

Jumlah amygdalin dalam epal adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis epal dan persekitaran tempat ia ditanam.

Adakah makan biji epal boleh membunuh?

https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2020/12/1609327414_519_Ini-Bagaimana-Biji-Epal-Boleh-Membunuh.jpg

Jika anda termakan beberapa biji epal, jangan risau anda mungkin tidak akan terbunuh.

Ini kerana biji-biji ini mempunyai lapisan pelindung yang kuat yang melindungi amygdalin di dalamnya.

Malah, lapisan pelindung biji yang kuat ini tahan terhadap enzim pencernaan dan biji epal dapat melalui sistem pencernaan tanpa sebarang kerosakan.

Ia hanya boleh membunuh jika anda memakan biji epal yang telah dihancurkan dalam jumlah yang banyak.

Menurut sebuah kajian pada tahun 2015, jumlah amygdalin dalam 1 gram biji epal berkisar antara 1 hingga 4 miligram, bergantung kepada jenis epal.

Namun, jumlah sianida yang boleh diperoleh dari biji-biji ini adalah lebih rendah dan dos membunuh bagi hidrogen sianida adalah sekitar 50 hingga 300 miligram.

Bagi setiap 1 gram biji epal, ia berpotensi mengeluarkan 0.6 miligram hidrogen sianida dan ini bermakna seseorang itu perlu memakan 83 hingga 500 biji epal hancur untuk mengalami keracunan sianida akut.

Walaupun tidak boleh membunuh, para saintis mengesahkan bahawa kandungan amygdalin dalam biji epal adalah tinggi dan memakannya boleh mencetuskan kebimbangan.

Rujukan: Britannica

seribulan Publish time 15-2-2021 02:51 PM

Edited by seribulan at 15-2-2021 01:56 PM

Alah...baru buat salad epal hijau & merah semlm :) kang jadik Sleeping Beauty lak...dulu ini panggilan pensyarah sebab krohkroh :) satu lagi panggilan bontot ayam...lu fikirlah sendiri {:runo

helicornia Publish time 15-2-2021 03:52 PM

good info TT

Noraniza_Iblis Publish time 15-2-2021 04:13 PM

kalau layan Netflix..
filem hindustan MOM ..
ade tayang..mak die buatracun sianida ni dr bijik epal..
tp die bwk 1 plastic je..ade laa dlm 15 bijik..
mangsa tu trus lumpuh.. xlame pastu mati...

tagas Publish time 16-2-2021 03:27 PM

Noraniza_Iblis replied at 15-2-2021 04:13 PM
kalau layan Netflix..
filem hindustan MOM ..
ade tayang..mak die buatracun sianida ni dr bijik e ...

Thrill part dia proses biji epal jadi serbuk

kaw kaw trus lumpuh mamat tu :shakehead3:

ipes2 Publish time 17-2-2021 04:50 AM

saya selalu simpan biji apples dalam mulut lepas makan apples.. seronok! asyik sambil tgk tv etc!! ish sib baik tak mkn byk2 biji nya

seribulan Publish time 17-2-2021 06:57 AM

ipes2 replied at 17-2-2021 03:50 AM
saya selalu simpan biji apples dalam mulut lepas makan apples.. seronok! asyik sambil tgk tv etc!! i ...

:lol: haa....jgn buat lagi....jd Sleeping Frog...

Noraniza_Iblis Publish time 17-2-2021 10:26 AM

tagas replied at 16-2-2021 03:27 PM
Thrill part dia proses biji epal jadi serbuk

kaw kaw trus lumpuh mamat tu

tp bile baca dlm ni..
baru tahu.. yg takat 1 plastik tu..
xde nye la smpai lumpuh..{:1_563:}
kene 500 bijik baru jd...

ipes2 Publish time 21-2-2021 06:14 AM

seribulan replied at 17-2-2021 06:57 AM
haa....jgn buat lagi....jd Sleeping Frog...

tak tahu pun slama ni haha

seribulan Publish time 21-2-2021 12:54 PM

ipes2 replied at 21-2-2021 05:14 AM
tak tahu pun slama ni haha

Pernah baca @ Sherlock Holmes ke Agatha Christie novel {:1_141:}

ipes2 Publish time 21-2-2021 07:55 PM

seribulan replied at 21-2-2021 12:54 PM
Pernah baca @ Sherlock Holmes ke Agatha Christie novel

suka baca agatha christie!
but curiously, not sherlock holmes's ones!

seribulan Publish time 21-2-2021 07:58 PM

ipes2 replied at 21-2-2021 06:55 PM
suka baca agatha christie!
but curiously, not sherlock holmes's ones!

Sherlock tu...not an interesting style of writing...plotwise {:thumbo

ipes2 Publish time 22-2-2021 06:12 AM

seribulan replied at 21-2-2021 07:58 PM
Sherlock tu...not an interesting style of writing...plotwise

i see
somehow, i suka agatha christie nya.. mcm ada slow flow.. sy suka gitu
Pages: [1]
View full version: Bagaimana Biji Epal Boleh Membunuh


ADVERTISEMENT