piao Publish time 11-2-2021 11:05 AM

Vivy Yusof nak tawar cuti tahunan tanpa had buat staf syarikatnya

Vivy Yusof nak tawar cuti tahunan tanpa had buat staf syarikatnya

https://ohmymedia.cc/ikut-cara-netflix-vivy-yusof-nak-tawar-cuti-tahunan-tanpa-had-buat-staf-syarikatnya/

Nama pengasas jenama tudung terkenal dUCk Scarf, Datin Vivy Yusof sememangnya kerap kali mencuri tumpuan media dengan pelbagai kisah menarik.

Tawarkan cuti tahunan tanpa had
Beliau yang juga pemilik syarikat FasionValet hari ini telah kembali mencuri tumpuan apabila memuat naik perancangan untuk menawarkan cuti tahunan tanpa had kepada kakitangan syarikatnya.

Terinspirasi dengan pengurusan Netflix
Hal ini dilakukan setelah terinspirasi dengan syarikat penstriman popular Netflix apabila melihat kakitangan mereka mengunapakai kelebihan tersebut dengan sebaiknya.

Dalam perkongsian tersebut, Vivy menyatakan cadangan yang dikemukakan itu agak mengejutkan pekerja senior di syarikatnya.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/81303591_177887896766010_5097070225081736639_n-819x1024.jpg

Setakat ini, Vivy memaklumkan tindakan itu berjalan dengan lancar di Netflix dan para pekerja menguruskan masa dengan sebaiknya.

“Saya mencadangkan cuti tiada had untuk syarikat dan mendapat respon mengejutkan daripada pekerja senior. Ia berjalan dengan lancar di Netflix- mereka memberi kepercayaan kepada pekerja untuk menguruskan masa serta menguruangkan kerja-kerja pengurusan oleh pengurus.” Tulisnya

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/83183007_511966122794771_7963344480547536484_n-819x1024.jpg

Akan laksanakan tak lama lagi
Walaupun sedar syarikatnya bukanlah seperti Netfix, namun pada akhirnya mereka sepakat untuk melaksanakan cuti tanpa had itu termasuk dengan cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang lebih mudah diatur.

“Tetapi kami bukan Netflix. Pada akhirnyakami mencapai kata sepakat yang akan dilaksanakan tidak lama lagi. Dan ini termasuklah cuti ibu bapa bulanan dan pengaturan kerja yang flexibel.” Tambahnya

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/143325161_1310001486083576_558805415362873905_n-819x1024.jpg
Usahawan berjaya itu juga sempat berkongsi bahawa setiap pekerja layak mendapat 14 hari cuti tahunan dan mahu menukarkan faedah tersebut kepada tanpa had selepas ini.


Macan ni saya sokong!
Susulan daripada itu, ruangan komen daripada muat naik Vivy telah dibanjiri oleh warganet yang datang memberikan pelbagai komen.

Rata-rata menyokong tindakan yang dilakukan olehnya dan ada juga yang berharap agar diterima bekerja di syarikatusahawan tersebut untuk sama-sama merasai faedah yang diberikan kepada setiap pekerja syarikat FasionValet.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Image-2021-02-10-at-8.52.29-PM-3.jpeg

Untung staf2 FasionValet
https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Image-2021-02-10-at-8.52.29-PM-2.jpeg


Boleh apply tak?Jaga gudang pun takpe
https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/WhatsApp-Image-2021-02-10-at-8.52.29-PM-1.jpeg



Sumber: Vivy Yusof

KIM.K Publish time 11-2-2021 12:04 PM

Vivy dulu bercakap macam tak baca akta buruh. Imej dah tercalar
Elok dia yang pegi kursus

little_sis Publish time 11-2-2021 12:14 PM

Nnti gaji ikut bilangan hari bekerja je ke ni

lifeline Publish time 11-2-2021 12:30 PM

company lain buat aku percaya tulus dan transparent
kalu kampeni itik ni buat aku risau gaji kira hari je

addved Publish time 11-2-2021 12:37 PM

Please la woman, sedangkan staff kau amik EL jaga anak pon kau meroyan, siap compare life kau yang boleh MULTITASKING sambil berkerja dalam pantang (dengan maid keliling pinggang). Podaaa. Anyway nama je cuti tahunan tanpa had sebab biasa la FV kan sentiasa nak nampak dia company paling cool & jaga staff, tapi trust me, kalau staff minta cuti 5 hari every month mesti kena black list punya ;P;P;P. Mesti ada T&C and mesti kena justify the days requested punya la.

black_handbag Publish time 11-2-2021 12:41 PM

kan.. pelik dia tawar cuti tanpa had. unpaid leave ke apa? byk lak duit company ko nak bayar gaji pekerja yg cuti sepanjang tahun xkeje tp gaji jalan?

sharlenetexas Publish time 11-2-2021 12:42 PM

addved replied at 11-2-2021 12:37 PM
Please la woman, sedangkan staff kau amik EL jaga anak pon kau meroyan, siap compare life kau yang b ...

Staf cirit birit pun kena datang kerja sebab kat ofis ada jamban.

tensic~ Publish time 11-2-2021 01:00 PM

Company laki aku pun unlimited. Max sekali cuti 20 hari.. of cos upon approval la

miracle_forever Publish time 11-2-2021 01:00 PM

kesian tinbo...benang dia dah lama tenggelam. sheols create new issues to stay relevant? tipu sgt dia nak redha je staff ambik unlimited leave.. poooodah

lilydandelion77 Publish time 11-2-2021 01:06 PM

I dun trust biby. Sejak ko meroyan bantuan B40 tanpa henti tu. Ex staff boleh x bg spatah dua kata :lol:

misc Publish time 11-2-2021 01:08 PM

Cuti berbayar ke? Kalau setakat unpaid leave tak payahlah.

piao Publish time 11-2-2021 01:52 PM

misc replied at 11-2-2021 01:08 PM
Cuti berbayar ke? Kalau setakat unpaid leave tak payahlah.

klu bos mcm ni cnfirm la cuti x berbayar... lewat 1 minit potong basic terus ;P

piao Publish time 11-2-2021 01:53 PM

lilydandelion77 replied at 11-2-2021 01:06 PM
I dun trust biby. Sejak ko meroyan bantuan B40 tanpa henti tu. Ex staff boleh x bg spatah dua kata : ...

btul tu... HIPOPO sgt dia ni...time pertikaikan b40x hingggat

piao Publish time 11-2-2021 01:54 PM

miracle_forever replied at 11-2-2021 01:00 PM
kesian tinbo...benang dia dah lama tenggelam. sheols create new issues to stay relevant? tipu sgt di ...

nak pujuk customer lerr tu..... ;P dah berak dan flash pun masih tinggal kesan najis... :lol:

MadameOnion Publish time 11-2-2021 02:17 PM

kawan aku ada beli facemask duck vivy ni..dia pun bangga ke hulu ke hilir tayang facemask harga 100+..tapi aku tengok mcm spenda lace beli kat pasar malam je...kalau jovian punya mmg cantik

nmi Publish time 11-2-2021 05:03 PM

addved replied at 11-2-2021 12:37 PM
Please la woman, sedangkan staff kau amik EL jaga anak pon kau meroyan, siap compare life kau yang b ...

Exactly..haha knowing vivy kan..

Meiizu Publish time 11-2-2021 05:14 PM

Unpaid leave kott

Meiizu Publish time 11-2-2021 05:16 PM

Let say sethn cuti..nak masuk balik kena tunggu kosong jugakkan.takkanlah sethn sebelum tu keje tak jalan

Meiizu Publish time 11-2-2021 05:17 PM

I tak caya bibi...alaa staff pregnant pun dia compare dgn dia superwoman

Ivysaur Publish time 11-2-2021 06:13 PM

Subject to approval kot
Pages: [1] 2 3
View full version: Vivy Yusof nak tawar cuti tahunan tanpa had buat staf syarikatnya


ADVERTISEMENT