piao Publish time 10-2-2021 09:14 PM

Resepi Ayam Kung Pao Paling Mudah

Resepi Ayam Kung Pao Paling Mudah

https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2020/12/1608811472_33_Resepi-Ayam-Kung-Pao-Paling-Mudah.jpg

Ayam boleh digoreng setengah masak terlebih dahulu. Untuk lada kering, ia perlu dibasuh sahaja dan tidak perlu direbus dahulu.

Resepi ini adalah untuk setengah ekor ayam. Jika anda mahu masak dalam kuantiti yang banyak, boleh lebihkan sukatan bahan-bahan.

https://saji.my/wp-content/uploads/2019/10/Resepi-Ayam-Kung-Pao.jpg

Bahan-bahan:
Ayam
Sos tiram (2 sudu besar)
Minyak masak (3 sudu besar)
Bawang besar (2 biji)*
Bawang kecil (2 biji)*
Serai (1 batang)*
Cili kering (10 tangkai)*
Halia (1 inci)*
Sos tomato (3 sudu besar)
Sos cili (2 sudu besar)
Kicap manis (3 sudu besar)
Hiris bahan-bahan berhuruf condong*.


Cara-cara penyediaan:
https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2020/12/1608811473_385_Resepi-Ayam-Kung-Pao-Paling-Mudah.jpg


[*]Gaul dan perap ayam dengan sos tiram.
[*]Panaskan kuali dengan minyak masak. Goreng cili kering bersama ayam yang sudah diperap. Goreng sehingga separuh masak.
[*]Masukkan bawang besar, bawang kecil dan serai.
[*]Apabila sudah naik bau, masukkan halia.
[*]Masukkan sos tomato, sos cili dan kicap. Seimbangkan rasa. Biarkan sehingga ayam betul-betul masak. Siap.




ClassicMeow Publish time 10-2-2021 09:21 PM

Boleh try nanti ni.. tengok macam simple jek resepi ni

Manjahati Publish time 14-2-2021 04:13 PM

Terima kasih share resepi..dpt idea utk dinner hari ni..kadang tu termenung nk pikir nk msk apa

MissVixen Publish time 16-2-2021 11:37 AM

Aku selalu buat tak ubuh serai. Makanan cina ada pakai serai ke? Ubuh kacang gajus bagi dia lemak sikit. Kalau ada scezhuan pepper lagi sodap.

sapasapa Publish time 14-5-2021 03:48 PM

Wah boleh cuba ni...thanks for sharing TT!!
Pages: [1]
View full version: Resepi Ayam Kung Pao Paling Mudah


ADVERTISEMENT