Resepi Somtam Ala Thai
Resepi Somtam Ala ThaiUntuk tambah keenakan, somtam boleh dimakan dengan pulut dan ayam goreng. Terdapat banyak jenis somtam seperti somtam ketam, ikan jeruk, somtam buah, udang dan lain-lain.
Pemilik resepi menggunakan lesung kayu. Lesung batu juga boleh digunakan, tetapi jangan tumbuk dengan kuat supaya betik tidak hancur.
https://i.pinimg.com/originals/f8/ef/5c/f8ef5c383169b26cefb9cde0c3a545dc.jpg
Bahan-bahan:
[*]Betik muda (1 biji) – sagat (gambar menggunakan 2 biji)
[*]Bawang putih (1 biji)
[*]Cili (2 biji) – boleh tambah
[*]Kacang panjang (1 ikat) – anggaran harga RM2
[*]Tomato (1 biji) – bersaiz besar
[*]Udang kering (2 sudu makan)
[*]Kacang tanah goreng tanpa minyak (1 genggam) – lebih banyak, lebih sedap
[*]Sos ikan/nampla (3 senduk kecil)
[*]Air limau nipis (3 senduk kecil)
[*]Nissan somtam/gula kabung (3 sudu makan)
[*]Lobak merah – sagat sedikit untuk tambah warna
https://thumbs.gfycat.com/MasculineUncommonBobwhite-max-1mb.gif
Cara-cara penyediaan:
[*]Tumbuk bawang putih sehingga hancur.
[*]Masukkan cili tumbuk hancur.
[*]Masukkan kacang panjang tumbuk manja.
[*]Masukkan tomato, kacang tanah, nampla/sos ikan, air limau nipis, nissan somtam/gula kabung dan udang kering.
[*]Gaul sebati. Pastikan gula betul-betul hancur.
[*]Masukkan betik dan lobak merah. Tumbuk manja sambil gaul. Rasa dan siap.
https://thumbs.gfycat.com/SilkyWealthyBluetickcoonhound-max-1mb.gif
Nota: Untuk bertambah sedap, masukkan sekali kulit limau nipis.
Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.
Kredit resepi: Mashitah Salae
Sedapnya. Tak dapat nak buat sebab takde betik muda. Kedai siam pun banyak dah mereput sebab owner tak boleh masuk. Ini memang sedap
Sedapnya somtam alamak...sedap nya huwaa sumpah lahh lapo lee Kecur air liur :drool3: sedap sangat :drool3:
Pages:
[1]