piao Publish time 10-2-2021 02:46 PM

Resepi Pulut Dakap Paling Terbaik

Resepi Pulut Dakap Paling Terbaik

Pulut dakap merupakan sejenis hidangan yang berasal dari Kelantan. Seperti namanya, ia mempunyai bentuk yang sama seperti gelang emas pulut dakap.

Pemilik resepi menggunakan pisang tanduk. Pisang berangan atau emas tidak boleh digunakan kerana lembik.

Rebus sehingga kering air supaya tidak cepat basi. Hidangan ini boleh dimakan dengan rendang atau sebegitu sahaja.

https://iluminasi.com/img/thumb/banner-resepi-pulut-dakap-paling-terbaik.jpg

Bahan-bahan:

[*]Beras pulut (1kg)
[*]Santan pekat (500gm)
[*]Air (1 gelas)
[*]Gula (2 cawan)
[*]Garam halus (3 sudu kecil)
[*]Daun pisang – hijau
[*]Pisang tanduk/pisang kebatu/pisang nipah/pisang kelat siam atau kelat lega
[*]Tali ropia atau tali getah – pemilik resepi menggunakan tali ropia kerana mengikut cara orang zaman dahulu
[*]Cara-cara penyediaan:
[*]Basuh beras pulut dan rendam dalam air selama 3 jam. Kukus pulut sehingga naik wap.
[*]Kemudian, masak santan, gula dan garam sehingga mendidih. Tutup api, angkat periuk santan dan letakkan di bawah.
[*]Ambil pulut yang telah dikukus tadi dan letakkan dalam periuk santan. Kacau sehingga sebati.
[*]Panaskan atas api semula dan kacau sehingga kelihatan keluar minyak sedikit demi sedikit.
[*]Ambil daun pisang. Letakkan pulut dan pisang. Tutupkan dengan pulut dan balut. Kemudian, ikat dengan tali ropia atau tali getah.
[*]Setelah siap, boleh kukus atau rebus.

https://cakaplepas.com/wp-content/uploads/2021/01/1610652430_351_Resepi-Pulut-Dakap-Paling-Terbaik.jpg

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari ‘group’ masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.Kredit resepi: Azura Yusoff


piao Publish time 10-2-2021 02:47 PM

http://4.bp.blogspot.com/-pKknFojf0m8/TV-j2p7QR-I/AAAAAAAADPo/1M2bjLBn8B0/s1600/IMG_3314a.JPG

Tinot7 Publish time 10-2-2021 03:13 PM

Tak pernah try. Sedap ke?

Lengkong Publish time 10-2-2021 03:16 PM

Suka makan pulut..tengok gambar kuih ni dah terliur

TomyamPuteh Publish time 10-2-2021 03:34 PM

Ni dia pulut dakap paling terbaik

eizarz Publish time 10-2-2021 03:40 PM

nampak tak sedap...kfc lg sedAp...:laugh3:

piao Publish time 10-2-2021 04:16 PM

TomyamPuteh replied at 10-2-2021 03:34 PM
Ni dia pulut dakap paling terbaik

pulak dah ;P

Ada soalan cemas.. kenapa kedai emas jual emas sedangkan harga emas akan naik nilai dia? ;P

hatikudus Publish time 10-2-2021 04:44 PM

Tak pernah try...

Klu kuih nagasari tu sama guna pisang tanduk cuma guna tepung & santan bukan guna pulut.
Lama dah tak mkan kuih nagasari

Dieja75 Publish time 14-3-2021 11:09 AM

{:mllove:}{:mllove:}{:mllove:}{:mllove:}

Pdibasic Publish time 15-3-2021 09:42 PM

Tk pernah try. Sedap ke?

Pdibasic Publish time 15-3-2021 09:43 PM

Tk pernah try. Sedap ke?
Pages: [1]
View full version: Resepi Pulut Dakap Paling Terbaik


ADVERTISEMENT