Kesiannya, Ramai Ibu Hamil Kena Sakit Tulang Kemaluan
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/234326mpmvcckcmmm8kkmz.jpgIbu mengandung memang hebat, terpaksa menempuh pelbagai dugaan sepanjang tempoh tersebut hinggalah saat kelahiran. Sakit, lenguh, loya, mengidam dan pelbagai lagi cabaran yang terpaksa ditempuhi membuatkan wanita sangat istimewa.
Namun, pernahkan anda mendengar tentang sakit tulang kemaluan yang terpaksa dihadapi wanita hamil?
Mungkin bunyinya agak kelakar bagi segelintir orang, namun ianya benar-benar berlaku.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/222943jh9zijhvij4hhg92.pngFoto : FB
Netizen turut berkongsi pengalaman mereka ketika menghadapi sakit tulang kemaluan ini. Lebih dasyat kerana ada yang berlarutan walaupun setelah bersalin!
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/223348tu38sp4slpclc02u.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/223348qmfzigenhtnxzttf.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/223348nilv4avl5ivz5mbl.pngFoto : FB
Dalam artikel Asian Parent, sakit tulang kemaluan adalah normal bagi wanita hamil, terutamanya trimester ketiga. Bahasa saintifiknya ialah symphysis pubis diastasis (SPD) iaitu tekanan pada ligamen yang longgar akibat hormon relaxin.
Ibu hamil akan mengeluarkan hormon relaxin yang berfungsi melembutkan ligamen bagi memudahkan bayi ke laluan pangkal rahim saat bersalin nanti.
Tetapi, ada tubuh ibu yang tidak dapat menerima perubahan ligamen lembut ini, maka terjadilah SPD.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/224210c89ctqsqs222crt9.pngFoto : Asian Parent
Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasi rasa sakit itu, antaranya ialah duduk di atas bola gym dengan postur tegak selama 10 minit dan lakukannya dua hingga tiga kali sehari.
Selain itu boleh juga berendam dalam air suam, akupuntur dan juga berehat di katil sahaja.
Apa pun, setiap masalah pasti ada penyelesaiannya. - CARI
baru aku tau
mak2 buyung ada kelab peringkat kebangsaan di fesbuk
haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :sweat3: pernah kena, masa pregnant anak bongsu dulu. Mujurlah lepas bersalin xde dah rasa sakit tu. Kalau x jangankan kata nak duduk bangun, tengah2 berjalan pun rasa menyucuk2 aje:dizzy: kuzaime replied at 10-2-2021 12:44 PM
pernah kena, masa pregnant anak bongsu dulu. Mujurlah lepas bersalin xde dah rasa sakit tu. ...
Ya allah mmg sakit. Lagi2 klu baring. Duduk or diri ok sikit Baru tahu thanks Sakitt uii Uishh baru tahu jgk Walaupun sakit... tapi tak pernah serik nak pregnant lagi{:sing Terima kasih infonya. Rasa masa mengandung kembar dulu Ngilu pula dengarnya.
Alhamdulillah masa pregnant dulu sihat walafiat.
Cuma bengkak kaki dan urat timbul je :L pregnant semua anak pun kena ni. :L Great and very informative post, thanks a lot for sharing! eeii sakit gila.. dari 5 bulan dah kena untuk semua anak.lepas beranak pun sakit, dr kata sebab tulang tu nak rapat balik
kawan2 semua heran apasal le teruk sangat nak bangun dari kerusi/ keluar dari kereta.. amik masa masa mengandung anak pertama kena nak dekat2 bersalin...
ni tgh mengandung anak no 2, dari minggu ke10 dah rasa sakit...
buat semua rasa sakit...baring jer baru tak rasa sakit..
dah taya doktor, doktor kata normal..baby nak membesar...
kalau keluar darah, terus g sepital...alahai jauh lg perjalanan nak bersalin ni :sweat3: Aku kena last week masa 36 minggu..sakit dia smpi skrg ya robbi…xleh bwk bincg.. 2 kali mengandung 2 kali pernah experience tapi yang first time paling teruk.2 bulan duduk jer tak leh bediri.Kalau bediri sakit yg amat.Nak baring sakit nak bediri sakit serba x kena.Memang menangis.Nasib baik ada kerusi malas ikea.Kerusi tu laa penyelamat.Tempat duduk and tidur sampai selamat deliver.
Even skrg dh x mengandung tp rs mcm ngilu2 ade lg.Tapi mild je la.Mungkin sbb perasaan jer atau mungkin sbb trauma.Tatau nak describe mcm mana. Pernah kena tp tk teruk
Pages:
[1]