YgBenar Publish time 9-2-2021 11:54 PM

80% Bahagian Perut Akan Dibuang..” Ini Info Pembedahan Pintasan Perut Boleh Kura

Terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan bagi mendapatkan berat badan ideal seperti senaman, menjaga pemakanan dan menjalani gaya hidup yang aktif dan sihat.

Ianya tidak mustahil dilakukan dengan keazaman yang tinggi apabila ramai individu yang memiliki berat badan obes berjaya kurus dengan kaedah tersebut.

Tetapi, bagi sesetengah individu, mereka sudah berusaha sebaik mungkin tetapi tidak berjaya sedangkan BMI sudah hampir mencecah angka 40.

Perkongsian oleh Public Helath Malaysia mengenai kaedah pembedahan secara pintasan perut ini mungkin boleh dijadikan solusi. Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut ini bukan sekadar untuk kurus tetapi tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.

Pembedahan Pintasan Perut, Bukan Sekadar Untuk Kurus..

Adakah anda sudah berusaha untuk mengurangkan berat badan namun masih tidak menemui jalan keluar. Penyakit yang berpunca dari berat badan berlebihan mula hadir dan anda benar benar mahu melakukan perubahan?
Ini mungkin satu solusi yang boleh dipertimbangkan.

Pembedahan Bariatrik atau mengecilkan perut sesuai dijalankan ke atas mereka yang indeks jisim badan (BMI) melebihi 35 dan gagal mendapatkan penurunan badan kekal dan konsisten dengan cara lain.

Pembedahan ini BUKAN sebagai pemebedahan kosmetik ya, fungsi utama pembedahan bariatrik bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti punca pelbagai penyakit kronik.

Selepas pembedahan, pesakit akan berasa cepat kenyang dan kurang selera makan serta menyebabkan sistem tubuh mengambil tenaga daripada lemak pada badan sebagai ganti kepada makanan yang biasa diambil.

Hasilnya, berat badan akan berkurangan. Pesakit akan dapat melihat kesan positif seperti pengurangan berat badan yang ketara, tekanan darah menurun, memulihkan pesakit yang mengalami diabetes tahap 2 serta merendahkan kolesterol.

Selain itu, ia dapat memulihkan masalah pernafasan ketika tidur, pedih ulu hati, memperbaiki pergerakan anggota badan malah menghilangkan sakit teruk pada sendi-sendi tulang akibat berat badan yang berlebihan.

Masalah kitaran haid wanita obes yang tidak teratur sehingga mengganggu kesuburan juga dapat diperbaiki.

Dari segi psikologi juga semakin bagus kerana ia meningkatkan keyakinan diri dan pengawalan emosi.

Pembedahan pintasan perut telah terbukti mampu mengurangkan berat badan sebanyak 60% dalam tempoh 2 tahun. Bukan sahaja penampilan fizikal akan bertambah baik, kebanyakan penyakit metabolik seperti kencing manis, kolesterol dan darah tinggi berjaya dikawal.

Beberapa selebriti tempatan popular seperti Aishah, Chef Zam, Rahim (sepahtu) , Micheal Ang telah menjalani pembedahan ini dan hasilnya boleh dilihat hari ini.

Sumber: Public Health Malaysia

otai_g Publish time 10-2-2021 03:52 AM

Isk takut la. tuhan da bg elok2 knp nak pg ubah?

dudaberhias Publish time 10-2-2021 04:10 AM

yang pasti sheolss memang letopsszzz lepas kurus ni dikk...
you go girl..

awanysss Publish time 10-2-2021 05:16 AM

terkejut iolz tgk gmbr before after sheols ..
kalau dia kata bersenam ke apa.. meols nak ludah dalam hati..
tp cantik la bila dia dah kurus ni..
meols pun berazam nak kurus sikit supaya cantik agittew

Suchi Publish time 10-2-2021 05:48 AM

Memang betul ke dia potong perut? Tah2 dia kurus sbb jaga makan.
Kalau jaga makan je memang boleh turun pun berat walau tak bersenam.

Iols tengok tak semua yg ngaku potong perut ni jadi kurus2 sekecil2nya.
Ada yg dah bertahun2 potong perut pun still kategori berlebihan berat badan lagi walaupun dah hilang byk berat.
Mikel ang tu je yg nampak bebetul kurus, yg lain lum la jd XS lagi.Maybe amik masa gak kot terutama yg terlebih obese sampaikan sblm ni berat cecah 200kg bagai.
Nak tunggu depa berat 50-45kg maybe agak mustahil la kot melainkan dibiarkan tak makan apa2 seminggu.

KIM.K Publish time 10-2-2021 06:27 AM

Ntah perut yang dipotong tu boleh jual balik n laku di pasaran gelap

krustykrab Publish time 10-2-2021 08:23 AM

otai_g replied at 10-2-2021 03:52 AM
Isk takut la. tuhan da bg elok2 knp nak pg ubah?

Dah benda tak elok, ubah ler..
Kalau dibiarkn byk penyakit...tuhan x suruh kita tunggu mati..kna usaha jgk

krustykrab Publish time 10-2-2021 08:25 AM

Suchi replied at 10-2-2021 05:48 AM
Memang betul ke dia potong perut? Tah2 dia kurus sbb jaga makan.
Kalau jaga makan je memang boleh t ...

Syanie tak mau buat ke..dia ni mmg gemuk sgt kan
DSV pun gemuk

MadameOnion Publish time 10-2-2021 09:12 AM

krustykrab replied at 10-2-2021 08:25 AM
Syanie tak mau buat ke..dia ni mmg gemuk sgt kan
DSV pun gemuk

syanie dah pernah buat rasanya..

sarah82 Publish time 10-2-2021 09:28 AM

Mesti ramai acik2 yg dok mengata si rina ni kepam berkerak sakit hati.. SbbRina ni dah cantik bila kurus.. Dan yg dok mengata dia dulu.. Kekal kepam berkerak..

Aku simple.. Dia nak operate ka tak.. Duit dan badan dia;P;P;P

helicornia Publish time 10-2-2021 09:31 AM

Suchi replied at 10-2-2021 05:48 AM
Memang betul ke dia potong perut? Tah2 dia kurus sbb jaga makan.
Kalau jaga makan je memang boleh t ...

dia tk sorok pun kan
ada je gambar dia dgn doc yg operet tu Dr nik

tapi kalau bole diet better la diet je
byk risiko gak buat surgery ni. makan ubat pun kena seumo hidup dengarnye
diabetis tu kalau bole dikawal tk perlu makan ubat dah bila norma

helicornia Publish time 10-2-2021 09:33 AM

public health mmg ada letak gambar aishah ke?
bole ke? kan tu maklumat peribadi pesakit

MisXoXo Publish time 10-2-2021 10:38 AM

helicornia replied at 10-2-2021 09:33 AM
public health mmg ada letak gambar aishah ke?
bole ke? kan tu maklumat peribadi pesakit

Aisyah sendiri share di ig dia mcmana dia lalui prosedur ni kalau xsilap .mcm abby pun beritahu .rahim sepahtu.lps tu xlama isteri pertama dia baru beritahu juga dia kurus sbb pembedahan juga.yg no 2 xpasti..sbb xlama rahim buat BS ..no 2 pun ada buat pembedahan bhgn perut.wallahualam

makadek Publish time 10-2-2021 11:14 AM

Ad sbb tuhan buat panjang2 usus perut tu..tk nk ku hilang nikmat mkn

helicornia Publish time 10-2-2021 11:48 AM

makadek replied at 10-2-2021 11:14 AM
Ad sbb tuhan buat panjang2 usus perut tu..tk nk ku hilang nikmat mkn

betul tu. kalau takat nk kurus jgn buat la.unless ada masalah kesihatan yg kronik

Youareyou788 Publish time 10-2-2021 01:46 PM

Kalau tak silap ade limit bmi untuk buat surgery ni kan. Kalau takat bmi chubby2 sikit takleh katenye

Megikari Publish time 10-2-2021 01:50 PM

Sepupu aiols ada buat benda ni. Memang kurus la, dari 100kg+ tinggal 60kg je skrg. Tapi dunno what went wrong, sampai sekarang berulang alik ke sepital sebab ada side effect kat perut dia

dua_chzy Publish time 10-2-2021 02:15 PM

krustykrab replied at 10-2-2021 08:25 AM
Syanie tak mau buat ke..dia ni mmg gemuk sgt kan
DSV pun gemuk

Dia dah buat tapi tak berkesan.

Btw ada poromer yang pernah buat ni bagi testimoni. Sengsara side effectsnya. Jika bukan morbid obese, jangan la buat.

dua_chzy Publish time 10-2-2021 02:16 PM

Megikari replied at 10-2-2021 01:50 PM
Sepupu aiols ada buat benda ni. Memang kurus la, dari 100kg+ tinggal 60kg je skrg. Tapi dunno what w ...

Zets why yang kita nampak indah tu tak semestinya bagos.

umbut Publish time 10-2-2021 02:23 PM

otai_g replied at 10-2-2021 03:52 AM
Isk takut la. tuhan da bg elok2 knp nak pg ubah?

Kalau gemuk cam gajah tu elok ke
Pages: [1] 2 3
View full version: 80% Bahagian Perut Akan Dibuang..” Ini Info Pembedahan Pintasan Perut Boleh Kura


ADVERTISEMENT