piao Publish time 9-2-2021 09:26 PM

suami cepat2 ‘cover’ lengan isteri dengan telekung raih pujian

suami cepat2 ‘cover’ lengan isteri dengan telekung raih pujian

Umumnya, dalam Islam menjadi satu kewajipan buat insan bergelar suami untuk mendidik isteri dalam mentaati perintah dan larangan agama Islam. Ini termasuklah dari segi aurat.

Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri ini pernah tular di laman media sosial apabila mereka diuji dengan keguguran janin.

Walaupun impian mereka untuk menimang cahaya mata pertama tidak kesampaian, namun Nur Aisyah bersama suami, Muhd Shaiful tetap tabah dan positif dengan ketentuan tersebut.


https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-6.44.23-PM.png

Video : https://ohmymedia.cc/sibuk-rakam-suami-cepat2-cover-lengan-isteri-dengan-telekung-raih-pujian/

Baru-baru ini, gelagat ‘sweet’ pasangan itu meraih perhatian warganet menerusi sebuah perkongsian mereka di aplikasi TikTok.

Dalam video berkenaan, dilihat Aisyah dan Shaiful baru selesai menunaikan solat berjemaah dan situasi itu dirakam oleh Aisyah menggunakan kamera telefon pintarnya.

Video : https://ohmymedia.cc/sibuk-rakam-suami-cepat2-cover-lengan-isteri-dengan-telekung-raih-pujian/

Bagaimanapun, tindakan suaminya yang segera menutup lengan si isteri daripada terdedah sehingga menampakkan aurat dengan memegang kain telekung telah menarik perhatian warganet.

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-6.43.42-PM.png

Perkara itu membuatkan usahawan muda berkenaan tersenyum lebar apabila ia secara tidak langsung memperlihatkan kemesraan antara mereka berdua dan menunjukkan bahawa Shaiful merupakan suami yang baik.

Bagusnya suami Aisyah
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet mengagumi sikap Shaiful yang prihatin dalan menjaga aurat isterinya. Sementara itu, ramai juga yang memuji keserasian pasangan suami isteri terbabit.

Cara dia ‘cover’ tangan isteri


https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-6.30.21-PM.png

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-6.30.31-PM.png

https://ohmymedia.cc/wp-content/uploads/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-6.31.20-PM.png

Alhamdulillah! Semoga mereka berdua saling mendidik antara satu sama lain untuk menjadi insan yang lebih baik.

Sumber: TikTok Nur Aisyah



matchstick Publish time 9-2-2021 09:41 PM

I'm speechless:(

otai_g Publish time 9-2-2021 10:04 PM

Usahawan muda? Ok. Faham.

indenial Publish time 9-2-2021 11:26 PM

Rakam? Bukan live? Dah tau rakam terselak gigih p upload jugak at the first place kenapa? Xyah upload lg bagus kan. Nak tuduh scripted je boleh takk
P/s : Done judge tanpa tengok video sebenar :lol:

AnakIkanGapi Publish time 10-2-2021 01:22 AM

masa tunjuk love bite x reti cover lak yerrrr...

ellejo Publish time 10-2-2021 02:45 AM

oh kapel ni la yg colleagues aku membawang kat fb. dorang tulis babi getik sial

:lol:

awanysss Publish time 10-2-2021 05:13 AM

org skrg mudah nau nak suka benda2 camni..
benda basic kot.. tp tu la, demi sesuap viral.. perlu dihebahkan

md_nana Publish time 10-2-2021 08:40 AM

siapa diorg ni? baca story diorg tetap x kenal.

nanasno Publish time 10-2-2021 08:43 AM

budak muda baru kahwin skang mmg suka menayang ek.

lee_sakura Publish time 10-2-2021 09:51 AM

aku tak kenal pon sapa diorg ni tp beriya la si suami dok cover lengan isteri, tudung isteri takmo labuhkan ke

missyL Publish time 10-2-2021 10:40 AM

Hmmm
Maybe mo bbnu now solat nk kene tunjuk ke.huuu
Xpelah.
Husnuzon Harap2 cukup 5 waktu...
N jadikn inspirasi tok bbnu lain solat..

missyL Publish time 10-2-2021 10:41 AM

nanasno replied at 10-2-2021 08:43 AM
budak muda baru kahwin skang mmg suka menayang ek.

Gitula skang u.
Mostly mmg tayang.

Happy sgt kot dpt nikah lol

Redmyvi Publish time 10-2-2021 05:59 PM

geli nyer lahai.. bukan benda penting.. aurat sndiri.. sndiri jaga la..

ceria611 Publish time 10-2-2021 07:10 PM

okay tak kenal

beatgirlX Publish time 13-2-2021 08:00 PM

Diaorg buss apa?

800214 Publish time 13-2-2021 08:44 PM

Bukak tiktok dorang.. Takde pun ttp aurat sgt. Ada je gambo tgh boxing nmpk lengan. Pkai tight. Apo2 je la labu

Clara90 Publish time 15-2-2021 10:46 AM

yang gambar tekeluar rambut idok dia kisah pulak ye.. heheh husnuzon jela hew hew

takayama Publish time 27-2-2021 02:23 PM

saper diaorg berdua ni, sorry x kenal dan mls nk gugel tgk diaorg business apa

Raman Publish time 17-3-2021 11:16 PM

Konfius den benda simple pun boleh terharu...sedih sangat ke kehidupan perempuan Mesia nih
Pages: [1]
View full version: suami cepat2 ‘cover’ lengan isteri dengan telekung raih pujian


ADVERTISEMENT