CARI-MAL Publish time 9-2-2021 03:23 PM

Elok Mandi Air Panas Atau Sejuk?

Apabila kita bangun dari tidur semestinya kita nak melalui kehidupan yang penuh bertenaga. Salah satu cara untuk mendapatkan hari yang positif adalah dengan mandi pada waktu pagi.


Tapi, sebenarnya elok mandi air panas atau sejuk?




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/09/151700huu838bt3lbah8ch.jpgGambar hiasan




Menurut portal Healthline, air sejuk dapat ‘membangunkan’ korang pada waktu pagi. Kiranya, kalau rasa macam lesu dan tak ada semangat waktu pagi, seeloknya mandilah dengan air sejuk.


Selain itu, air sejuk juga dapat meningkatkan kadar oksigen dalam badan, meningkatkan kadar denyutan jantung serta meningkatkan tahap alert kita. So, pastinya kita akan melalui pagi yang best dengan air sejuk.


Jadi, mandi air sejuk pada waktu pagi adalah cara terbaik untuk mendapatkan hari yang bertenaga.




Sumber: Era.je

Mulotkoyak Publish time 9-2-2021 06:35 PM

Ak stadi sains dlu cakap mandi air panas dapat mengembangkan arteri dalaman kita. So saluran darah dapat mengembang dan mengalir dengan lebih baik. So bg yg ade sakit jantung or arteriosclerosis kalo mandi air panas rase dpt membantu peredaran darah kot. Based on my science hypothesis je.

farhani87 Publish time 9-2-2021 09:02 PM

Ikut cuaca jer. Time panas mandi lah air sejuk. Time sejuk mandi air panas. Hehe

meisapoya Publish time 9-2-2021 10:34 PM

Air sejuk pagi, air panas malam. Kalau pagi pekena air panas, memang i lemau nak tido lepas mandi.

EvieWanKenobi Publish time 9-2-2021 10:53 PM

mandi air panas membuatkan kulit kering..:L

LadyCarefree Publish time 10-2-2021 03:11 AM

Yang bagus, air sejuk punya pancutan? percikan? whateverlah hala je shower head kat tetek. Water massage gitu.

cik.peah Publish time 22-2-2021 10:05 PM

i loike air sejuk.
air panas tak feel sangat mandi.
dia feel bila badan rasa penat, sakit2 badan, halan belakang badan bawah shower air panas yang panas tu, biasanya hotel punya la panas, rumah tak berapa panas.
haa yang tu best giler feel dia. rasa hilang letih metih semua.
buat pulak air tu laju macam ala2 massage badan fuhhh layannnn

Sam070 Publish time 18-3-2021 11:07 PM

Panas....tak reti mandi air sejuk

makankuihku Publish time 20-3-2021 03:05 PM

cik.peah replied at 22-2-2021 10:05 PM
i loike air sejuk.
air panas tak feel sangat mandi.
dia feel bila badan rasa penat, sakit2 badan ...

ye paling suka mandi kat toilet
hotel sebab air dia laju and panas dia menten .. rasa macam urut dengan tungku kat belakang yang sengal nihh

manusia_hairan Publish time 22-3-2021 02:15 PM

Kalau pagi plus ada aircond better air panas lah.. Tp bila tgh panas yg amat, of cos nak air sejuk.. Segar je rasa..

cik.peah Publish time 23-3-2021 03:15 PM

makankuihku replied at 20-3-2021 03:05 PM
ye paling suka mandi kat toilet
hotel sebab air dia laju and panas dia menten .. rasa macam urut...

ye setuju. rasa macam kena massage kan.
rasa penat2, letih2 badan jadi lega la sikit.
nak kena pi hotel ke semata ni? hahaha

marigold90 Publish time 24-8-2021 10:07 PM

I memang suka mandi air panas sbb badan tak tahan air sejuk

ghalibboy Publish time 20-9-2021 06:21 AM

I mandi air panas jika mandi before 8 am dan waktu malam.Tengahari dan petangoff heater. Sebenarnya mandi air sejuk macam rasa lebih puas dan bersih. Suami pula tak tahan mandi air sejuk...memang mandi air panas walau tengahari. I pun hairan kenapa dia tak sukamandi air sejuk walaupun waktu tengahari.

ReginaGeorge Publish time 10-10-2021 12:20 AM

Takut air sejuk. Siang ke malam akak memang mandi bawah air panas.
Pages: [1]
View full version: Elok Mandi Air Panas Atau Sejuk?


ADVERTISEMENT