piao Publish time 9-2-2021 10:53 AM

‘Tayar Kepak’ Boleh Didenda RM2K Atau Penjara 6 Bulan

Pemilik Kereta ‘Tayar Kangkang’ Boleh Didenda RM2K Atau Penjara 6 Bulan
https://media.ohbulan.com/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-6.28.58-AM.png


Bagi peminat kereta yang mempunyai hobi untuk menghias kereta mereka, sudah pastinya terbiasa dengan terma Hellaflush atau dikenali sebagai ‘tayar kangkang’. Bahkan, di negara kita sendiri banyak kereta yang sudah diubah suai dan tayarnya menjadi sedemikian rupa.

Susulan daripada trend yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat, pihak Polis Diraja Malaysia menerusi satu posting di laman Facebook tampil berkongsi hukuman yang bakal dikenakan kepada mana-mana pemilik kenderaan yang mengikut trend tersebut.

Hukuman menanti

https://media.ohbulan.com/2021/02/145956338_3971943256149285_9118380414621090827_o.jpg

Antara tindakan yang bakal diambil kepada pemilik kenderaan adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi daripada enam bulan.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan. Tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 6, Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Peraturan 138, Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 170/59 , iaitu ubah suai kenderaan tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan.

Jelas pihak polis, pengubahsuaian terhadap kereta mereka akan memberi kesan kepada pemanduan seseorang itu berikutan kegagalan sistem keselamatan dan brake yang tidak berfungsi dengan cekap. Perkara tersebut, secara tidak langsung akan membahayakan nyawa pemandu itu serta pemandu-pemandu yang lain.

Difahamkan, prosesnya bermula apabila pemilik kenderaan itu perlu menggunakan rim yang agak lebar dan saiznya lebih lebar daripada tayar itu sendiri yang menyebabkan tayar tersebut perlu ditarik ketika dipadankan pada rim.


https://media.ohbulan.com/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-12.02.07-AM.png

https://media.ohbulan.com/2021/02/Screenshot-2021-02-09-at-12.02.23-AM.png

Kurex Publish time 9-2-2021 11:05 AM

Kalau menteri, takpe

piao Publish time 9-2-2021 11:11 AM

Kurex replied at 9-2-2021 11:05 AM
Kalau menteri, takpe

ada plak menteri kete tayar kepak?:lol:

zulka Publish time 9-2-2021 09:57 PM

info lapuk ko bagi
Pages: [1]
View full version: ‘Tayar Kepak’ Boleh Didenda RM2K Atau Penjara 6 Bulan


ADVERTISEMENT