piao Publish time 8-2-2021 09:47 PM

Elak Minum Kopi Ketika Perut Kosong,

Ada tak sesiapa kalau tak dapat minum kopi dalam sehari, rasa serba tak kena, rasa tak sedap badan?

https://media1.giphy.com/media/Vn6GVhNCYplba/giphy.gif

Laporan dari Business Insider menunjukkan, walaupun tidak salah mengambil secawan kopi untuk memulakan aktiviti harian, tetapi anda harus berwaspada dan tidak mengambilnya ketika perut kosong.

Hal ini kerana kopi boleh bertindak serius terhadap sistem pencernaan. Kopi melancarkan pengeluaran asid dari perut. Jika anda belum mengambil sesuatu makanan untuk mengalas perut, asid boleh merosakkan lapisan perut selain menyebabkan sakit kepala serta pedih ulu hati.

Menurut Ketua Pegawai Perubatan PushDoctor.co.uk, Dr Adam Simon pengambilan kopi ketika perut kosong boleh membuat anda merasa keresahan, menggigil dan perubahan emosi.

https://nationalcoffeeblog.files.wordpress.com/2016/09/coffee-wink.gif?w=354&h=265

“Pengambilan kopi (ketika perut kosong) juga boleh meningkatkan kadar kebimbangan, kadar denyutan jantung dan ketidakupayaan untuk memberi tumpuan.

“Tabiat menghirup kopi sebagai pengambilan pertama sebelum melakukan aktiviti juga berkemungkinan mengganggu circadian rythm. Ini kerana, jam dalaman anda mengeluarkan hormon yang dipanggil cortisol ketika bangun dari tidur dan menyedarkan anda daripada rasa mengantuk.

“Bertentangan dengan apa yang anda fikirkan, kajian menunjukkan pengambilan kopi awal pagi sebenarnya menurunkan kadar cortisol dan membuatkan anda rasa lebih mengantuk,” katanya.

Sumber : https://www.wanista.com

MisXoXo Publish time 8-2-2021 10:22 PM

Aduhai..i lately buat IF.Jd pagi tu lps mnum aor masak..i minum kopi kosong juga..xboleh ke..adoiii..risau juga ni

Jitu Publish time 9-2-2021 12:24 AM

Oh xelok
tp aku minum kopi kaw2 letak gula banyak manis meleting

KIM.K Publish time 9-2-2021 08:48 AM

Kat youtube channel Her 86m2 ada mention wife dia bangun malam bancuh tea bunga..katanya takleh bancuh kopi kalau perut kosong

Aku pun camtu pagi2 minum susu sachet. Kalau belasah kopi time perut kosong mmg perit perut

adila39 Publish time 12-2-2021 07:01 AM

Jitu replied at 9-2-2021 12:24 AM
Oh xelok
tp aku minum kopi kaw2 letak gula banyak manis meleting

Uishhh jgn banyak banyak...but kopi mmg best minum pepagi...thanks TT for the info!

Jitu Publish time 12-2-2021 12:11 PM

adila39 replied at 12-2-2021 07:01 AM
Uishhh jgn banyak banyak...but kopi mmg best minum pepagi...thanks TT for the info!

xsedap tawar :lol: lg pun nak tenaga cepat tu yg ambik gula banyak tp segelas je

adila39 Publish time 12-2-2021 04:23 PM

Jitu replied at 12-2-2021 12:11 PM
xsedap tawarlg pun nak tenaga cepat tu yg ambik gula banyak tp segelas je

betul jgk sbb kdg sy pun.. hahahaha
Pages: [1]
View full version: Elak Minum Kopi Ketika Perut Kosong,


ADVERTISEMENT