piao Publish time 8-2-2021 09:00 PM

Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli kereta terpakai paling laris di Malaysi

Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli kereta terpakai paling laris di Malaysia?

Dari segi bayaran bulanan, pengangkutan persendirian seperti kereta berharga lebih tinggi berbanding pengangkutan awam. Namun demikian, ia memberikan kemudahan dimana jadual pergerakan harian tidak akan terikat di samping boleh memunggah barang dengan lebih bebas. Oleh itu, anda boleh membeli kereta terpakai yang berharga lebih rendah tetapi masih mempunyai pakej yang menarik dan berbaloi.

Antaranya ialah Perodua Myvi generasi pertama dan kedua. Perodua Myvi mempunyai pakej yang menarik dimana ia mempunyai ruang kabin yang cukup luas tetapi dengan ukuran luaran yang masih kompak. Selain itu, kos penyelenggaraan juga cukup rendah dan tidak mudah meragam. Hal ini memberikan keyakinan kepada pengguna untuk bergantung terhadap kenderaan persendirian mereka.

Perkara ini jelas terbukti apabila Perodua Myvi menjadi kereta terlaris dalam pasaran kereta terpakai.

Untuk memudahkan anda, kami akan mencadangkan model yang mempunyai transmisi automatik dan tidak dimodifikasikan untuk mengekalkan kualiti tulen. Secara umumnya, adalah lebih baik untuk anda membuat pembelian terus daripada pemilik untuk mengurangkan cas serta penipuan terhadap perbatuan (mileage) dapat dielakkan.

Perodua Myvi generasi pertama (2005 - 2011)

https://images.wapcar.my/file1/76ba449621b24c6fbb3b68270ad633ea_800.jpg

Perodua Myvi generasi pertama didatangkan dengan enjin 1.0L dan 1.3L tetapi kami menyarankan anda untuk memilih enjin 1.3L kerana tenaga sebanyak 86 PS dan 116 tork ini memberi keseimbangan di antara prestasi dan penjimatan minyak. Transmisi automatik yang dipadankan mempunyai 4-kelajuan.

Kami menyarankan anda untuk membeli kereta setelah ia menerima kemaskini (facelift) pada pertengahan usia kerana isu dan permasalahan pada awal pengeluaran kebiasaannya sudah diselesaikan. Namun begitu, harga yang dipamerkan kebiasaannya belum termasuk harga atas jalan (OTR) dan insurans.

Membeli secara tunai

https://images.wapcar.my/file1/c2f48c7e5c2e4b72a3f60b078ef4d40f_800.jpg

Sekiranya anda ingin membeli Perodua Myvi generasi pertama secara tunai, Perodua Myvi facelift tahun 2008 boleh dimilliki dengan harga sekitar RM 14,000. Menariknya, ia sudah mempunyai sambungan USB dan Bluetooth.

https://images.wapcar.my/file1/5faf5f88851b442ea4dbf176d85123f2_800.jpg

Sekiranya anda meminati rupa paras yang lebih garang, anda boleh membeli Perodua Myvi SE tahun 2009 dengan harga serendah RM 15,000.

https://images.wapcar.my/file1/8b6a920b6c794793b9f903f4a7356b1e_800.jpg

Membeli secara bayaran bulanan

https://images.wapcar.my/file1/4a729b615e5945df81b21024387448ba_800.jpg


SUMBER : https://www.wapcar.my/bm/perodua-myvi-apa-yang-perlu-anda-tahu-sebelum-membeli-kereta-terpakai-paling-laris-di-malaysia-6795

piao Publish time 8-2-2021 09:01 PM

Sekiranya anda ingin membeli secara bayaran bulanan pula, Perodua Myvi tahun 2011 boleh dimiliki dengan harga sekitar RM 15,000.

Isu umum

https://images.wapcar.my/file1/36eade21c2894e7ab60676eed923d86d_800.jpg

Perodua Myvi generasi pertama terkenal dengan isu minyak pemampat penyaman udara (air-con compressor) yang bertukar menjadi hitam. Perkara ini terjadi apabila kuasa pelinciran telah berkurangan dalam suatu jangka masa.

https://images.wapcar.my/file1/63e80c21bdb14494835ce00631d9c51a_800.jpg

Oleh itu, ia boleh menjadi habuk besi halus. Hasil geseran kuat di dalam compressor boleh mengakibatkan kegagalan fungsi penyaman udara.

https://images.wapcar.my/file1/4d2d2822999844a4b8a03d626456d0de_800.jpg

Dengan itu, minyak compressor disarankan untuk ditukar sewaktu melakukan servis penyaman udara yang berharga sekitar RM 250 hingga RM 280.

https://images.wapcar.my/file1/439f528b5965422db5861fd7bd1eb92d_800.jpg

Sekiranya penyaman udara gagal berfungsi, kos membaik pulih adalah sekitar RM 1260 hingga RM 1920.

Sebagai tambahan, sesetengah pengguna mengalami isu brek yang bergegar serta cecair petrol yang memasuki bahagian kabin.

gogo44 Publish time 24-3-2023 08:13 AM

Kena cari jugak car dealer yang trusted. Takleh main tangkap muat je beli dengan memana. Kang kena scam, kereta cepat rosak lah, kereta banjir lah. Sesia je bayar.

jolin901 Publish time 24-3-2023 08:14 AM

gogo44 replied at 24-3-2023 08:13 AM
Kena cari jugak car dealer yang trusted. Takleh main tangkap muat je beli dengan memana. Kang kena s ...

tpi cam susah lh nk cari yg trusted, semua nk tiaw kita, hrga pon serupa kita beli baru je

bonsari Publish time 24-3-2023 08:17 AM

jolin901 replied at 24-3-2023 08:14 AM
tpi cam susah lh nk cari yg trusted, semua nk tiaw kita, hrga pon serupa kita beli baru je

nie aq setuju. hrga kete 2nd hand leh tahan mahal gak. aq ade survey gak, dh lah warranty pon xde. wat rse turn off nk beli.

abnegation Publish time 24-3-2023 08:20 AM

gogo44 replied at 24-3-2023 08:13 AM
Kena cari jugak car dealer yang trusted. Takleh main tangkap muat je beli dengan memana. Kang kena s ...

bnyk kes dh beli kete 2nd hand tapi maintenance lgi tinggi dari kereta baru, bru pkai tak smpai sebulan dh tersidai tepi jalan. serik aku

purplered Publish time 24-3-2023 08:21 AM

jolin901 replied at 24-3-2023 08:14 AM
tpi cam susah lh nk cari yg trusted, semua nk tiaw kita, hrga pon serupa kita beli baru je

Pernah dengar CARSOME? CARSOME ni trusted jugaklah. Ramai beli kereta kat situ, elok je pakai sampai sekarang. Harga pun okay. Nak dapat discount bebanyak gi lah CARSOME autofair event.

gogo44 Publish time 24-3-2023 08:24 AM

bonsari replied at 24-3-2023 08:17 AM
nie aq setuju. hrga kete 2nd hand leh tahan mahal gak. aq ade survey gak, dh lah warranty pon xde. ...

Beli kat CARSOME jela weh. Beli kat autofair event dia yang ni dapat sekali extra 1 year warranty siap sekali 1 year free service, takyah risau dah pasal service kereta https://www.facebook.com/events/1582554772166851/1582556472166681/

gogo44 Publish time 24-3-2023 08:25 AM

abnegation replied at 24-3-2023 08:20 AM
bnyk kes dh beli kete 2nd hand tapi maintenance lgi tinggi dari kereta baru, bru pkai tak smpai se ...

Sebab tu kena cari yang trusted. Kalau beli kat trusted cam CARSOME, condition kereta confirm okay. Kalau nak lagi syok, datang lah CARSOME autofair event, leh tengok sendiri kereta mana hang nak

purplered Publish time 24-3-2023 08:27 AM

gogo44 replied at 24-3-2023 08:25 AM
Sebab tu kena cari yang trusted. Kalau beli kat trusted cam CARSOME, condition kereta confirm okay ...

Ni yang kat PJ automall tu kan? Tak silap aku 17-19 Mac ni kan

abnegation Publish time 24-3-2023 08:28 AM

gogo44 replied at 24-3-2023 08:25 AM
Sebab tu kena cari yang trusted. Kalau beli kat trusted cam CARSOME, condition kereta confirm okay ...

pernh dgr brand ni tpi cam x pernh try lgi beli dri sini. nnti aku try lah tgk ok ke tak

bonsari Publish time 24-3-2023 08:29 AM

gogo44 replied at 24-3-2023 08:24 AM
Beli kat CARSOME jela weh. Beli kat autofair event dia yang ni dapat sekali extra 1 year warranty...

ha yg ni okay lah. camni baru bagus. ada warranty, ada free service
Pages: [1]
View full version: Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli kereta terpakai paling laris di Malaysi


ADVERTISEMENT