piao Publish time 8-2-2021 07:54 PM

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k,

Edited by piao at 8-2-2021 08:08 PM

Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k,

https://images.wapcar.my/file1/3ec2cc48189f4371835ea31d5c2ff650_800.jpg

Perodua Kelisa telah diperkenalkan pada tahun 2001 sebagai pengganti Perodua Kancil. Disebabkan populariti dan sambutan Perodua Kancil yang masih memberansangkan, akhirnya kedua-dua model ini dijual bersampingan.

Sudah tentu, jualan Perodua Kelisa menerima sedikit kesan tetapi ia menjadikan model ini lebih jarang ditemui berbanding Perodua Kancil.

Bagi mereka yang sedang mencari-cari kereta dengan kos pemilikan yang rendah, Perodua Kelisa pasti menjadi pilihan. Harganya pula, masih stabil di atas RM 10k sedangkan harga model baru pada tahun 2002 varian paling atas EZi adalah sekitar RM 41k. Selepas 18 tahun berkhidmat, Perodua Kelisa masih memegang 25% dari nilai asalnya. Hebat!

Generasi Perodua Kelisa


https://images.wapcar.my/file1/799b494505e44223a2329152017dea6a_800.jpg

Umum mengetahui bahawa Perodua Kelisa dibangunkan berasaskan model Daihatsu Mira (L700). Generasi pertama hadir pada tahun 2001 dengan 3 varian iaitu EX, GX dan EZ.

https://images.wapcar.my/file1/1c8cfdd9dbd34580aabaa8508e33b934_800.jpg

Facelift untuk Perodua Kelisa hadir pada tahun 2003 dengan rekaan baharu. Ia juga menerima penambahbaikan pada bahagian tayar dengan penggunaan rim 14” inci. Model generasi pertama menggunakan rim 13” inci.

https://images.wapcar.my/file1/4c5bd5c46eef491d9103f0e208503a07_800.jpg

Model Perodua Kelisa yang dihasilkan sehingga tahun 2004 tidak mempunyai tali pinggang keledar pada bahagian belakang. Perodua telah menawarkan pemasangan tali pinggang keledar belakang pada ketika itu.

Sumber :https://www.wapcar.my/bm/panduan-membeli--perodua-kelisa-second-hand-harga-stabil-atas-rm-10k-kereta-murah-terbaik-20998

piao Publish time 8-2-2021 07:55 PM

Akhir sekali, Perodua Kelisa menerima facelift terakhir pada tahun 2006 dengan nama komersial Kelisa Imago. Model ini mungkin antara model yang paling ikonik selain Perodua Kelisa berwarna kuning.

Masalah Perodua Kelisa

https://images.wapcar.my/file1/240327445ef94e8aa100ed0d87e63d40_800.jpg

Umur Perodua Kelisa pada ketika ini adalah sekitar 13 - 18 tahun. Untuk sebuah kenderaan yang berumur di atas 10 tahun, tiba masanya untuk menukar komponen yang haus, selalunya berkaitan dengan getah.

https://images.wapcar.my/file1/9de4c81cf52d4380b234ee55b4e2cb91_800.jpg

Ditambah dengan penggunaan enjin 3 silinder, masalah utama bagi Perodua Kelisa adalah engine mounting jadi pastikan anda menukar engine mounting jika pemilik lama belum menukar komponen tersebut. Bila nak tukar? Ini jawapannya.

https://images.wapcar.my/file1/e8f6dfd891c646bf9364ed2beeeb1dd4_800.jpg
Air bertakung di sebelah penumpang dan pemandu

Antara getah haus yang perlu diberikan perhatian adalah pada bingkai pintu dan getah bumbung yang tercabut. Jika getah ini tidak ditukar, air boleh menyelinap masuk ke dalam kabin dan menyebabkan air bertakung dalam kereta. Masalah ini boleh membawa kepada masalah lain seperti karat.

piao Publish time 8-2-2021 08:06 PM

https://images.wapcar.my/file1/a7754929a00c48c8b210613b721612c6_800.jpg
Getah yang haus di bingkai pintu

Oleh itu, pastikan juga untuk memeriksa panel badan atau bahagian dalaman kereta untuk sebarang isu karat. Periksa juga getah lain seperti getah yang terdapat pada bahagian fender untuk wayar lampu mahupun pada bahagian cermin hadapan. Pembaca Amirul Asyraf juga menyarankan agar gasket cover dan valve cover diperiksa bagi mengelakkan kebocoran.

Tips: Cuba siram kereta pada beberapa bahagian untuk melihat jika terdapat sebarang tanda-tanda kebocoran. Itu pun kalau dibenarkan!

piao Publish time 8-2-2021 08:07 PM

Kos baik pulih Perodua Kelisa

https://images.wapcar.my/file1/cf9694240e4b423b9c7d64bd0896d764_800.jpg

Untuk sebuah kereta yang sudah berumur lebih 10 tahun, mungkin senarai kos penyelenggaraan berikut boleh dimasukkan sekali sebagai panduan.

Perodua Kelisa
KomponenHarga
Overhaul enjinRM 2k - RM 3k
Tukar enjin 1.3RM 2k ke atas
Engine mountingRM 150 - RM 500 (ori)
Getah pintuRM 25 - RM 35
Gasket & Valve CoverRM 300 - RM 400


https://images.wapcar.my/file1/eb3f586694974e36a8330dd1ebd89da6_800.jpg

Sudah tentu menukar enjin ada risikonya. Pastikan anda mendaftar semula Perodua Kelisa tersebut dengan JPJ di samping risiko nasib. Kalau tak bernasib baik, anda mungkin memasang enjin yang bermasalah lalu meningkatkan lagi kos pemilikan anda.

Missfadh Publish time 8-2-2021 08:54 PM

Suka juga Kelisa. Rasa mmg betul2 kecik senang nak selit2. Harga masih atas 10k not bad lh.
Pages: [1]
View full version: Panduan membeli - Perodua Kelisa second hand harga stabil atas RM 10k,


ADVERTISEMENT