piao Publish time 8-2-2021 11:09 AM

TOYOTA GR YARIS LULUS UJIAN MOOSE KM77!

TOYOTA GR YARIS LULUS UJIAN MOOSE KM77!

https://careta.my/sites/default/files/styles/watermark/public/2021-02/toyota-gr-yaris-moose-test.jpg?itok=bRI0H-pj

bgni8NflUMQ

Toyota GR Yaris - seperti yang kita semua maklum ia lahir daripada pengetahuan dan pengalaman Toyota di dalam WRC, namun bagaimana prestasi sebenar GR Yaris ini di dalam ujian terkenal pengelakan rusa moose oleh KM77?

Ya, Toyota GR Yaris merupakan entri terbaharu yang diuji oleh majalah automotif Sweeden Teknikens Varld bagi menguji sejauh mana kenderaan baharu boleh melakukan ujian pengelakan haiwan yang tiba-tiba melintas jalan pada kelajuan 77 km/j.

Berdasarkan uji kaji yang telah dijalankan, Toyota GR Yaris ternyata berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang, dengan rekod kelajuan terbaik 80 km/j tanpa menjatuhkan kon - 3 km/j lebih laju daripada kelajuan minimum yang diperlukan.

Menurut saluran YouTube itu lagi, Toyota GR Yaris tidak menunjukkan sebarang tanda kehilangan momentum walaupun beberapa cubaan dibuat pada kelajuan yang tinggi.

Prestasi suspensi GR Yaris itu turut dibuktikan menerusi sebuah lagi ujian slalom yang berasingan, di mana jentera cilik itu mampu untuk mengharungi segala perubahan arah pemanduan tanpa menunjukkan olengan badan yang ketara.



Sumber : https://careta.my/article/toyota-gr-yaris-lulus-ujian-moose-km77
Pages: [1]
View full version: TOYOTA GR YARIS LULUS UJIAN MOOSE KM77!


ADVERTISEMENT