piao Publish time 5-2-2021 11:47 PM

Oh macam ni cara dia nak cairkan daging yang beku

Cara Nyahbekukan Daging Dan Ayam Yang Baru Dikeluarkan Dari Peti Beku

https://www.tasteofhome.com/wp-content/uploads/2018/03/shutterstock_287176502.jpg

Daging yang hendak dimasak sebaiknya perlu dicairkan hingga ke bahagian dalamnya terlebih dahulu. Termasuk ketika mahuu membakar daging untuk acara barbeque (BBQ) di rumah. Menurut arikel yang disiarkan oleh Good Housekeeping, terdapat sekurang-kurangya 3 cara untuk mencairkan daging dari yang paling lama dan singkat.

Rendam daging beku dalam air dingin (1 jam)

Merendam dalam air dingin adalah salah satu cara terbaik untuk mencairkan daging dengan cepat tanpa microwave. Caranya adalah masukkan potongan daging beku ke dalam beg plastik yang boleh ditutup semula, buang udara sebanyak mungkin. Isi mangkuk besar dengan air dingin dan rendam beg plastik. Ganti air setiap 30 minit untuk memastikan air tetap dingin dan terus mencairkan daging. Potongan kecil daging, unggas atau makanan laut sekitar 455 gram dapat mencair dalam satu jam atau kurang. Sementara, jumlah yang lebih besar 1.5-2 kilogram daging dapat memakan waktu 2–3 jam untuk mencair.


https://media3.giphy.com/media/dy5pmvUvIdF1C/200.gif

Gunakan microwave untuk cairkan daging beku (10 Minit)

Kamu boleh juga mencairkan daging dengan menggunakan microwave. Jika menggunakan metod ini, anda hanya memerlukan masa sekitar 10 menit. Cara ini paling sesuia untuk potongan daging lebih kecil yang akan dimasak sepenuhnya setelah dicairkan, seperti dada ayam untuk tumis atau daging kisar untuk taco. Bacalah petunjuk penggunaan microwave untuk mempelajari cara terbaik mencairkan potongan daging tertentu. Jika microwave tidak memiliki pengaturan “defrost”, setting pada tingkat daya yang lebih rendah dan jalankan sampai dagingnya mencair. Namun, jangan panaskan dengan suhu terlalu tinggi dan durasi lama kerana boleh membuat daging matang bukannya mencair.

https://thumbs.gfycat.com/DisguisedQualifiedDarklingbeetle-small.gif

Masak daging beku tanpa dicairkan

Saat kamu benar-benar dalam keadaan darurat, boleh saja memasak daging beku tanpa dicairkan. Daging akan memerlukan waktu lebih lama untuk dimasak, sekitar 2 kali ganda daripada durasi masak daging yang tidak beku. Namun, risikonya adalah kematangan daging kurang merata. Ada bahagian yang sudah matang atau bahkan overcooked dan ada bahagian lainnya masih beku.

Sumber- Good Housekeeping

Lengkong Publish time 6-2-2021 12:24 AM

Tengok gambar daging atas api siap asap2 tu...rasa terbau2 daging salai


Chimicuri Publish time 18-3-2021 10:21 PM

Ye betul, ramai x sedar butang defrost tu.. mbantu juga la bila nk cepat
Pages: [1]
View full version: Oh macam ni cara dia nak cairkan daging yang beku


ADVERTISEMENT