piao Publish time 5-2-2021 08:12 PM

Tanaman ini boleh bersihkan udara dalam rumah anda!

Tanaman ini boleh bersihkan udara dalam rumah anda!

“Nak beli air purifier untuk bersihkan udara dalam rumah tu mahal pulak, tanam pokok jelah…”

7 TANAMAN BERSIHKAN UDARA DALAM RUMAH
Jom kita lihat tanaman penapis udara yang bukan sahaja cantik, tetapi bertindak meningkatkan kualiti udara di sekeliling. Udara kotor yang mengandungi benzena, formaldehyde, ammonia dan sebagainya memberikan impak buruk kepada kesihatan.

Tapi perlu diketahui ada sesetengahnya BERTOKSIK! Bagi mama dan papa yang ingin menanamnya, pastikan ia diletakkan pada tempat yang jauh dari capaian si kecil. Misalnya tempat yang tinggi seperti di atas almari, meja atau kabinet dapur. Kebanyakan tumbuhan ini mudah dijaga walau pun anda memiliki jadual yang sangat padat!

1. SIRIH GADING

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/08/Screen-Shot-2018-08-07-at-5.15.58-PM.png

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama Devil’s Ivy ini sangat cantik ditanam dalam pasu kecil yang digantung. Ia menyerap formaldehyde dan toksin-toksin berbahaya lain.

2. ALOE VERA

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/08/Screen-Shot-2018-08-07-at-5.16.45-PM.png

Tumbuhan yang turut dikenali dengan nama lidah buaya ini mampu membunuh kimia berbahaya di udara seperti benzena dan formaldehyde. Elok ditanam dalam pasu kecil dan diletakkan pada sudut-sudut bilik.

3.PAKIS BOSTON

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/08/Screen-Shot-2018-08-07-at-5.17.16-PM.png

Spesies ini mampu membersihkan dan melembapkan udara. Sesuai diletakkan di dalam kamar tidur agar kulit tidak kering.

4. MONSTERA DELICIOSA


https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/08/Screen-Shot-2018-08-07-at-5.17.49-PM.png

Monstera deliciosa mampu memperbaiki kualiti dengan mererap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen pada waktu malam. Ia juga mampu menyerap formaldehyde dalam udara.

Sumber : Tips Hias Rumah/ Pa Ma

piao Publish time 5-2-2021 08:13 PM

5. LIDAH MERTUA

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/08/Screen-Shot-2018-08-07-at-5.18.31-PM.png

Walau pun namanya agak unik, ia memberikan manfaat yang sangat baik dengan menyerap racun dalam udara. Ia mampu menyerap racun dan menyegarkan udara.

6. DRACAENA

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/08/Screen-Shot-2018-08-07-at-5.19.07-PM.png

Spesies dracaena (sanderiana dan marginata) menjadi penapis kepada udara yang bekuap. Bagi anda yang tidak berpeluang membuka tingkap dengan kerap, memiliki dracaena di dalam rumah boleh membantu menyegarkan udara dalam rumah.

7. SPIDER PLANT

https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2018/08/Screen-Shot-2018-08-07-at-5.19.43-PM.png

Salah satu kelebihan spider plant ialah ia memiliki daya serap yang sangat tinggi terhadap racun-racun di udara. Dalam masa dua hari, tanaman ini mampu menyerap racun di udara sehingga 90%.

sharlenetexas Publish time 5-2-2021 08:39 PM

Baru beli anak spider plant. RM4 satu.

akies Publish time 5-2-2021 09:39 PM

Aku beli pokok spider plant letak kat dapur satu.
monstera adansonii letak kt porch sebab takde pasu lagi.
Ingat nak letak dalam bilir air.
Bimbang si anak letak sabun dlm pasu ;P
Kojol lak kang pokok

akies Publish time 5-2-2021 09:40 PM

Sirih gading pun ada letak kat dapur.
Oksigen

jazaa100 Publish time 5-2-2021 10:25 PM

tak kena, matahari blh hidup ke pokok ni?

Lvstar Publish time 16-3-2021 07:12 PM

Nice info..tq

cantik88 Publish time 17-3-2021 04:21 PM

Yaaa ke...bagusnya

Iddels Publish time 18-3-2021 02:14 AM

Menariks... thank you!

yenil95 Publish time 13-8-2021 05:13 PM

info yang bagus..:loveliness:

nellyberry Publish time 29-9-2021 03:32 PM

jazaa100 replied at 5-2-2021 10:25 PM
tak kena, matahari blh hidup ke pokok ni?

Boleh, ada yg tak perlu direct sunlight pun.
Cahaya lampu dlm rumah pun cukup.
Kalau indoor punya plant.

jazaa100 Publish time 29-9-2021 09:53 PM

nellyberry replied at 29-9-2021 03:32 PM
Boleh, ada yg tak perlu direct sunlight pun.
Cahaya lampu dlm rumah pun cukup.
Kalau indoor puny ...

Ooo....terima kasihnelly
Pages: [1]
View full version: Tanaman ini boleh bersihkan udara dalam rumah anda!


ADVERTISEMENT