piao Publish time 4-2-2021 09:18 PM

Seakan Kereta Batman, Lamborghini Lancarkan Model Terbaru V12 Vision GT

Seakan Kereta Batman, Lamborghini Lancarkan Model Terbaru V12 Vision GT
https://www.thevocket.com/app/uploads/2019/11/552658-1.jpg

ZwZU8vLR7Zo

Sejak mula kereta Batman atau lebih dikenali dengan nama Batmobile versi tahun 1989 ditayangkan, model tersebut berjaya muncul sebagai rekaan yang ikonik sehingga kini. Rekaan tersebut secara tidak langsung berjaya menjadi inspirasi kepada beberapa pengeluar kereta.

30 tahun berlalu, Lamborghini selaku jenama kereta berkuasa tinggi di Itali nampaknya telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu Lamborghini V12 Vision GT.

Menariknya, model yang bernadikan enjin V12 ini berjaya mengingatkan orang ramai terhadap rekaan Batmobile serta tampil dengan kemasan yang futuristik.

https://www.thevocket.com/app/uploads/2019/11/lamborghini_lambo_v12_vision_gt_0031.jpg

https://www.thevocket.com/app/uploads/2019/11/lamborghini_lambo_v12_vision_gt_0021.jpg

https://www.thevocket.com/app/uploads/2019/11/552512-1.jpg

https://www.thevocket.com/app/uploads/2019/11/552665-1.jpg

https://www.thevocket.com/app/uploads/2019/11/552668-1.jpg

Dari segi prestasi, model ini dikuasakan dengan enjin V12 hibrid yang mampu menawarkan pretasi 808 kuasa kuda. Dikhaskan untuk tujuan perlumbaan, model ini hadir dengan hanya satu tempat duduk serta rekaan kokpit yang moden.

Hadir dengan berat serendah 819kg membuatkan orang ramai tertanya-tanya kelajuan maksimum yang boleh dicapai oleh model ini. Untuk pengetahuan, rekaan model ini diinpirasikan daripada Lamborghini Marzal keluaran 1968. Berikut kami kongsikan video pelancaran Lamborghini V12 Vision Gran Turismo.



anakmak Publish time 4-2-2021 09:47 PM

Ok sy beli buat sedekah utk diri sy
Reben pink ikat atas

Supersirap Publish time 4-2-2021 09:57 PM

Cantik design dia, tu je nak cakap

sharlenetexas Publish time 4-2-2021 09:59 PM

Maaih teringat lamborghini diablo yg sangkut kt kastam.

alieyrina Publish time 4-2-2021 10:16 PM

Harap kat pekan aku ada yg beli nanti. Nak tgk live bedesup kat jln :bye:
Tp mcm lebih sesuai bwk ronda2 litar lumba jah :o
Pages: [1]
View full version: Seakan Kereta Batman, Lamborghini Lancarkan Model Terbaru V12 Vision GT


ADVERTISEMENT