piao Publish time 4-2-2021 08:16 PM

Anak-Anak Susah Nak Makan Sayur ? Tips berbaloi

Anak-Anak Susah Nak Makan Sayur ? Tips berbaloi

“Susahnya nak kasi anak-anak makan sayur dan buah-buahan! Ada tips tak?”

Rungutan ini memang sering kali kita dengar para ibu cakap. Kebiasaannya anak-anak memang sukar untuk makan makanan yang berkhasiat. Lagi-lagi bila mereka tahu yang makanan itu merupakan sayur atau buah. Ha, ibu bapa boleh cuba cara ini dulu! Kami yakin salah satu daripada trick ini akan menjadi.

TIPS 1: POTONG HALUS SAYUR-SAYURAN & SOROKKAN DALAM MAKANAN ANAK ANDA

https://media.siraplimau.com/2020/10/th5-640x426-45040.jpg

Anda boleh cuba potong kecil sayur-sayur tersebut dan campurkan bersama ayam hancur dan kukus! Kemudian, potong menggunakan pemotong berbentuk bintang, dinasour, atau bentuk love bagi menarik minat anak untuk makan dengan seronok!

TIPS 2: SEDIAKAN SNEK DALAM VERSI SAYUR-SAYURAN

https://media.siraplimau.com/2020/10/jnj-768x768.jpg

Antara trick mudah adalah memberikan sayuran atau buah-buahan sebagai snek selepas bermain di waktu petang atau selepas mengulangkaji pelajaran.

Snek merupakan hidangan yang paling ditunggu-tunggu kerana kanak-kanak beranggapan bahawa snek merupakan sesuatu yang berbeza dari hidangan utama. Jadi, mereka akan makan tanpa ragu-ragu!

TIPS 3: HIASKAN MAKANAN ANAK ANDA COMEL-COMEL

https://media.siraplimau.com/2020/10/dwd.jpg


Siapa tak suka jika makanan dihias comel-comel kan? Orang dewasa pun suka dan pastinya anak-anak lebih excited nak makan. Lagi-lagi kalau dibentuk kepada karakter kegemaran mereka. Mesti lagi teruja!

TIPS 4: BIASAKAN MAKAN ULAM

https://media.siraplimau.com/2020/10/dd-768x563.jpg

Ibu bapa dinasihatkan untuk memberikan sayur-sayuran yang berwarna dan sediakan sos pencecah yang anak anda suka atau gunakan kentang lenyek (mashed potato) sebagai pengganti untuk menghilangkan rasa mentah sayur.

Gambar di atas menunjukkan lobak merah yang dimakan dengan hummus. Sedap!

piao Publish time 4-2-2021 08:16 PM

TIPS 5: MULAKAN HARI DENGAN SARAPAN YANG BERKHASIAT SERTA BERSERAT TINGGI UNTUK MEMBEKALKAN TENAGA!

https://media.siraplimau.com/2020/10/Kitty-Cat-Oatmeal-Bowl.jpeg

Ada pelbagai jenis sarapan berserat tinggi yang anda boleh sediakan. Oats dan buah-buahan merupakan menu yang paling famous. Selain itu, anda juga boleh tukarkan roti biasa ke roti mil penuh atau capati.

rajamoney Publish time 7-3-2021 10:20 PM

buat sup sayur letak telur letak broccoli

rasa sup tu sngt manis

sayur lain cam sawi kobis letak la sekali

org2 tua pun suka

mahal sikit la
Pages: [1]
View full version: Anak-Anak Susah Nak Makan Sayur ? Tips berbaloi


ADVERTISEMENT