yenil95 Publish time 4-2-2021 05:19 PM

Cara-cara kreatif bagi ibubapa supaya anak kecil dengar kata.

Achik dah lama cari benang yang kita boleh kongsi cara-cara yang kita boleh guna pada anak-anak bila mereka tak nak buat perkara seperti kehendak kita.
Achik start dulu la ye..

1. Anak-anak achik waktu mereka kecik-kecik dalam umur 2 ke 4 tahun, achik kena mandikan dulu sebelum dorang boleh tidur petang sebab dah berpeluh-peluh main pada waktu pagi..Masalahnya, mereka akan menangis-nangis tak nak mandi. kalau kita paksa, boleh sampai achik gaduh dengan budak-budak ni. Jadi, untuk taknak mengeruhkan suasana sebab achik boleh naik migrain layan karenah dorang, achik akan cakap gini "abang tak payah mandi, kita siram badan jer. Lepas cuci badan abang boleh minum susu dan kita lepak-lepak kat depan". Masa dorang sedang dimandikan, achik akan cakap "abang, mak letak sabun sebab nak wangi"..sebab dia dah seronok duduk dalam bilik air, dia pun bagi la kita sapu sabun kat badan dia. Lepas tu, senang la kerja achik, bagi botol dan terus dorang lelap lepas habis hisap botol tu..

2. Kadang-kadang budak-budak ni taknak tidur petang sebab sebuk nak main atau nak tengok tv. Kalau tak tidur petang tu, malam akan cranky dan nak mengamuk saja. Achik akan cakap "abang tak payah tido" bersinar sinar mata dorang. "tapi mak nak abang baring tutup mata 10 minit jer. Lepas tu abang boleh sambung main"..Tak sampai 5 minit tutup mata tu, anak-anak dah berdengkur sebab penat main waktu pagi tadi.

Meh sini share pengalaman korang.


qdeeshq Publish time 4-2-2021 09:26 PM

Inilah tingkah laku sebagai seorang anak. Mereka masih muda dan semua benda mestidianggap menarik bagi mereka.

Sebagai parents, kita mesti selalu sabar. Jangan mudah marah atau tunjukkan keganasan di hadapan mereka (even though sometimes sangat susah), tapi cubalah untuk bersabar dengan anak2.

Supersirap Publish time 4-2-2021 10:18 PM

qdeeshq replied at 4-2-2021 01:26 PM
Inilah tingkah laku sebagai seorang anak. Mereka masih muda dan semua benda mestidianggap menarik...

Setuju sangat dengan pendapat you

yenil95 Publish time 5-2-2021 09:49 AM

qdeeshq replied at 4-2-2021 09:26 PM
Inilah tingkah laku sebagai seorang anak. Mereka masih muda dan semua benda mestidianggap menarik...

betul tu..yang penting bagaimana cara kita menangani mereka supaya anak-anak tak marah dan mak tak tension.

Didikan ni penting untuk membentuk peribadi dan tingkah laku mereka sewaktu dewasa nanti.

Kalau mak selalu marah-marah, anak akan membesar menjadi pemarah dan memberontak bila tak dapat apa yang diinginkan.

faraway1 Publish time 5-2-2021 10:12 AM

Layan anak cam dia budak dewasa faham..

Mandi, tak perlu suruh, balik dari playschool terus mandi sementara mak masak..

Sebab rutin dari kecil so dah biasa.. Jadi dia faham..

Anak dah masuk 5 tahun so tidur petang memang tidaklah hahhaha plus banyak aktiviti siang tapi jam 7 30 masuk tidur dah..

Rutin juga dari lahir so tak da drama, memang faham...
Pages: [1]
View full version: Cara-cara kreatif bagi ibubapa supaya anak kecil dengar kata.


ADVERTISEMENT