piao Publish time 4-2-2021 04:02 PM

Khasiat Ikan Patin

Ikan patin mengandungi beberapa zat yang memang dapat membantu proses pemulihan luka pasca pembedahan dengan lebih cepat. Sudah terbukti secara perubatan dimana ikan patin mengandungi protein yang dikenali dengan nama albumin.Ia sangat efektif dalam proses penyembuhan luka terutama luka besar akibat pembedahan.

https://assets.nst.com.my/images/articles/patin17_1505633331.jpgTinggi Kandungan Omega 3Salah satu zat yang terkandung dalam ikan patin adalah omega 3. Omega 3 merupakan asid lemak yang sangat baik untuk tubuh terutama dalam masa pemulihan pasca pembedahan. Fungsi omega 3 sangatlah penting dalam menjaga daya tahan tubuh, mempercepat proses penyembuhan serta menjaga kestabilan sistem imun. Meningkatkan Metabolisme TubuhIkan patin dipercayai dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh kerana kandungan vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya. Ketika metabolisme tubuh bekerja optimal maka proses penyembuhan juga akan berlangsung lebih cepat.Jadi penting untuk selalu menjaga sistem metabolisme tubuh untuk bekerja secara optimal terutama ketika dalam masa penyembuhan. Melancarkan Sistem Peredaran DarahKandungan mineral dan protein yang tinggi pada ikan patin dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah. Fungsi sel darah sangatlah penting dalam sistem tubuh iaitu membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh bahagian sel.Dengan memastikan setiap sel mendapatkan cukup nutrisi dan oksigen, sel-sel yang belum sempurna akibat pembedahan dapat pulih dengan lebih cepat.
Mengatasi StressDalam tempoh waktu pasca pembedahan boleh menyebabkan stress pada pesakit kerana selain rasa sakit yang mungkin masih terasa, pesakit pasca pembedahan juga terbatas untuk bergerak. Jadi tidak hairan jika mudah stress.Pengambilan ikan patin dapat membantu mengatasi stress akibat pasca pembedahan kerana ternyata menurut penelitian pesakit yang mengalami stress justru memerlukan masa penyembuhan yang relatif lebih lama.https://cdn.umpan.com.my/2019/10/52781-21_42_288561.jpegMembantu Menghilangkan Parut Luka PembedahanTidak hanya mempercepat proses penyembuhannya, pengambilan ikan patin setelah pembedahan juga ternyata dapat membantu menghilangkan bekas luka pembedahan yang biasanya cukup besar. Meningkatkan Selera MakanIkan patin biasanya digunakan oleh ibu bapa tua untuk meningkatkan selera makan pada anak yang biasanya susah sekali makan. Hal yang sama juga biasanya dialami oleh pesakit pasca pembedahan yang biasanya seleramakan juga ikut menghilang padahal pengambilan makanan sihat sangat penting pada fasa ini. Meningkatkan Daya Tahan TubuhPasca pembedahan tubuh akan mudah sekali terserang penyakit karena sistem imun yang biasanya rendah. Perkara ini boleh menjadi serius ketika luka pembedahan terdedah terhadap infeksi.Pengambilan ikan patin dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh sehingga proses penyembuhan berjalan dengan lebih cepat dan optimal.https://cdn.umpan.com.my/2019/10/52779-21_33_605137.jpegSumber TenagaSalah satu masalah yang sering dihadapi oleh pesakit setelah pembedahan besar adalah tubuh lesu karena kekurangan tenaga. Kehilangan selera makan sehingga metabolisme tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.Ikan patin yang dianggap efektif untuk meningkatkan selera makan serta mengurangkan stress ternyata juga kaya nutrisi yang mampu dijadikan sumber tenaga bagi para pesakit yang memerlukannya. Tinggi Kandungan ProteinSudah bukan rahsia lagi bahawa semua jenis ikan memang mengandung protein tinggi. Namun ada yang unik dari ikan patin iaitu protein yang terkandung dalam ikan patin merupakan jenis protein yang dikenal dengan sebutan albumin.Jenis protein yang juga ditemukan pada ikan keli dan ikan haruan. Jenis protein inilah yang menyumbangkan peranan besar dalam proses penyembuhan luka pasca pembedahan.
https://cdn.umpan.com.my/2019/10/52780-21_35_094740.jpeg

little_sis Publish time 4-2-2021 04:36 PM

Suka makan je, nak siang ikan ni x pandai sgt.. tp kalau dah siang boleh la masak.. part tu je susah sikit..tapi bila dah masak jd gulai tempoyak, sedaaaaaapp sgt

Redmyvi Publish time 4-2-2021 06:04 PM

ada certain2 lauk ikan tu mmg aku tak masak.. aku rela beli jer sbb malas.. salah satu nya ikan patin masak tempoyak.. Ya Allah sedapnya.. Musim2 pkp ni takleh nk pi pekena port ikan patin sedap..

noorazurams Publish time 16-3-2021 08:43 AM

Suka ikan patin masak tempoyak

Entahlah.Babe Publish time 16-3-2021 10:22 AM

Ikan Patin Favourite!

Chimicuri Publish time 18-3-2021 01:06 AM

Nice.. info menarik pasal ikan patin ni

Bylaaz Publish time 19-3-2021 09:55 PM

Ikan patin my favouritee!
Pages: [1]
View full version: Khasiat Ikan Patin


ADVERTISEMENT