piao Publish time 3-2-2021 05:53 PM

G-SHOCK Siri GMW-B5000CS, Mula Dijual Pada Harga RM3,499

G-SHOCK Tampilkan Reka Bentuk Baharu Pada Siri GMW-B5000CS, Mula Dijual Pada Harga RM3,499


https://www.thevocket.com/app/uploads/2020/08/03_sec02_img1.jpg
G-SHOCK menampilkan rekaan terbaharu terhadap siri GMW-B5000CS. Dibina sepenuhnya dengan logam, rekaan terbaharu ini mempunyai reka bentuk grid ukiran laser dengan bentuk persegi.GMW-B5000CS hadir dengan bentuk luaran yang dibuat khas menggunakan logam sambil mengekalkan rasa DW-5000C yang pernah dikeluarkan pada tahun 1983. Manakala demi mengikuti peradaan zaman, jam ini turut hadir dengan beberapa teknologi baharu.-8wmwQ2TCXs
Antaranya adalah sistem kuasa suria, radio penerimaan gelombang, sambungan ke telefon pintar, boleh dialihkan ke empat bahasa – English, Rusia, Jerman, Sepanyol – dan mempunyai teknologi Phone Finder.Sejak dilancarkan, GMW-B5000CS sering berevolusi dengan pelbagai jenis reka bentuk dan dalam masa yang sama mengekalkan rasa unik serta reka bentuk yang segar.
Bagi anda yang berminat, GMW-B5000CS ini sudah boleh dimiliki dan dijual pada harga RM3,499.

Pages: [1]
View full version: G-SHOCK Siri GMW-B5000CS, Mula Dijual Pada Harga RM3,499


ADVERTISEMENT