piao Publish time 3-2-2021 05:44 PM

Lelaki Di Sebalik Jenama Kasut Converse Terlaris Di Dunia

Lelaki Di Sebalik Jenama Kasut Converse Terlaris Di Dunia


Apabila kita bercakap mengenai kasut jenama Converse, perkara pertama yang sering bermain di fikiran kita adalah logo bintang besar di tengah bulatan putih. Ia adalah logo ikonik yang mudah untuk diingati dan terasa dekat dengan budaya pop anak muda.Dari semua kasut yang Converse pernah keluarkan, Converse Chuck Taylor (juga dipanggil Converse All Stars) adalah antara yang paling banyak mencuri tumpuan. Setiap pencinta kasut Converse di Malaysia pasti mempunyai sekurang-kurangnya sepasang Converse Chuck Taylor.https://www.thevocket.com/app/uploads/2020/10/1917-All-Star-1000x749-1.jpgSejarah awalConverse pada mulanya merupakan kasut buat peminat bola keranjang, tetapi seiring dengan waktu, kasut ini juga telah dicipta untuk kegunaan harian.Kisah terciptanya Converse Chuck Taylor adalah unik. Tidak seperti cerita kolaborasi kasut yang lain, di mana mereka akan bekerjasama dengan atlet atau selebriti terkenal.
Chuck Taylor sebenarnya adalah lelaki yang mempunyai keperibadian yang luar biasa tetapi tetap mengambil sikap merendah diri. Jasanya telah menaikkan populariti bola keranjang di peringkat antarabangsa dan sehingga kini, ia telah menjadi antara salah satu sukan utama di dunia.Bagi reka bentuk Converse Chuck Taylor pula, kasut ini sangat ringkas dan kasual, tetapi mudah dicampurkan dan dipadankan dengan apa jua pakaian. Dari yang tinggi – di atas buku lali – hinggalah yang rendah di bawah pergelangan kaki.Antara ciri khas Converse Chuck Taylor ialah ia mempunyai tapak dengan getah yang tebal, diperbuat dari kanvas dan mempunyai logo bintang yang tertulis “Converse All Star Chuck Taylor” di sebelahnya.Siapakah Chuck Taylor?https://www.thevocket.com/app/uploads/2020/10/4940556_orig.jpg
Nama sebenarnya adalah Charles Hollis “Chuck” Taylor. Dia adalah seorang pemain bola keranjang Amerika Syarikat yang dilahirkan di Indiana pada tahun 1901. Setelah tamat sekolah menengah, Taylor telah bermain untuk pelbagai pasukan profesional.
Kelahiran pertama Converse All Star pada tahun 1917 tidak mempunyai nama Chuck Taylor. Penjenamaan semula hanya berlaku beberapa tahun kemudian setelah Taylor bergabung dengan pasukan Converse pada tahun 1921 dan menjadi jurujual kasut.Seorang pemain bola keranjang yang juga merangkap jurujual kepada jenama kasut mungkin kedengaran pelik – dua kerja dalam satu masa. Namun, itulah yang berlaku bagi menampung hidup sebelum tertubuhnya NBA pada tahun 1949 dan sebelum bintang bola keranjang dibayar berjuta-juta dolar.Tidak pasti apa yang mendorong Taylor untuk melakukan dua kerja dalam satu masa. Ada yang mengatakan bahawa dia sangat meminati reka bentu All Star sehingga dia ingin bekerja di Converse.Bagi Hall of Fame Bola Keranjang, yang menyenaraikan Taylor sebagai salah seorang lagenda, dikatakan bahawa pada tahun 1921, Taylor telah bertindak ‘menyerang’ Converse di pejabat jualan mereka di Chicagodan mengeluh bahawa kasut mereka telah mencederakan kakinya. Dia kemudiannya meyakinkan para eksekutif untuk membuat kasut khas untuk permainan bola keranjang.
Pages: [1]
View full version: Lelaki Di Sebalik Jenama Kasut Converse Terlaris Di Dunia


ADVERTISEMENT