piao Publish time 3-2-2021 04:27 PM

Baju Kurung Sudah Dilupai kata Minah Salleh ni

Baju Kurung Sudah Dilupai kata Minah Salleh ni

Baju kurung merupakan busana yang sering digayakan oleh para wanita di negara kita sejak dari zaman dahulu lagi. Daripada si dara ke ibunya, tidak kisahlah di pagi raya mahupun hari-hari biasa, busana ini bukan sahaja sebuah warisan negara malah, ia juga merupakan sesuatu yang tidak pernah dilupakan.Oleh itu, tidak hairanlah apabila pengasas jenama Nala Designs, Lisette Scheers ini dikecam hebat oleh para netizen apabila Scheers mendakwa bahawa busana yang dibanggakan oleh rakyat Malaysia itu sudah dilupakan.Memetik sepatah dua kata dari wawancara wanita berdarah Belanda ini bersama portal South China Morning Post, Scheers berkata bahawa beliau mengimpikan busana Baju kurung untuk kembali dan berharap agar orang Melayu akan kembali berpakaian cantik seperti dahulu serta berbangga dengan warisan negara ini.Scheers yang difahamkan telah membesar di negara ini berkata bahawa Malaysia penuh dengan fabrik yang cantik dan berwarna-warni. Oleh itu katanya, beliau kini sedang berusaha agar warisan negara ini tidak ditelan zaman.
Dianggap merendahkan dan bersifat neo-colonialismApa yang diperkatakan oleh Scheers di artikel yang ditulis oleh portal tersebut dianggap mempunyai nada yang merendahkan rakyat Malaysia, khususnya Melayu dan bersifat neo colonialism. Rata-rata mereka yang membaca artikel tersebut berasa kecewa dan marah dengan setiap perkara yang diperkatakan.https://www.thevocket.com/app/uploads/2021/01/comments.jpghttps://pbs.twimg.com/card_img/1355041108162535426/FDg-QoDF?format=jpg&name=smallArtikel tersebut juga telah tular di laman media sosial seperti Twitter dan Instagram dan secara tidak langsung, mengundang kecaman dan komen dari mereka yang membacanya.Menurut komen dari para netizen, Baju kurung tidak pernah dilupakan malah busana tersebut sering sahaja digayakan oleh rakyat Malaysia tak kira kaum.https://pbs.twimg.com/media/Erz7vPSUcAAdZ8S?format=jpg&name=smallNetizen turut juga beranggap bahawa setiap perkara yang diperkatakan Scheers itu adalah tidak berasas dan menggelarkan beliau sebagai seorang kapitalis yang mengaut untung dari warisan dan budaya rakyat Malaysia.

piao Publish time 3-2-2021 04:28 PM

https://pbs.twimg.com/media/Er2tQQ9VQAI-nA9?format=jpg&name=small

Ekoran dakwaan yang dikatakan tidak berasas oleh Scheers itu, ramai dari para netizen yang tampil untuk berkongsi gambar mereka mengenakan busana warisan negara tersebut.Perkongsian tersebut dibuat di atas tujuan untuk membuktikan bahawa mereka tidak pernah malu dengan warisan negara itu dan ianya jauh sekali untuk dilupakan.

Selain dari Baju kurung, warganet juga mengambil kesempatan untuk mengongsikan gambar mereka dengan pakaian tradisi Melayu yang lain seperti Baju Melayu dan Baju Kebaya.

piao Publish time 3-2-2021 04:29 PM

https://pbs.twimg.com/media/Er1FWbwUwAcj2HG?format=jpg&name=360x360

https://pbs.twimg.com/media/Er07AhaVEAA4Q3h?format=jpg&name=small

https://pbs.twimg.com/media/Er1veuTVoAQDA7p?format=jpg&name=360x360

piao Publish time 3-2-2021 04:30 PM

https://pbs.twimg.com/media/Er0_InSUwAEFWPV?format=jpg&name=small
https://www.thevocket.com/dakwa-baju-kurung-sudah-dilupai-rakyat-malaysia-netizen-bersatu-tempelak-inisiatif-minah-salleh-ini/

https://www.thevocket.com/dakwa-baju-kurung-sudah-dilupai-rakyat-malaysia-netizen-bersatu-tempelak-inisiatif-minah-salleh-ini/

piao Publish time 3-2-2021 04:30 PM

Tampil memohon maaf

https://www.thevocket.com/dakwa-baju-kurung-sudah-dilupai-rakyat-malaysia-netizen-bersatu-tempelak-inisiatif-minah-salleh-ini/

Berikutan kecaman yang diterima, pengasas tersebut tampil untuk memohon maaf menerusi perkongsian di akaun rasmi Instagram Nala Designs pada malam semalam.

Berdasarkan perkongsian tersebut, Scheers memohon maaf di atas kesalahpahaman yang timbul dari artikel yang telah ditulis dan kerana memberikan tanggapan yang salah mengenai busana warisan negara tersebut.

piao Publish time 3-2-2021 04:31 PM

“Saya selalu menganggap Malaysia sebagai rumah bagi saya dan saya amat menyayangi negara ini.

“Bagi saya, Malaysia merupakan sumber inspirasi dan rakyatnyalah yang membuatkan negara ini istimewa dan saya masih lagi mencuba untuk belajar tentangnya,” jelas Scheers.
Pages: [1]
View full version: Baju Kurung Sudah Dilupai kata Minah Salleh ni


ADVERTISEMENT