piao Publish time 3-2-2021 02:53 PM

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda


https://cdn.shopify.com/s/files/1/1624/1285/articles/Screen_Shot_2017-08-22_at_6.46.53_pm_1400x.progressive.png.jpg?v=1503465456
Berikut adalah panduan kami tentang bagaimana untuk menjaga kulit halus bayi andaTiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka. Walaubagaimanapun keburukannya adalah bayi anda lebih cenderung untuk mengalami ruam dan kerengsaan kulit lain. Tetapi janganlah risau, dengan panduan kami, anda boleh melindungi bayi anda daripada masalah-masalah kulit ini.
https://img-s3.onedio.com/id-585b074bd8435d96201987d9/rev-0/w-635/listing/f-jpg-webp/s-e7932565f0c348c093b28c4b30d5865c11601458.webpJangan mandikan bayi anda dengan lamaPada beberapa bulan pertama bayi anda, terutama sekali sebelum tali pusatnya tertanggal, mandian span lebih daripada mencukupi untuk membersihkan bayi anda. Bila anda mula memandikan bayi anda, 3-5 minit di dalam tab adalah lebih daripada mencukupi. Lebih daripada itu kulit bayi anda akan kering, jadi jangan biarkan bayi anda berendam terlalu lama atau bermain terlalu lama di dalam air bersabun.
https://2.bp.blogspot.com/-1ONyH95Ia_M/XDhipo1-LsI/AAAAAAAA5Ew/J6tEBOqQz78pRSOkjOfQcAb0SR-YXgOegCLcBGAs/s1600/IMG_20190110_171937.jpgPilih produk yang selamat digunakan bayiCari sabun dan losen yang lembut yang tidak mempunyai sebarang pewarna, wangian, paraben, deodoran, alkohol dan bahan-bahan lain yang boleh membahayakan kulit bayi anda. Formula tiada air mata lebih membantu untuk tidak menyakitkan mata bayi anda. Sabun yang lembut ini selalunya tidak berbuih seperti sabun orang dewasa, jadi jangan tambah lebih sabun untuk menambahkan buih. Kuantiti yang kecil sudah lebih daripada mencukupi untuk membersihkan si kecil.
https://www.kidheed.com/images/baby-skin-care-in-winter/baby-skin-care-in-winter.jpgIa tidak terlalu awal untuk melembapkan kulitKulit bayi anda boleh mengering jadi jangan lupa untuk memastikannya sentiasa lembap. Gunakan krim emolien atau minyak tidak bertoksik yang selamat digunakan untuk bayi sebaik sahaja selepas mandi. Sapukan krim ketika bayi anda masih basah, kemudian perlahan-lahan lapkan bayi anda hingga kering. Pada cuaca kita yang sangat lembap ini, melembapkan bayi anda sekali sehari sudah mencukupi tetapi anda boleh melembapkan bayi anda dengan lebih kerap jika anda rasa bayi anda memerlukannya.
https://www.todaysparent.com/wp-content/uploads/2019/12/moisturizing-can-prevent-food-allergies-and-other-baby-skincare-tips-you-need-to-know-1280x960.jpgManjakan bayi anda dengan urutanCiuman dan pelukan bukan sahaja untuk memandikan bayi anda dengan kasih sayang tetapi ia juga sangat penting untuk kehidupan mereka. Sentuhan anda mencetuskan pengeluaran hormon, mempertingkatkan imuniti dan membantu melawan penyakit. Bayi yang diurut juga lebih tenang, tidur dengan lebih lena dan kurang menangis. Jadi ambil masa lebih untuk memandikan bayi anda dengan pelukan manja.
https://media.2oceansvibe.com/wp-content/uploads/2019/07/teletubbies.jpgJauhi dari matahariIa adalah bagus untuk anda berdua pergi keluar dan menghirup udara segar tetapi jauhkan bayi anda daripada terik matahari pada 6 bulan pertama. Sapukan pelindung matahari kepada bahagian yang tidak ditutupi dengan baju, seperti muka, tangan dan kaki bayi anda, dan pakaikan topi atau gunakan pelindung matahari pada kereta sorong bayi anda untuk menghalang sinaran terik cahaya matahari.

piao Publish time 3-2-2021 02:57 PM

Basuh pakaian bayi anda dengan teliti

Pastikan anda selalu membasuh baju baru bayi anda sebelum memakaikannya. Anda tidak perlu menggunakan pencuci baju yang khas untuk baju bayi tetapi anda mungkin mahu mempertimbangkan bertukar kepada pencuci baju yang tiada haruman dan perwarna untuk seisi keluarga anda. Perengsa pada baju atau alas katil anda boleh menyebabkan ruam pada bayi anda. Anda juga tidak perlu menggunakan pelembut untuk mencuci baju bayi anda.

Lindungi bayi anda daripada gigitan

Demam denggi sering menjadi kerisauan tetapi gigitan nyamuk biasa juga boleh menyebabkan bayi anda berasa tidak selesa. Jauhi serangga dengan menggunakan pelindung nyamuk yang lembut dan selamat. Gunakan produk semula jadi yang dibuat khas untuk bayi baru lahir anda. Anda boleh menggunakan pelindung nyamuk berasaskan DEET untuk bayi anda yang berusia 2 bulan ke atas, selagi kepekatan DEET tidak melebihi 30%.

Walaupun anda mengikut panduan kami, sekali-sekala bayi anda mungkin akan mendapat ruam. Ia adalah normal dan selagi ruam itu hilang dalam beberapa hari, anda tidak perlu risau. Perhatikan tanda-tanda jangkitan, seperti kulit merekah, pendarahan dan nanah, dan sila bertemu doktor anda apabila bayi anda mengalami tanda-tanda tersebut.

Masalah kulit lain yang lazim adalah ruam lampin.

cik.peah Publish time 4-2-2021 11:10 AM

kalau kulit anak kering dan suka garu2 (tapi belum sampai tahap eczema), dah pakaikan lotion biasa pun tak berkesan jugak.

ada tak any recommendation nak pakaikan apa? tau tak produk apa yang elok?
Pages: [1]
View full version: Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda


ADVERTISEMENT