piao Publish time 2-2-2021 11:10 PM

9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang

https://cdn.remaja.my/wp-content/uploads/2018/03/share-kidney-failure.jpg

Masalah badan lemah, tidak bertenaga dan fikiran terganggu
Buah pinggang yang sihat mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai erythropoietin atau EPO. Hormon ini memberi signal supaya tubuh menghasilakan lebih sel darah merah untuk fungsi mengangkut oksigen.

Apabila fungsi buah pinggang semakin merosot dan kekurangan fungsi hormon EPO, pengeluaran sel darah merah juga turut berkurangan. Kekurangan sel darah merah ini juga disebut sebagai anemia.

Akibatnya, otot dan otak akan mengalami masalah kekurangan sumber oksigen untuk menjalankan fungsinya dengan baik.

Ia menyebabkan badan kita rasa cepat dan mudah letih. Fungsi otak juga akan turut terganggu menyebabkan kita berasa mudah lupa, pening, cepat mengantuk dan sukar untuk menumpukan perhatian.

Masalah susah hendak tidur
Ini bukan berkaitan kerap diganggu hantu atau makhluk halus. Masalah susah tidur diwaktu malam atau insomnia ini sering berpunca daripada beberapa faktor. Pertama, ia mungkin disebabkan masalah gangguan pernafasan ketika tidur (sleep apnea).

Kedua, mungkin akibat masalah kegatalan kulit yang paling ketara mengganggu ketika waktu malam. Ketiga, masalah kekejangan otot kaki dan sindrom kaki gelisah (restless leg syndrome) akibat masalah saraf kaki juga antara punca insomnia.

Kesemua gangguan inimenyebabkan pesakit sukar mendapatkan kualiti tidur yang baik, kerap terjaga diwaktu tidur malam dan berkecenderungan untuk lebih tidur pada waktu siang. Dan semua faktor ini melibatkan fungsi darah merah yang terganggu akibat masalah penyakit buah pinggang.

Masalah kulit kering dan gatal-gatal
Antara tugas utama buah pinggang ialah mengawal keseimbangan mineral dalam tubuh. Ia melibatkan proses keseimbangan paras kalsium dan fosforus di dalam darah.

Kekurangan kalsium dalam darah menyebabkan kelenjar paratiroid yang terletak dileher untuk merembeskan hormon paratiroid.

Hormon ini bertindakbalas melakukan mekanisma menyerap kembali kalsium daripada komposisi tulang untuk disalurkan ke dalam darah.

Paras hormon paratiroid yang tinggi ini dikatakan boleh menyebabkan masalah kulit kering dan kegatalan. Selain itu, kandungan fosforus yang tinggi dalam darah juga boleh menyebabkan kesan yang sama.

Penyebab lainnya, bahan buangan atau toksin yang terkumpul dalam salur darah di bawah kulit juga juga adalah penyumbang utama masalah kulit kering dan gatal.

Masalah kencing terlalu kerap di waktu malam
Secara normalnya, orang dewasa kencing 4 hingga 6 kali sehari dan kebanyakkannya di waktu siang. Masalah kencing terlalu kerap atau polyuria boleh berlaku disebabkan oleh punca minum banyak air atau tanda normal bagi wanita sedang mengandung.

Namun, jika tidak disebabkan punca biasa di atas, ia mungkin disebabkan oleh masalah buah pinggang. Kencing terlalu kerap di waktu malam dikaitkan dengan kerosakan buah pinggang yang tidak dapat menyingkirkan bahan buangan dan toksin ketika aktif di waktu siang. Alternatifnya, ia dilakukan di waktu malam (rehat) dan menyebabkan tindakbalas perkumuhan urin yang kerap.

Ataupun jika tidak, masalah kerap kencing ini mungkin juga disebabkan oleh petanda jangkitan pada pundi kencing atau masalah bengkak prostat. Oleh itu, saringan doktor amatlah penting untuk menganalisis kondisi masalah ini.



piao Publish time 2-2-2021 11:11 PM

Masalah air kencing berdarah atau kencing kotor
Buah pinggang yang sihat akan menapis darah untuk mendapatkan nutrien serta mineral. Ia juga mengekalkan sel darah merah tetap di dalam darah.

Apabila berlaku kerosakan buah pinggang, mungkin sedikit kebocoran darah akan keluar bersama air kencing menyebabkan berlakunya kencing berdarah atau kencing kotor.

Namun, Kencing kotor atau berdarah mungkin juga membawa petanda kewujudan tumor, batu karang atau jangkitan kuman yang berkaitan dengan buah pinggang.

Masalah air kencing berbuih
Kencing berbuih juga berlaku akibat masalah sistem penapis buah pinggang bocor atau telah rosak; lebih dikenali sebagai nephrotic syndrome.

buah pinggang yang sihat akan menapis dan membuang lebihan cecair serta bahan buangan tubuh yang terkandung di dalam darah, dan hanya mengambil protein serta nutrien penting.

Kebocoran protein albumin akibat kerosakan penapis buah pinggang menyebabkan kepekatan air kencing meningkat dan ditandai dengan simptom kencing berbuih.

Masalah mulut berbau dan hilang selera makan
Pengumpulan bahan buangan dalam darah turut memberi kesan mulut yang berbau busuk seperti ammonia. Disamping itu, ia juga menyebabkan komplikasi deria rasa lidah yang kurang enak pada makanan.

Secara tidak langsung, ia juga akan menyebabkan sindrom hilang selera makan. Lebih teruk lagi, ia menyebabkan rasa kurang selesa pada perut dan mencetuskan rasa loya dan kerap berasa hendak muntah.

Masalah bengkak kaki dan mata
Masalah bengkak kaki atau edema adalah biasa bagi ibu mengandung. Namun bagi lelaki atau wanita yang tidak hamil, ia mungkin petanda masalah pada buah pinggang.

Mereka yang mengalami masalah penyakit buah pinggang mungkin tidak dapat menyingkirkan dengan sempurna lebihan cecair dan garam sodium yang terdapat di dalam darah. Justeru, tekanan aliran dalam salur darah meningkat pada kawasan tertentu tubuh. Terutamanya pada pergelangan kaki dan sekitar mata.

Bagi masalah penapis buah pinggang rosak (nephrotic syndrome) pula, kekurangan protein albumin dalam darah menyebabkan kestabilan isipadu darah terganggu. Buah pinggang cuba bertindakbalas untuk mengawal isipadu darah dengan mengekalkan kandungan garam dalam darah. Akibatnya, lebihan cecair tubuh akan terkumpul dan mencetuskan edema.

Nnasda53 Publish time 3-2-2021 09:46 AM

Terima Kasih Perkongsian Tt.{:1_132:}

piao Publish time 3-2-2021 10:14 AM

Nnasda53 replied at 3-2-2021 09:46 AM
Terima Kasih Perkongsian Tt.

ada sakit mana2 buah ke? ;P

Nnasda53 Publish time 3-2-2021 10:21 AM

piao replied at 3-2-2021 10:14 AM
ada sakit mana2 buah ke?

Hahahaha...buat masa ni belum ada mana2 buah yang sakit:lol:.

Apapun thanks perkongsian tu ada la pengetahuan{:1_132:}..walaupun bukan sekarang di masa akan datang kita pun tak tahu.

EvieWanKenobi Publish time 3-2-2021 10:28 AM

tq tt for sharing.. semoga kita menjaga buah pinggang kita..:$

Supersirap Publish time 3-2-2021 04:11 PM

Artikel yang sangat bermanfaat, terima kasih TT

cik.peah Publish time 22-2-2021 10:08 PM

thankss tt for sharing. sejak menjak dah makin tua ni, kena alert jugak apa2 perubahan yang jadi pada badan ni.

piao Publish time 23-2-2021 11:42 AM

cik.peah replied at 22-2-2021 10:08 PM
thankss tt for sharing. sejak menjak dah makin tua ni, kena alert jugak apa2 perubahan yang jadi pad ...

sama la kita jaga pinggang sendiri ;P

piao Publish time 23-2-2021 11:44 AM

Supersirap replied at 3-2-2021 04:11 PM
Artikel yang sangat bermanfaat, terima kasih TT

sama2... :lol:

rajamoney Publish time 7-3-2021 10:13 PM

sbb tu bagi mereka yg ada healtcare coverage

setiap tahun buat full blood test

Leban Publish time 17-3-2021 01:32 AM

thanks for sharing

Cieejiee Publish time 18-3-2021 09:41 PM

Thanx for sharing

Aurora446 Publish time 19-3-2021 10:42 PM

Selalu kencing malam... takutnyaaa.. dah pernah check sebelum nidua kali dah gi jumpa doktor kata jangkitan kuman dan bagi antibiotik.. sampai skrg masih kerap. Risau kot tanda awal buah pinggang :'(:'(:'(:'(
Pages: [1]
View full version: 9 Tanda Awal Sakit Buah Pinggang


ADVERTISEMENT