Aking Publish time 2-2-2021 06:06 PM

Padah Berlabuh Tanpa Kebenaran - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1diNT6.img?h=840&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
APMM menahan sebuah kapal tunda kerana didapati berlabuh tanpa kebenaran di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Pulau Dua, Pulau Pangkor di Lumut. FOTO IHSAN APMM.

Harian Metro

Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my

Lumut: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuah kapal tunda kerana didapati berlabuh tanpa kebenaran, semalam.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kapal berkenaan ditahan di kedudukan 4.6 batu nautika barat daya Pulau Dua, Pulau Pangkor, di sini, pada 1 tengah hari.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati kapal tunda itu membawa paip besi dikendalikan 13 kru warga asing berusia antara 30 hingga 65 tahun.

"Pemeriksaan mendapati kapal berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Akta Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) kerana berlabuh tanpa kebenaran daripada Pengarah Jabatan Laut Malaysia.

"Kapal yang berdaftar di Singapura itu dipercayai dalam perjalanan dari Indonesia menuju ke India dan semua kru mempunyai dokumen perjalanan diri yang sah," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, kapal berkenaan bersama kru ditahan untuk tindakan lanjut.

Supersirap Publish time 3-2-2021 04:15 PM

Nak tahu juga kenapa ada sesetengah kapal ni melabuh dengan tanpa kebenaran? Ada emergency kah?

Aking Publish time 13-2-2021 05:34 PM

Supersirap replied at 3-2-2021 04:15 PM
Nak tahu juga kenapa ada sesetengah kapal ni melabuh dengan tanpa kebenaran? Ada emergency kah?

Putus bekalan makanan?
Pages: [1]
View full version: Padah Berlabuh Tanpa Kebenaran - AKT


ADVERTISEMENT