Aking Publish time 2-2-2021 06:03 PM

Lelaki Indonesia Hilang Di Paya Bakau - AKT

https://img-s-msn-com.akamaized.net/tenant/amp/entityid/BB1dj5mt.img?h=519&w=1119&m=6&q=60&o=f&l=f
Anggota bomba menjalankan SAR lelaki warga Indonesia dikhuatiri hilang selepas masuk ke kawasan paya bakau di Bagan Panchor, Pantai Remis, di Manjung. FOTO IHSAN BOMBA.

Harian Metro

Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my

Manjung: Nelayan warga Indonesia dikhuatiri hilang selepas masuk ke kawasan paya bakau di Bagan Panchor, Pantai Remis, di sini, sejak enam hari lalu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis Mohd Akmal Hussin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.05 pagi tadi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya, berdasarkan maklumat, lelaki berusia 24 tahun itu dikatakan pergi ke kawasan paya bakau selepas makan tengah hari pada 26 Januari lalu.

"Mangsa tidak pulang ke rumah dan beberapa rakan keluar mencarinya, namun dia tidak ditemui sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa untuk bantuan," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian, berkata SAR sedang dijalankan oleh pasukan penyelamat.
Pages: [1]
View full version: Lelaki Indonesia Hilang Di Paya Bakau - AKT


ADVERTISEMENT