CARI-MRO Publish time 2-2-2021 11:47 AM

"Jarak Rapat Dengan Anak Ketiga," - Azrinaz Mazhar Hakim Hamil Di Usia

Bekas personaliti televisyen, Azrinaz Mazhar Hakim, 42, mengumumkan dia kini sedang sarat hamil anak keempat.


Perkongsian itu dibuat Azrinaz menerusi laman Instagramnya pada Isnin dengan memuat naik gambarnya yang jelas kelihatan baby bump.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/114503wng3z5xubca7fsc9.pngKredit foto: IG




"Ini bukan gambar throwback. Apa yang anda lihat memang sedang berlaku sekarang.


"Saya kini hamil anak keempat. Sekarang saya sedang sarat hamil tujuh bulan atau lebih tepat lagi kandungan ini sudah memasuki minggu ke-30. Alhamdulilah syukur," katanya.




https://www.instagram.com/p/CKvqMR3JpK0/


Azrinaz berkata, dia tidak menyangkakan akan hamil sekali lagi dalam jarak masa yang agak dekat dengan anaknya sebelum ini, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.


Azrinaz walau bagaimanapun tidak mendedahkan jantina kandungannya itu.


"Allah memberikan rezeki kepada saya dan suami dengan memberikan satu lagi amanah zuriat untuk kami jaga di kala usia begini.


"Saya tidak menyangka akan sekali lagi hamil dengan jarak usia yang agak rapat dengan Areesya Malaykha, tapi buat apa nak tunggu lagi sedangkan saya boleh melakukannya sekarang.


"Doakan proses bersalin anak ini nanti berjalan dengan selamat dan lancar, InsyaAllah," katanya.


https://www.instagram.com/p/CJJDHrWpFcX/


Azrinaz melangsungkan perkahwinan dengan teman lama, Fairos Khan Abdul Hamid, 45, pada 1 Mei 2018 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Azrinaz.


Sebelum ini, Azrinaz dan suami sama-sama bertugas di TV3, namun mula rapat sejak tahun 2017 sebelum mereka mendirikan rumah tangga.


Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan seorang anak perempuan, Areesya Malaykha yang kini berusia dua tahun.


Azrinaz sebelum ini pernah berkahwin dengan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah pada 2005 dan hasil perkahwinan itu Azrinaz dikurniakan dua cahaya mata iaitu Pengiran Muda Abdul Wakeel, 15, dan Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, 13 tahun. -CARI


Sumber: mStar Online

manehnya Publish time 2-2-2021 12:05 PM

Tahniya cp

Kancilkering Publish time 2-2-2021 12:12 PM

tahniah...ramai anak dia....

moga dpt baby boy pula

bioessence Publish time 2-2-2021 12:17 PM

Hi juma
CP bongsu masih 3 lagi ke
Hehe

MisXoXo Publish time 2-2-2021 12:31 PM

Tahniab CP.hrpnya dptlah beliau dn ank2 di B bertemu kembali.smpai skrg pelik kenapa dia langsung xdpt jmpa anak2.xkanlah teruk sgt apa dia buat smpai SB langsung nafikan hak dia.hr tu dia share repost vid ank perempuan dia kt umh..aduhaiii..smpai repost kiriman org lain yg di tag.apalah yg disebaliknyaaaa

lattehazelnut Publish time 2-2-2021 01:02 PM

Dah mampu beranak la byk2..
Kalau b40 ye kne rancang..

Bihungoreng Publish time 2-2-2021 01:04 PM

Eii seronoknyaa! Happy for her.. semoga bby boy yachh!!!

nazzel_fly Publish time 2-2-2021 01:06 PM

Ingat natasha hudson tadi

SayaSayangMama Publish time 2-2-2021 01:09 PM

Iols xboleh tgk org prgnant posing pegang perut xtau knp. Iols tiap kali prgnant xpernah ambil gambar mcmtu. Tu pun still nmpk bentuk perut sbb tu xup gambar bila prgant. Tgk kawan kawan ramai pose highlight perut ni, rasa geli sikit. Baju dah longgar tp still kepit perut nk tunjuk kebulatan nya perut itu.

Analisaxx Publish time 2-2-2021 02:21 PM

Tahniah CP! Pandai dia sorok dari followers sama mcm the 3rd one hari tu. Tup2 dah nak bersalin.
Happy for her:loveliness:

Nurza Publish time 2-2-2021 02:23 PM

Beberapa hri lps birthday puteri tu kan.. Agknya mmg sheols berniat kot nk umumkan lps birthday puteri tu.. Pastu ig Brunei royal pun post pic puteri tu... Btw, tahniah buat azrinaz.. Bgus lah sheols rmai anak.. Boleh hilangkn rse sedih sbb ank berjauhan.. Lagipun duit bnyk berkepuk kepuk.. Lain la yg jnis xde duit, makan pun bercatu then nk ank bnyk2...

cheezzy Publish time 2-2-2021 02:54 PM

orang kaya, dia pulak normal delivery.
takde masalah langsung tiap tahun beranak pun

cheezzy Publish time 2-2-2021 02:57 PM

SayaSayangMama replied at 2-2-2021 01:09 PM
Iols xboleh tgk org prgnant posing pegang perut xtau knp. Iols tiap kali prgnant xpernah ambil gamba ...

aku pun.
dah beranak pinak tak terfikir pulak nak ambik gambar mcmtu
tak payah pegang perut dh memang nampak perut n muka ku yg bulat bagai dipam:lol:

tp orang kaya ni feeling dia lain sis
semua nak disimpan utk kenangan anak cucu
so gigih la bgambar pegang perut bagai spt disuruh oleh photographer:lol:

Nana_Man Publish time 2-2-2021 03:24 PM

cheezzy replied at 2-2-2021 02:57 PM
aku pun.
dah beranak pinak tak terfikir pulak nak ambik gambar mcmtu
tak payah pegang perut dh m ...

I pulak menyesal tak buat maternity shoots dulu...... kalau buat, ada jgk pic masa pregnant yg lawa buat kenangan.

Serenaa Publish time 2-2-2021 03:32 PM

Congrats CP

cumie Publish time 2-2-2021 05:24 PM

wow, at 42!
rezeki juga ni...
pregnancy pun macam smooth je semua

awenda507 Publish time 2-2-2021 07:42 PM

Alhamdulillah. Moga dipermudahkan urusan cp azrinaz

SayaSayangMama Publish time 2-2-2021 07:48 PM

cheezzy replied at 2-2-2021 02:57 PM
aku pun.
dah beranak pinak tak terfikir pulak nak ambik gambar mcmtu
tak payah pegang perut dh m ...

Iols oaky la paham la selebriti tp skrg yg tuduh labuh pun gigih nk tunjuk perut. Bila mengandung automatik perut jd bukan aurat kah. Laki bernafsu jugak weh tgk perut bulat bulat tu. Apa apa yg bulat kt badan pompuan laki suka

cheezzy Publish time 2-2-2021 09:50 PM

Nana_Man replied at 2-2-2021 03:24 PM
I pulak menyesal tak buat maternity shoots dulu...... kalau buat, ada jgk pic masa pregnant yg law ...

uols klu bdn tak naik ms preggy okla sis.memang cantek.


mcm iols ni kembang sekembangnya
hodoh sgt :lol:

dusunmind Publish time 2-2-2021 10:06 PM

Tahniah CP. campin dia posing bgtu sambil duduk. Aku nak duduk pun payah. Nak melintang kaki sengsara rasanya.
Pages: [1] 2 3
View full version: "Jarak Rapat Dengan Anak Ketiga," - Azrinaz Mazhar Hakim Hamil Di Usia


ADVERTISEMENT