CARI-HBZ Publish time 2-2-2021 01:14 AM

Lantai Masjidil Haram Sejuk Walaupun Suhu Panas, Ini Sebabnya..

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/011342u963r1169po97tnb.png




Bagi sesiapa yang pernah mengerjakan haji atau umrah,mereka pastinya perasan bahawa lantai marmar di Masjidil Haram dan di keliling Kaabah, terasa sejuk walaupun suhu ketika itu panas.


Ramai yang telah membincangkan punca di sebalik marmar itu sejuk. Pejabat Umum Presiden bagi Hal Ehwal Dua Masjid Suci berkata, sebab utama lantai itu menjadi sejuk ialah pemilihan marmar yang dipasang.


Arab Saudi telah memilih marmar jenis thassos yang diimport dari Greece yang membias sinaran terik matahari dan menurunkan suhu pada waktu siang.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/011356j0qddcvqih98uuzc.png




Pihak berkuasa menafikan dakwaan bahawa punca utama lantai marmar itu menjadi sejuk disebabkan saluran paip air yang ditanam di bawah lantai marmar itu.








Sumber:– Agensi via Ismaweb

Artemesiaa Publish time 2-2-2021 02:09 PM

Menarik infonya

jonesaudreyy Publish time 5-2-2021 02:46 PM

Edited by jonesaudreyy at 5-2-2021 02:47 PM

Apakah langkah-langkah untuk mengatasi keadaan ini? mapquest driving directions

Jorja Publish time 27-2-2021 11:25 AM

Rindu nak pergi lagi

LadyCarefree Publish time 6-3-2021 06:46 PM

Penipu je. Lantai tu sejuk sebab dipayungkan doa doa 24jam pak arab.

fatinandreanna Publish time 24-8-2021 04:04 AM

Info menarik ni. Rupanya Ada marmar yg boleh biaskan panas matahari. Tapi klu malam mcmana pulak. Still sejuk ke panas?
Pages: [1]
View full version: Lantai Masjidil Haram Sejuk Walaupun Suhu Panas, Ini Sebabnya..


ADVERTISEMENT