CARI-HBZ Publish time 2-2-2021 12:31 AM

“Harga Dia Boleh Angkat Iphone 12” Netizen Terkejut Tengok Harga Ikan Sungai

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/002600v18r1yz629296x8r.jpg




Ikan adalah hidupan laut yang paling unik, dan kini masih terdapat kira-kira 28,000 spesis ikan yang masih wujud di atas muka bumi. Seperti hidupan laut yang lain, ikan juga mempunyai rupa bentuk dan warna yang bermacam-macam.


Tidak dinafikan di pasar-pasar basah terdapat pelbagai jenis ikan yang dijual kepada orang ramai. Harga-harga ikan ini, berbeza mengikut jenis ikan itu sendiri. Malahan, terdapat harga ikan yang boleh mencecah ribuan ringgit. Walaupun, harganya yang mahal ikan ‘istimewa’ ini masih mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan peminatnya.


Seperti perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Humansicks, menceritakan mengenai spesis ikan yang dijual dengan harga yang mahal. Rata-rata netizen terkejut apabila mengetahui harga sebenar ikan tersebut, memang ikan kayangan ni!


Ikan kayangan



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/002624urmrk0a15lx15r49.jpg


Menerusi gambar tersebut, ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga RM500 per kilogram. Mengikut kiraan, jika ikan itu ditimbang beratnya boleh mencecah 11 kilogram dan menjadikan harganya adalah RM5,700. Fuhh memang mahal betul ni!


Harga dia boleh angkat Iphone 12 Pro Max


Hasil info yang diperoleh, ikan ini merupakan ikan air tawar yang berasal dari Sarawak dan ia merupakan ikan paling mahal pernah dijual di Malaysia.


Malahan, ikan Empurau ini mempunyai beberapa nama lain iaitu Raja Ikan Sarawak, Ikan Kelar dan bagi di semenanjung ikan ini dikenali sebagai Ikan Tengas. Manakala, dari segi rasa pula, ikan ini dikatakan mempunyai rasa-rasa lemak-lemak manis.


Memang mahal ikan ni!



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/002706w7jbejshj0npjcnh.jpg


Menerusi ruangan balas, rata-rata warganet turut bersetuju dan menyatakan ikan jenis Empurau ini dijual dengan harga mahal berikutan kesukaran untuk mendapatkan ikan jenis ini.


Malahan, ikan-ikan ini lazimnya dimasak di hotel dan restoran-restoran mahal mengikut permintaan pelanggannya.


Info ikan


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/002753ic3nnclwc9jvj99o.jpg


Spesis Ikan Tropika Paling Mahal Di Dunia

Di antara spesis-spesis ini, beberapa spesis daripadanya mempunyai nilai dan harga yang sangat tinggi disebabkan sebab-sebab tertentu


Pari Polkadot
Tak ada siapa yang boleh sangkal kenyataan bahawa ikan pari adalah haiwan yang sangat unik dan menakjubkan. Tapi jika anda teringin untuk memiliki spesis ikan pari Polkadot ini, anda perlu siapkan wang yang tinggi, setinggi RM386,000.


Sebab itu anda biasanya akan boleh melihat ikan pari berbintik ini di akuarium-akuarium dan zoo sahaja dan tidak dalam akuarium di rumah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/002913volhccvvo3ltw3ct.jpg


ikan pari polkadot ikan tropika paling mahal di dunia 744


Spesis ikan ini biasanya dijumpai di Brazil, di lembangan Sungai Xingu.


Ikan pari Polkadot mampu membesar sehingga 40 sentimeter lebar dan 75 sentimeter panjang dengan berat 20 kilogram.


Platinum Arowana


ikan arowana platinum ikan tropika paling mahal di dunia 2 622


Dengan harga mencecah RM1.54 juta yang mana anda boleh membeli kereta sport Lamborghini atau Ferrari, ikan arowana Platinum diiktiraf sebagai ikan tropika yang paling mahal di dunia setakat ini.


Ikan ini mempunyai badan yang panjang, ekor yang tirus dan sisik yang besar. Ikan ini banyak menghabiskan masanya di permukaan air disebabkan kebolehannya untuk melompat dan menangkap mngsa.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202102/02/002954ry49czo4hinvyo1k.jpg


ikan arowana platinum ikan tropika paling mahal di dunia 855
Ia juga dikenali sebagai “ikan naga” dan “ikan monyet”. Agak tak masuk akal untuk menghabiskan wang sebanyak ini hanya untuk seekor ikan, tapi bagi mereka yang mampu boleh lah memiliki ikan yang tersangat rare ini.
Malah, ikan ini dipasangkan mikrocip sebelum mencapai kematangan seksual, membolehkan penyimpanan rekod dan penjejakan ikan ini dibuat. Walaupun tersangat jarang ditemui, namun tak ada kenyataan rasmi bahawa ikan ini mempunyai status terancam.
Ia juga sangat sukar untuk dijaga dan hanya dimiliki oleh pemilik akuarium yang berpengalaman dan kaya sahaja.


Sumber: Humansick











Pages: [1]
View full version: “Harga Dia Boleh Angkat Iphone 12” Netizen Terkejut Tengok Harga Ikan Sungai


ADVERTISEMENT