piao Publish time 1-2-2021 01:55 PM

Sandwic Canai sedap ke?

Roti canai dibuat sebagai roti sandwic



Roti canai adalah sarapan kegemaran rakyat Malaysia. Biasanya ia dimakan dengan kuah dhal, sambal atau kari, namun ada juga yang memakan roti canai dengan susu pekat atau gula.Namun sebuah video yang tular ini menunjukkan cara yang agak luar biasa untuk memakan roti canai. Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter atas nama AkeemSharyzal itu menunjukkan seorang tukang masak meletakkan telur di bawah roti canai yang telah siap digoreng.https://twitter.com/i/status/1350760833601552386Selepas roti canai dengantelur itu siap dimasak, ia disediakan untuk dibungkus, namun daripada menyediakan hidangan itu dengan kuah dhal dan kari, ia dibungkus dengan gaya sandwic.Di dalam roti canai itu diletakkan kepingan keju, dan daging seterusnya ditambah dengan jeruk dan bawang. Tidak cukup dengan itu, sosej juga diletakkan ke atasnya bersama telur goreng serta sos cili dan salad.Roti canai itu kemudian digulung seperti sandwic Subway sebelum dibungkus.Cara hidangan roti canai itu yang unik mendapat pelbagai komen dari netizen, ada yang mengaku ia kelihatan sedap dan ada yang merasakan ia tidak sepatutnya dimakan seperti sandwic.



lattehazelnut Publish time 1-2-2021 02:13 PM

Dah salut telur, telur mata lg..

piao Publish time 2-2-2021 10:10 AM

lattehazelnut replied at 1-2-2021 02:13 PM
Dah salut telur, telur mata lg..

mahu tercirit ;P

Gomea Publish time 2-2-2021 01:48 PM

Macam sedap je

noorhairiahma Publish time 4-2-2021 12:19 PM

sedap je. sekali makan, boleh kenyang sampai pagi esoknya.

Lengkong Publish time 4-2-2021 09:28 PM

Selera orang sekarang



TravellingBear Publish time 8-2-2021 08:22 AM

sama je idea dgn wrap (tortilla) yg dipelbagaikan:lol:

piao Publish time 8-2-2021 08:39 AM

TravellingBear replied at 8-2-2021 08:22 AM
sama je idea dgn wrap (tortilla) yg dipelbagaikan

tapi asal nya mkanan ni dr indon ;P
Pages: [1]
View full version: Sandwic Canai sedap ke?


ADVERTISEMENT