piao Publish time 1-2-2021 01:24 PM

Gadis bermisai, janggut syukur kelainan dimiliki

Gadis bermisai, janggut syukur kelainan dimiliki



JAKARTA - Seorang gadis dari Jakarta mencuri tumpuan warga maya kerana mempunyai misai dan janggut.

Menggunakan akaun @mmsvante di aplikasi TikTok yang tular di laman sosial, Nisya Fadhilah, 18, memberitahu, kejadian aneh itu berlaku selepas meningkat dewasa, lapor Detiknews.

"Saya pergi ke doktor untuk lakukan pemeriksaan mengapa ia berlaku tetapi doktor mengatakan ia disebabkan oleh hormon dan sejak kecil saya memang bulu roma lebat," kata Nisya.

Nisya mengatakan bahawa dia mempunyai lebihan hormon androgen yang merupakan hormon lelaki.

"Sebilangan besar hormon adalah androgen dan ia adalah hormon lelaki. Ia membuatkan diri saya mempunyai misai dan janggut," katanya.

Meskipun penampilan seperti lelaki, sehingga kini banyak komen positif yang memujinya kerana memiliki wajah yang cantik dan tampan.



Namun, ada juga warga maya yang memberikan komen negatif mengenai penampilannya.

Bagaimanapun, Nisya mengakui bahawa dia bersyukur dapat memberi inspirasi kepada ramai orang untuk mencintai diri sendiri.

Dia berasa bangga dapat mendorong orang lain untuk tampil lebih yakin.

"Alhamdulillah, saya menjadi inspirasi kepada orang untuk mencintai diri sendiri dan saya bangga dengannya.

"Kita perlu terima, sayang diri kita sebelum menyayangi orang lain, sekali gus tampil yakin walaupun diri alami kekurangan," katanya.

Belibis Publish time 1-2-2021 01:55 PM

Yang sah2 jantan boleh pulak licin berkilat,siap bertudung lagi.:$

KIM.K Publish time 1-2-2021 01:56 PM

Kawan aku suffer PCOS, memang lebat bulu janggut. Kena shave selalu

piao Publish time 2-2-2021 10:11 AM

KIM.K replied at 1-2-2021 01:56 PM
Kawan aku suffer PCOS, memang lebat bulu janggut. Kena shave selalu

ada gambar dia x?

sehirkedi Publish time 2-2-2021 12:31 PM

Edited by sehirkedi at 2-2-2021 12:33 PM

Hmmm dah dua hari cerita gadis bermisai.
Hormon tak seimbang. Semua ni disebabkan pemakanan.


Ayam, daging ternakan disuntik. Jagung, soya keluaran GMO. Gula diproses ditambah kimia supaya putih.
Kita adalah apa yang kita makan. w8W9kTQgXQ0

Kalau siapa yg minat series Supernatural dalam Season 07 episod 22 ada selit pasal GMO, corn syrup etc..

MQMBZzjCxTM

KIM.K Publish time 2-2-2021 02:13 PM

piao replied at 2-2-2021 10:11 AM
ada gambar dia x?

Uish takkan la begitu. Member yang cerita sendiri. Tak pernah tengok janggutnya
Cuma misai pompuan dia tebal
Pages: [1]
View full version: Gadis bermisai, janggut syukur kelainan dimiliki


ADVERTISEMENT